Friday, September 17, 2010

Kad spesel masa raya.

Selamat hari raya diucapkan kepada semua umat islam tidak kira kamu dimana. Kemeriahan raya pasti tidak lengkap tanpa ketupat, rendang, dan sambal kacang. Bagi keluarga aku pulak, burasak tiap2 tahun wajib ada. Sebabnya abang ipar aku orang pontian, iras2 orang bugis la sikit. So, makanan spesel orang bugis tu dah jadi menu utama pulak kat rumah aku malam2 raya. Sambil layan movie kumpulan sepah, layan la burasak ni dengan kuah asam pedas. Memang terangkat siot. Bagi sesiapa yang tak tahu berasak tu apa,  tengok pic bawah nie..

burasak.. yummy


Aku kerja part time blik kul 12 time nk raya. Giler kentang sehh. Terpaksa abah jemput sebab cian kat anak ye sowrg nie. He9.. mekasih abah. Sayang abah lebey.. balik dah le lewat, pastu cite2 kat tv semua dh abes. Oh, sunyi ye hidup aku tanpa cite2 best ramandhan nie. Malm raya sempat lagi pergi expo Prit Raja. Bagi sesiapa yang duduk area2 batu pahat familiar la kot dengan expo parit raja nie. Memang meriah giler. Pergi pukul 12 tengah mlam macam pukul 8 malam jer suasananya. Expo ni jugak dipercayai xtutup pada malam raya. Dasyat ke xdasyat? Aku, mak n abah saja la nk berjalan malam tu, keluar dari rumah pukul 2 pagi, sampai setengah jalan, jam pulak.. setengah jam tunggu nak sampai parit raja, wallau hari biasa 5 min jer naik kereta. Hampeh tul. Pergi bukan apa, saja tengok orang ramai2.


Tahun ni aku dapat sikit jer kad raya. Tengok kat facebook berderet orang hantar kad raya on9 jer. Tapi rasanya still xsama macam dapat kad raya yang abang2 posmen hantar kan. Zaman dah canggih sekarang. Bagi aku, aku akan bagi kad raya pada siapa2 yang teristimewa dalam hati aku. Istimewa yang macamana? Kepada yang aku banyak buat dosa, yang baik pada aku, & yang namanya xpernah aku lupakan, orang itu wajib dapat kad raya aku saban tahun. Insya-Allah, kalo aku sempat, kowrg2 yang seperti di atas akan dapat la kad raya aku. Bile tengok balik kad raya yang aku dapat, agaknya nama ikwani ahmad nie xda special kat mana2 hati owrang kot. Tu yang xdapat banyak kad raya.. hua9..eh, betukl ke cmtu?? Mesti Berasap jer member2 baik aku kalau diowrg taw pasal nie. He9..=)


Bila sebut kad raya, zaman dulu2 orang rajin gantung2 kad raya kat dinding rumah. Apa motif pun aku xtaw la. Akak aku yang 3 orang dulu pun suka wat benda2 camtu. Nak tayang kad raya yang diowrang dapat kot. Hu9.. malam2 raya ambil tangga gantung kad raya. Dari yang kecik sampai yang besar. Kalau dapat yang ada music, letak bawah sekali. Biar siapa2 yang lalu boleh bukak dan dengar music sambil makan kueh samprit. Ha9… zman skrang nie payah la nak jumpa suasana macam tu lagi. Tempat aku pun susah nak beli kad raya sekarang nie. Semua yang ada stok2 2,3 tahun lepas. Xgempax la camtu kan. Even kat expo parit raja pon xda.. adush.hampeh tol..


Banyak2 kad yang pernah aku beli n dapat, aku paling suka ayat nie..
“selamat hari raya maaf zahir dan batin” comfirm semua kad raya ada ayat cmnie. Kalau kowrg beli kad raya xda ayat nie, aku nasihatkan, xyah beli. Sebabnya, ayat nie la yang menunjukkan kad tu kad raya. Tapi, aku cmpius tang ayat “batin” tu. Hu9.. lu pikirla sendiri..


Apa2 pown, kepada semua member2 aku yang dah dapat kad raya aku, tahniah la aku ucapkan kerana itu tandanya kowrg sahabat baek aku dunia akhirat. Kepada abang2 posmen, tq ya hantarkan kad raya saya sampai kepada shbatku2 yang terchenta.. Kepada yang bagi aku kad raya, xkira la sama ada pos kat aku @ tag aku kat facebook, terimas bebanyak2.. sayang kowrg lebey. Raya, raya jugak.. kunjung2an sesame kita jgn lupa..



dr miza
dr k mona@ain

dr bella
dr k aisah
dr my kit kat @ effa


semua kad atas tu aku dapat dr member2 facebook aku. sayang kowrag  lebey la.. ada ramai ag yg bagi, tp xsempat nk letak kt cni la.. kowrg yg terbaek wok!!

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN.. PUASA 6 JANGAN LUPA EKK..

Thursday, September 16, 2010

Konvokesyen IPSM

muke masuk paper ag.. bagga siot!!
Sebelum memulakan entry kali ni, aku nak bagitahu korang yang aku nak menggantikan panggilan cik sopar kepada aku.sebabnya aku rasa ‘aku’ tu lagi sweet n mesra je. Tak ada la nampak kekok sangat bila story bab2 personal.
Okie, masuk bab konvokesyen IPSM pulak. Bagi yang nak tahu apa itu IPSM, sila clik IPSM nie. Untuk pengetahuan korang, aku buat blog nie start zaman kegemilangan aku kat  Institut Pertanian. Cewah, ada gak zaman kegemilangan IP. =) Waktu tu aku still lagi kat IP bumbung Lima, Penang. Memula buat blog sekadar nak memenuhkan blogger2 kat dunia. Makin lama makin syok pulak. Cuma aku tak ada la kreatif macam blog2 korang kan. Siap ada teddy bear & rerama terbang2 kat background. 
Okie, dah lari tajuk. kita rewind balik.
Tarikh 29 Julai tarikh keramat buat semua budak2 IPSM batch 08/10. Setelah dua tahun berhempas pulas kat dunia IPSM, lepas ni boleh tunjuk riak kat orang kampong yang kita dah ada sijil pertanian. ~ngee~. Memula jumpa balik budak2 ni, kecoh tak ingat. Maklumlah kata kawan rapat.

Biasa la kan, setiap konvokesyen kat Malaysia ni mesti ada raptai. Kononnya nak bagi perfect pada majlis esoknya. Mesti mau perfect maa. Banyak dip2 kehormat hari itu. Kalau yang university besar2, mesti ada sultan kan. Dapat la merasa mengadap muka sultan waktu itu. Tapi aku ni sekadar budak IP dan hanya pangkat sijil jer. So, yang jadi VVIP pun takat Menteri Pertanian @ Timbalannya  je. Tapi tak kisahla kan.. asalkan aku dah grade. Raptai pada 28 Julai dan start pukul 2 pm sampai ke pukul 5 pm. Sebelum raptai, ada sedikit majlis penganugerahan pelajar2 cemerlang sem. 4. Hadiah disampaikan oleh En. Baharum merangkap pengarah bahagian sumber manusia, jabatan pertanian.  Pelajar yang dapat tittle tu dapat la sijil penghargaan & hadiah. Kira kenangan2 di IPSM la tu. 

Hari konvo-aku konvo kat dewan , bangunan KWSP. Kata sumber yang dipercayai, IPSM dah 5 tahun buat kat dewan ni. Hu9.. tahun depan dewan kena tukar la. Mesti semua lecture2 nk rasa dewan lain gak.  jubah konvo aku warna hijau & ada jalur kuning kat tepinye. Comei la jugak jubah ni. Tapi, yelah kan. Dah namenyer IPSM, jubah pun mesti hijau. Kata Jabatan Pertanian. Lelaki wajib pakai songkok hitam dan perempuan tudung kaler cream.  

Awal pagi dah sampai KWSP. Berkobar2 nak konvo memasing. Kat tangan family2 dh siap sedia jambangan bunga yang besor2. Mak n abah aku relax je. Bila Tanya, ye kata xyahla.. mambazir jer, bkn boleh makan pun bunga tu. Baik beli sate. Oh, sedih..=(

Masa yang dinanti tiba sudah. Kami berarak masuk ke dewan dalam suasana teratur n tertib. Cewah, memang gampax giler. Ketibaan dif2 kehormat disambut paluan kompang n bunyi gamelan. Dh macam nk wt kuda kepang pulak ada bunyi2 gamelan. Ish3x.  Majlis penganugerahan sijil pun tiba. Sorang2 naik pentas. Jumpa tim. Menteri & wish ‘tq datuk..’ lepas tu, majlis anugerah pgarah sumber manusia. Dapat 5rat siot kpd yang terpilih.. tahniah kowrang.=)

Selesai sudah majlis, sesi menangkap gambar pula. Aku dah la xbawa kamera, tengok je la diowrg rakam kenangan terindah dari jauh. Dalam hati, aku bisik, “xper2, nti masa aku amek ijazah, aku tangkap pic banyak2”. Ha9.. ayat xbleh blah nk sedapkan hati sendiri.

Riang ria konvo dah pun berlalu. Sampai hari ini, gmbar konvo xsampai2 ag. N pic aku dgn mal pon ye xcuci ag. Ish.. bila la pic tu nk siap ek mal? Berjaggut dh aku tunggu.. pic2 dalam entry ni semua aku amek dak2 ip nye kt facebook. He9, maap la kowrg aku amek pic ko..lepas ni hope kami semua keep in touch.. ip terbaek wok!!

mak, abah n aku..
-luv-ipsm