Saturday, December 31, 2011

When i'm drive

women driving
Fast update entry. Tak cukup masa nak buat entry panjang berjela-jela kalau time cuty2 begini..Layan je la ye..

#1
WAh, sekarang ni rajin pulak aku mengupdate cerita berkaitan kereta. Kenapa ye? Ni tak lain tak bukan sebab sepanjang mid sem break ni, masa aku lebih banyak dihabiskan dalam kereta. Macam buzy tersangat-sangat jer cik wanie ni kan.

Teringat kata-kata kawan aku dulu, Pn Lina. Dia pernah cakap yang kalau kita pandai bawa kereta kat rumah ni tersangat la penat. Bagi aku time tu yang buta lagi pasal kereta dan jadi driver, apalah yang penat sangat jadi driver? Duduk kat seat pemandu, tekan minyak, jaga stereng.. Itu je kan..

Sekarang, kalau hal-hal yang melibatkan urusan luar, yang kena pergi dan settlekan aku.Belanja. Bayar bil. Shopping. Makan. En abah tak sihat sangat sekarang, so, segala urusan berkaitan hal dunia luar aku yang kena handle. Bunyi macam ada bisness besar-besar plak cik wanie ni, bukan lah, aku kan suka berjalan. Tak da kerja pun aku pergi cari kerja: ukur jalan.

Pernah tak kowrng terfikir, semasa memandu, apa yang pemandu selalu fikirkan ye? Otak kita kan benda paling unik yang Allah telah ciptakan dalam dunia ni. Setiap saat, bahkan setiap mili saat pun akal dan otak kita pasti akan berfikir kan. Em??

#2
Tahniah kepada osbon kerana memenangi MLM malam tadi. Kemenangan yang aku rasa sememangnya layak untuk duo tersebut. Lawak dowrang memang mnejadi dan konsisiten setiap minggu. Siapa setuju sila kedip-kedip mata okie.. Os kata lepas ni beliau still nak bawak teksi walau dah jadi juara MLM.. xkesahlah, aku rasa cara tu lagi buatkan beliau rapat dan dekat dengan masyarakat kot.

 Boboi pulak yang memenangi tempat kedua tak kurang hebat dalam final MLM. Hope lepas ni brand Boboi still relevan kat luar. Suka dengan topi Boboi yang ala tomey2 gitu..

#3
Selamat tinggal 2011. Welcome 2012. Hope tahun baru membawa seribu kebaikan dan seribu cahaya berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Azam tahun baru?? Setiap tahun aku punya azam rasa2 reniew, tapi buat, tak jugak. Cuma, Aku harap azam Maal Hijrah yang aku buat tahun ni dapat terlaksana dengan jayanya. Nak tahu apa azam aku, sila clik ye. Please pray with me okie.


P/s : Ni mungkin entry last untuk tahun 2011 ni. Bertambah  sudah setahun kerjaya aku sebagai seorang blogger malap dalam arena ni.. Tq encik blog.
Jumpa lagi tahun depan..
=)

Thursday, December 29, 2011

Blog : Sakit


Mood nak berblog macam dah xda bila scrool setiap entry kat blog ni jumpa bendalah yang macam atas tu.. Serius sakit haty gler..
Kepada member2 yang ada cument @ tercument entry aku,  (ceh, macam banyak sangat jer dapat cument... ngeee...) maap sangat2 aku xdapat nak balas. Bukan sombong ke apa, tapi kat ruangan post cument tu xda plak bendalah yang aku dah bulatkan tu.
Nampak sangat kan en google  xbagi aku nak tulis cument.. hu9.. Kejam taw..

Nampaknyer, tarpaksa la aku rembat laptop sesapa kalau nak tulis cument. Sebabnya, kat pc @ laptop lain okie jer plak button tu berfungsi.. Ni memang bikin aku panas... =(
Adakah job aku selaku seorang blogger akan berakhir??
Semua blogger taw kan apa kpentingan comment dari readers especially kat blog yang xfamous cam blog aku nie..
So, bila ada probz macam ni......
~speechless~

Enchik blog : xboleyker senangkan saya time2 saya bErOLidAY nie?? 

Tuesday, December 27, 2011

Kereta dan Anda : Auto @ Manual ??

salam 1 Malaysia.
agak lama juga la kan blog aku nie tak post entry baru. Lepas demam hari tu, semangat nak berblog macam down cket.. Sekarang ni bolehlah nak berfoya-foya dan enjoy coz Oliday time... he9

Entry aku kali ni sekadar nak berkongsi cerita. Kepada kowrang2 kat luar sana, kereta mana kowrang lagi prefer? Auto @ manual?


Encik2 dan abang2 mesti la pilih Manual dak? Dah ler harga lagi murah dari kereta auto, kalau nak pecut/rempit, takda hal lah. pejam mata pun boleh. Lagi pun, individu yang bawak kereta manual ni lagi nampak macho bagi diri encik2 dan abang2. Kalau puan2 and akak2 bawak kereta manual aku cakap "FUYOO!!"
Lagi pun, kat sekolah memandu semua guna kereta manual. Nak tak nak, kowrang memang kena bawak kereta manual.


Kereta auto? One words : Simple. Lagi2 time traffik jame. Kaki tak lenguh bai nak tekan cluch, tukar gear. biarlah 3,4 jam tunggu traffic jam.. Gua rilek jer bai.. =)... Pihak puan2 and akak2 lagi prefer la kan kereta nie. Kalau dah kecemasan sangat, siapa2 yang takda lesen tu still boleh bawak la kan. Memang la harga lagi mahal, tapi setakat mahal 5 ribu tak kesah lagi kot..

Kalau nak tengok beza kereta auto @ manual, yang ketara sangat ket highway kot. Yang pecut cam tak engat dunia tu confirm2 la keta manual. Yang terkedek2 potong kenderaan lain tu memang sah la auto. LAgi satu, time naik bukit. Salah gear memang sakit la bai. Tapi kereta auto maintain slow but steady.. Har har har..

Bagi aku plak, comfirm la pilih kereta auto. Lagi2 aku nie gurl2. Nak pakai kereta manual? Setakat bawak jejalan dekat2 rumah okie la.. Aku pun ada jer member pompuan yang bawak kereta manual nie. Rilek jer. Tabik spring la kat owrang2 macam ni. Arein weno n yuyun syazwanie..

Tapi aku percaya, skill seorang pemandu tu sendiri yang mencerminkan siapa dirinya dan jenis kereta apa yang dia pakai. Tak kesahlah kereta dia jenis auto ke, manual ker, yang penting :
"BERHATI-HATI DI JALAN RAYA"

credit pic to : kereta.info

Wednesday, December 14, 2011

fever n flu

okie, aku demam n selsema..
sebab?? Tak tahu.. maybe coz penat sangat..

danbo try pujuk si demam
n, yang paling best, aku dapat mc 2 hari.. ha9..
~gelak jahat~ nampak tak betapa seriusnya demam aku??

seriusly, i want 100PLUS!!
en babah n pn mama boley tak tolong poskan dari johor?? dalam uitm nie xda lah..
eh, arein weno kan ada...
arein weno, tolong hantarkan 100plus kat aku boley x?? kawan baik ko tengah sakit ni..
hu9..

09122011 punya cerita

Assalamualaikum..
Lama dah aku nk update blog nie, tp xsempat aje.. mklumlah, orang buzy katakan.. ahakz..

kfc
Nak dijadikan cerita, tarikh nie, genaplah umur aku untuk layak mengundi bagi negara Malaysia..
Tak sangka pulak kan, dah tua rupanya aku nie.

Birthday Surprise Party..
Ada kawan2 yang happening n sumpah best buat aku terharu sangat2.. untuk budak2 bilik, n jiran2 bilik, tq 4 da wish, kek, makan2...
Untuk dak cluz 3E, ha9.. kowrg memang kan.. Sengaja wat aku segan jer.. Anyway, thankz a lot 4 da blueberry cake tu.. sumpah sedap.. Pok cik siap sponsor dadih ag..

Buat Ainweno, tq plak 4 belated birthday.. xsangka an, ingat jugak ko kat aku..

blueberry cake.. yummy


Tq to all of you guys.. Ni yang buatkan aku berat nak tinggalkan kowrang lepas nieh..   =)

Thursday, December 8, 2011

Life As a Student

danbo pown nk study..

Masa aku kecik2 dulu, mak abah n family aku semua suruh study. BELAJAR. Kenapa kita kena study, Mak? Aku tanya..
Pn Mak jawab, "sebab nanti adik boleh jadik owrang pandai dan boleh masuk universiti.. "
Kenapa kita kena study, Abah?
encik abah lak jawab "supaya adik boley pakai kereta besar dan ada rumah banglo sendiri bila dah besar"

Atas kata2 itulah aku kuatkan semangat nak belajar setinggi yang boleh. Kalau boleh nak sampai tahap PhD.. itupun kalau mampu..=)

Pernah dulu, aku gagal ditawarkan ke mana2 universiti selepas permohonan upu keluar lepas SPM. Waktu tu memang rasa down giler. Sedih, Keciwa, Marah, tak yah nak cakap lah. Rasa diri ni banggang sangat. Tapi, aku kuatkan semangat, belajar tak semestinya dalam Universiti ja. lantas, aku mohon masuk Institut Pertanian. Sebabnya, focus aku time tu nak kerja habis study kat Institut tu.

Dan bila 2 tahun dah berlalu....
Aku apply kerja, ada lah dalam 5 kerja cmtu.. TAPI, nasib xmenyebelahi aku. Aku gagal nak menempatkan diri dalam company2 tu. Sekali lagi, aku rasa sangat2 down. B**** ker aku nie? Tak layak sangat ker kerja? tak ada sapa ker yang sudi offer kerja kat aku?? Sijil IP yang aku dapat tu pun macam tak berguna jer.

Dan untuk menebus kekecewaan aku, aku apply msuk UiTM. Alhamdulillah, UiTM gak yang sudi terima aku. Terimas UiTM. Kat Jengka lagi aw.. Bila fikir balik, jauh juga perjalanan yang terpaksa aku hadapi untuk aku capai pada tahap sekarang. Walau bagi sesetengah orang aku ni baru nak menapak, tapi bagi aku inilah sesuatu yang boleh aku banggakan.. ececeh, at least aku ada matlamat nak JADIK ORANG untuk masa depan.. Walau ramai member2 seperjuangan aku yang lain mungkin ramai dah yang dah kerja, pegang duit sendiri, dah ada pun kereta atas nama sendiri, aku tetap bangga dengan apa yang aku buat sekarang. Walau terlambat nak menuntut ilmu kalau nak compare dengan member2 teknik aku, aku still percaya, REZEKI SETIAP ORANG LAIN2. Walau tak boleh nak compare dengan member2 IP aku coz aku tak dapat kerja lagi, aku still wish yang terbaik untuk member2 aku tu. Walau aku tak ada masa nak  berpasangan dengan sapa2 jika nak compare dengan semua member2 yang sebaya aku, aku tetap yakin kat luar sana still ada ADAM yang menanti aku..(ni ayat coz ramai member aku nak jadi menantu orang dah..)

Bila orang tanya, apa yang ko rasa best jadi students nieh? tak rasa rugi ker TERPAKSA ambil balik Diploma event ko dah ada sijil ? Ko xsayang ker dengan umur ko?
WAktu tu, kalau boleh nak nangis, dah lama dah aku menangis. Tapi, aku hanya mampu senyum sambil tahan air mata sampai merah2.. slamber jer aku jawab :

  1.  Jadi student : Aku boleh melancong tiap2 bulan kemana2 jer pun tanpa perlu mintak cuty dari bos.
  2. Jadi student : Aku tak yah risau nak bayar insurans kereta, bil letrik, bil air n bil broadband tiap2 bulan. Sebab, semua ini ditanggung oleh en abah aku.
  3. Jadi student : Aku tak yah risau hujung bulan account bank kosong sebab duit dah habis belanja n shopping sakan. Sebab aku boleh jer telefon en abah n mintak duit.
  4. Jadi student : Aku tak payah nak risau fikir pasal punch card merah sebab datang lambat ke opis. Kalau masuk lambat ke kelas pun, paling tidak kena sound dengan lecture ja. Kalau agak2 malas nak bangun pagi, boleh jer 'tuang' class. har har har
  5. Jadi student : Aku boleh jer pakai baju kurung lama2 @ baju bundle because tatacara student ke kelas tak dititikberatkan sangat. Asal sopan n menutup aurat dah kira okie. BUNDLE?? Tak da hal lah. Aku student lagi. Mana mampu nak pakai barang branded.
  6. Jadi student : Aku ada matrix card. Pergi mana2 pun boley guna. masuk pawagam, theme park, main bowling, restoran. Harga boleh discount maa.. Pakej for student..
  7. Jadi student : Kalau pointer bagus, CGPA tinggi, boleh ja mintak biasiswa dari company2 besar kat Malaysia ni. Comfirm dapat sponsor BAEEK punyer. Boleh lah jadik anak orang kaya kejap. =)
  8. Jadi student : Aku tak rasa sedih kalau bab hidup berpasangan ditimbulkan. Sebab, aku ni student lagi. Mana ada masa nak berchinta-chintun nieh.
  9. Jadi student : Tak ada siapa nak melarang aku kalau aku nak duduk kat negeri @ negara lain. Kalau aku rasa nak duduk Perlis, aku boleh mohon UiTM Arau, kalau nak duduk Johor, UTHM kan ada. Kalau nak rasa naik AirAsia, Unimas n UMS boleh jer nak masuk.
  10. Jadi student : Aku boleh buat pinjaman segera yang peratusan nak dapat sangat tinggi. PTPTN kan ada. Tak payah nak tunggu lama2, baru nak daftar universiti pun dah dapat deposit rm1500.00. Setiap sem mampu la nak pakai gadjet2 baru.. =) 
BESTKAN JADI STUDENT!!

Cukup la kan 10 sebab kenapa aku still suka belajar lagi. Nanti banyak2, termuntah pulak kowrang nak baca. 

P/S : Biarlah umur kita habis dengan menuntut ilmu. Sebabnya, semakin banyak yang kita belajar, semakin banyak yang kita tak tahu..