Friday, March 16, 2012

Bila Minggu Berstudy

Salam berminggu study buat warga UITM JENGKA...
dan wish gd luck untuk semua warga ladang dan keluarga besar DPIM...

Untuk PART 3, sebelum ni bahagia la kowrang kan.. Paper pun just BEL n CTU.. lepas nieh comfirm2 la kena struggle lebey coz semuanya killer subject.. Soil, ACC, Eco n MAjor.. Memang xtido malam la ceritanya sebab stay up..

Sebut pasal stay up, bagi diri aku, secawan kopi @ setin minuman POKKA @ Cappucino mesti xlepas..
Dah macam satu kewajipan pulak minuman berkaffein nie ada sebelah aku time2 study week nieh..
Alasan : supaya aku tak mengantuk.. Annoying kan..

Kaffein dalam kopi?? Semua orang tahu apa benda nieh kan.. Kesan jahat dia tak yang nak story panjang2 sangat la kan.. Yang utama,

-sakit kepala.. Memang xboleh nak cakap apa lah.. Bayangkan setiap hari 1 gelas kopi.. kalau sebulan?? tak jadi macam penagih kopi tegar aku nieh??

-sesak nafas.. Yang ni aku baru perasan. Sebabnya bila aku duduk lama2 ceket sekarang, mula la rasa macam astma.. Dalam darah banyak sangat kaffein kan,, darah pun dah compius bila pulak ye bertukar jadi kaler hitam dalam badan aku nieh..

-badan penat dan lesu.. ni terang2 la sebab aku tak boleh tidur malam. Biasa aku tidur pun lepas pukul 4-5 am..@ pun tidur lepas subuh. Bangun pulak dalam kul 10 am.. tak cukup tidur kan, mata pun penat,, Otak apatah lagi.. Jangan la salah sikit.. Pandang orang kecik beso kecik beso jer.. PAstu ngumpat dalam hati.. hu9. wat tambah dosa jer..

-mulut rasa pahit.. Ni dah comfirm2 la kan coz minum kopi terlebey.. gini la jadi nya.. ;)
Bukan la.. sebenarnya aku diserang demam sekarang nieh.. Tu yang mulut rasa pahit. Hidung dah jurai2 keluar hingus.. Parah aku punya demam kali nieh.. Tu la, semalam bukan main lagi epy2 main hujan kat paso UITM Jengka tuh.. xsangka pulak kan,  imune badan aku xtahan pulak dengan hujan kali nieh..
NI sebab kaffein jugak ker???

Okie, ni entry last kot untuk bulan march.. Sebabnyer, aku @ Cbaju Putih nieh nak study untuk final part 3 DPIM.. Rasa2 nak dapat DL lagi sem 3 nieh xmungkin kot sebab semua carry mark down gler.. em, sebelum aku pasang cecita setinggi awan, baik aku dah siap sedia jatuh dulu kan.. hek9..
Apa2 pown, hope aku dapat buat yang terbaik untuk final nanty.. Tinggal 4 paper jer lagi pun..
Wish me GUD LUCK...   ;)
Untuk dak2 cluz aku, AT110 3E, wat yang terbaik kowrang.. Ni mungkin sem last kita dapat bersama.. Jadilah DL seramai yang boleh k.. Zul, Fahmie, Din, Pok cik, Amar, Ejat, Ejan, Loqman, Hafiz, Bazlin, Faezah, Nazihah n xlupa Ada.. Sure akan rindu kowrg lepas nieh.. Itupun kalau sem depan aku xda la kan..
Okie, cukup membebel buat wasiat..
Kita Jumpe lepas final!! daaaa

credit pic to nurkeindahan




p/s : Tertunggu-tunggu wish GUD LUCK dari "someone" tu.. Tapi, Haram.. habuk pun tarak.. 
Awak... awak dah xingat kat kita eh?? Sampai hati..


Wednesday, March 14, 2012

Hero Hati Saya


nie la gambar en babah and pn mama saya..
semalam call en babah, dalam pukul 2.30 pm..

"salam abah, owrg ada masalah cket la.."
en babah kata : "masalah apanya? abah bukan tahu nak settlekan"
"tak, abah mesti boleh punya settlekan.."
"apa dia?"

Lepas diam dalam 15 saat :
"owrg nak pinjam duet cket.. he9.. ada probz cket la abah.." ayat jenis nak pujuk.. terpaksa guna istilah pinjam..
"la.. yeker?? nak berapa??" nada en babah sangat caring.
"ikut la abah nak bagi berapa"
"sekarang duet ada berapa"
"em........"
"xperlah, nanti abah masukkan. Dah, jangan sedih2 lagi.."
"he9.. tq abah. Nanti owrg bayar balik ea"
"ha9, nak bayar ker? Abah tahu kamu mesti xmau bayar punya. xper, abah kasi jer.."
"tq abah.. sorry menyusahkan"
"xper..abah faham"

Dan. petang tu jugak, en babah masukkan duet dalam account aku. Dan yang xsangka, lebih dari apa yang aku bayangkan.. Nampak sangat kan kasih sayang seorang ayah untuk kesenangan anak-anaknya?
KAt cni, aku nak sangat cakap kat abah yang aku sayang sangat2 kat abah.. Dalam Phone macam berat je nak luahkan.. dan depan2 pun xberani nak cakap.. bukan segan, tapi... sebak..
SEBAK yang tersangat2..

Dengan abah, aku bebas cerita apa2 jer.. Event asgment aku hilang pun, aku mengadu dengan abah. Subjek sem nie tough, xmampu nak bawak,  owrg yang aku cerita adalah abah. Walaupun abah just dengar, bagi aku dah cukup lah tu segala-galanya.. Perancangan hidup aku, semua aku mintak pendapat abah.. kalau aku happy, orang yang pertama aku cari, abah.. Kalau aku sedew, sedew yang tersangat2.. baru carik abah.. sebAbanya, aku tak mahU abah tahu yang anak bongsu dia ni lemah.. Aku nak kuat depan ABAH.. Aku  nak jadi cam ABAH. Aku nak protect abah..

ABAH : Adik sayang sangat kat abah.. TUnggu ADIK BALIK YE.. =)

Monday, March 5, 2012

Awak, Boleh Pinjam Bahu Sekejap?




bila rasa sunyi, 
jangan lupa, 
Allah tidak pernah sunyi untuk mendengar keluh kesah kita

bila kita rasa keseorangan,
jangan lupa,
Allah sentiasa ada di sisi kita

bila kita rasa tak berdaya,
jangan lupa,
Allah adalah kekuatan kita

bila kita tiada lagi rasa,
ingatlah, itulah petanda
Masa Kita Hampir Tiba..
banyakkan pahala, tunaikan kewajipan..

#jadilah seorang hamba yang betul-betul hamba.

BILA HATI BERBICARA



YA ALLAH,
TETAPKANLAH IMANKU..
JIKA RASA INI HANYA MENGUNDANG KEMURKAAN-MU
JAUHKANLAH IA YA ALLAH..
JIKA AKU PERNAH MENGALIRKAN AIR MATA KERANANYA,
JADIKANLAH ITU YANG TERAKHIR BUATKU..
AKU TIDAK LAYAK BERGANDINGAN DENGANNYA..
HANYA SATU YANG KU PINTA
JADIKANLAH RASA INI MAMPU MAMBAWA AKU MENUJU REDHA-MU

LELAKI DITAKDIRKAN UNTUK MENJADI IMAM
WANITA PULA SEORANG MAKMUM.
IMAM BISA MEMILIH MAKMUM,
TAPI MAKMUM HARUS BIJAK DALAM MEMILIH IMAM.

ANA TIDAK MENGHARAP ANTE SEMPURNA,
TAPI CUKUP SEKADAR 
ANTE TIDAK MELEBIHI RASA CINTA ANTE SESAMA MANUSIA 
MELEBIHI RASA CINTA ANTE KEPADA ALLAH TAALA..



PAIN

LAPAR!!

SENANG CAKAP. AKU TENGAH SAKIT GARSTRIK GILER-GILER NIEH. PUKUL 4.30 AM SAKIT SENGSORANG, MEMANG TAK BOLEH NAK BUAT APA LA KAN. TERPAKSA TELAN BISKUT KERING ATAS MEJA. NI PON REMBAT ROOMATE PUNYA..

STAY UP LA SANGAT SAMPAI PAGI, PERUT PUN LAPAR.. HU9..
KALAU DAPAT SANDWICH & MILO SECAWAN, FUHH.. HEAVEN!!


Scroll en google pasal penyakit terchenta aku nieh, dapat la nieh.. just 4 info.. credit to Laman Emjay


Tanda-tanda penyakit gastrik:
  1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
  2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
  3. Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
  4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
  5. Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
  6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.
Rawatan penyakit gastrik:
  1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
  2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
  3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  6. Elakkan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
  8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  11. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
  12. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.


pesanan ikhlas : lepas nie sebelum stay up tu makan la Mcd ke, kfc ke, pizza dulu ea.. cian kat perut tu kena penyakit TERCHENTA nieh..