Wednesday, June 22, 2016

warkah untuk Muhammad Akemar Bin Alias

Salam Muhammad Akemar Bin Alias

Hadiah Untuk Awak - Jubah Abang Sado
Memula saya ingat nak buat surpris tetiba ada parcel sampai ke tangan awak. Tapi takut pulak saiz tak ngam. dah membazir. huhuhu. Ternanti-nanti tak parcel yg saya kata2kan ni. hahaha Hadiah ni utk selamat hari raya dan Happy Becoming Birthday sekali la yek.. Senang 1 packages, Kelantan tu bukan dekat nak hantar. Nasib baik ada abang posmen.. :)
Kenapa bagi baju? Kenapa warna ni? hahahah.. jangan fikir banyak sangat okie. Tak seronok la cerita semua kat sini. Penat tahu saya menulis panjang2 ni.. Kalau nak tahu jugak.... 1)..........................


Ramadhan
Alhamdulillah, tika sy mengutuskan warkah ini, kita di ambang hari ke-16 berpuasa. Hrap belum terlewat utk saya mengucapkan selamat berpuasa. Terima kasih atas ucapan selamat bersahur dan juga selamat berpuasa dari awak walau bukan setiap hari, sesungguhnya amat bermakna bagi saya. Yelah, walau saya tidak membalasnya, sesungguhnya saya meninggalkan bluetick utk awak.. huhuhu maaf ya


Harijadi Emak
24hb ni harijadi emak saya yang ke 64 thn. :) motif sy bagitahu? Saje suka2. Saya nampak awak upload selamat hari bapa dkt wall fb awak, saya nak like, tp takut beradik awak fikir lain, so just wish dalam hati, "selamat hari bapa pakcik" saya dah takada ayah, so, nak menumpang la kasih dengan ayah orang je la.. Berbalik cerita mak saya, sebabkan birthday dia lagi beberapa hari ni, jenuh saya fikir nak bagi hadiah apa. Tapi rasanya saya tahu, Hadiah yang mak saya nak :   2) .................................


Kisah kita
awak, berapa lama kita kenal? 4 tahun? 5 tahun? Yes..6 tahun  kan. Berapa lama kita mula jadi teman tapi mesra? ops.. yg bab ni saya tak ingat. Tetiba dari panggilan aku kau berubah saya awak, wani Mal.. hahaha. cam pelik je memula.. tp sweet kan
Awak..
saya tahu awak anggap hubungan kita serius. Tapi soalannya, serius tahap mana? Sebelum pergi umrah tahun lepas, ingat tak awak pernah tanya saya soalan "saya anggap awak sebagai apa"? Panjang kan saya bagi jawapan yg lebih kepada list2 tu.. Tapi, sebab phone sy format, whatapp yg saya bg awk dh terdelate. Tapi, waktu tu awak tak balas pun whatapp saya..not a single word!!
Ya allah, sedehnya hanya Allah yang tahu. saya rasa awak tak boleh terima semua yg saya listkan. Bila mak tanya saya dan awak mcm mana, saya ckp, "entah.. dia dah hilang.." sebab, tahu2 awak dah sampai umrah. tahu2 awak dah balik pun..
Xpelah.. sya tahu hubungan kita ni kan pelik sikit.. hahaha
awak..
soalan saya 3)....................................


Family
Family awak ada tahu pasal saya?
Family saya dah tahu pasal awak. tp diorang semua tak tahu nama. saya just refer awak as "budak kedah". Serabut tahu bila semua ahli keluarga time nampak muka saya ni "icik bila nak kahwen? dah ada calon belum?" so, dalam terpaksa saya up cerita pasal kita, yup ada kawan dgn budak kedah, kerja kt kelantan bla..bla..bla   huhuhuuh, sory. Tapi xpa. semua pasal baik2 ja saya cerita.. ;)


Kita : dulu dan kini
Mal,
bila last kita jmpe? time konvo kan. Lama sangat rasanya. Kiranya kita tak jumpa selama 4-5 tahun? OMG.  Hubungan yg macam mana tu? Entah..hanya awak dan saya yg faham kan.. kadang2 saya terfikir, kenapa Allah temukan awak dan saya. Sebabnya saya ni memg anti dgn golongan yg bercouple. jumpa berduaan, Dating, keluar bersama. Ikhtilat entah kemana. Mungkin cara kita ini cara terbaik dlm menjaga ikhtilat memasing.
Awak.. Mak saya dah mula bising2. Dia kata, tanyalah budak kedah tu. Kalau serius ajak ja jumpa family kenal2 dulu.. maaf ya awak cakap macam ni. Mak saya risau anak perempuan dia dh 26 still xkahwen. Saya bukan nak paksa awak, tp cuma kalau awak serius dengan hubungan kita, boleh awak... 4)............................


Perkahwinan
Atas dasar apa sebuah hubungan jika tiada niat untuk meghalalkan. Maaf lagi sekali. Saya copy paste ayat kt fb. ;) Seingat saya, kita jarang kan sebut topic ni. Entahla.. kalau awak tanya saya, sediakah saya melangkah alam perlahwinan, jawapan saya, jawapan saya, Tentu tidak. saya belum cukup sedia. Dengan komitment, tangungjawab, keluarga awak, keluarga saya, hidup bersama, saya rasa takut. Lagi2 saya kena fikirkan kebajikan ibu saya.
Tapi, bila awak tag2 saya kat fb, hati saya bunga2. mengimpikan kejaiban berlaku antara awak dan saya. hahhaah.. dream off kan ;)


awak. saya tak memaksa. Bila bulan lepas saya beria-ia tanya awak pasal topic ni sbb saya nak tahu, sejauh mana awak anggap hubungan kita. Bukan soal kaya harta yg family saya impikan. Asal cukup agama, duit hantaran mampu sediakan, itu sudah memadai.
islam kata, nak kaya kahwin, adat kita kata, tak kaya jangan kahwin. Adakah soal duit dan simpanan bimbangkan awak? Jujur saya cakap, jika adanya majlis perkahwian pihak perempuan, keluarga kami akn gunakan duit mak abah sendiri. Bkn megharapkan duit hantaran pihak lelaki. Kami keturunan jawa memang adatnya begitu.. :)


Awak,, maaf lagi sekali panjang gila bebelannya. Tapi bukan selalu pun kan. :)
ops.. pasal 4 persoalan yg saya nak tanya...antara pilihan di bawah.. awak carilah padanan yg sesuai..tak seronokla semua sy bagi kan..


* boleh bagi mak menantu tahun ni?
* boleh datang johor kenal family saya dahulu? 
* serius mana tahap awak nak halalkan hubungan kita?
* no.phone saya tak tukar lagi. Tetap yg sama. Call la saya bila awak free. 


maaflah gunakan perantara macam ni. kenapa saya tak tulis sendiri ja? panjang sgt la awak. Kesian jari saya penat.. hehhe.
Lagipun, sebagai seorang perempuan melayu, malu saya masih ada untuk tanya direct kat awak. dan as seorang blogger, saya gunakan blog saya untuk sampaikan diari hati saya..



.
.
.
Muhammad Akemar Bin Alias
jika saya bukan jawapan istikharah awak, moga Allah redhakan hati saya dan hati awak..
;)