Friday, December 21, 2012

Niat nak Ber-study

just 4 aim

Yeah.. Tadi merupakan hari last lecturer untuk sem 2.. lepas ni tak da dah p kelas-kelas lagi. Tak ada dah nak jumpa lecture, bangun pagi-pagi, masuk kelas lambat, tak tidur malam siapkan asgment, ketar lutut nak buat presentation, otak stress fikirkan test n quiz.. tak ada, tak ada dan tak ada.. HEAVEN..

Sekarang tinggal paper final jer.. OPPSS.. budak2 'lompat' macam aku ni jangan nak suke sangat la kan.. Ada satu test je lagi blom settle, ke dua test?? haha.. satu sebab madam kiteowrang p wat conference, so, test terpaksa ditunda, kedua sebab carry mark rendah sangat, kena ada test back up. Aku kah calon-calon yang bakal ambil test back up tu?? Rasanya, YA..

Pic kat atas tu snap masa cluz ento tengah wat presentation. KAt depan owrang sibuk wat present, kami kat belakang wat present lain. Main game la, snap-snap gambar la, kenyit-kenyit mata la.. Asam garam student .. =) jangan dicontohi ye adik-adik.. Kesian kat presenter2 tu.. Penat diowrang wat slide.. kena la appreciate sikit..

Mulanye minggu "study week"  memang untuk study kan.. Tapi, ramai yang ambil kesempatan ni nak balik kampung halaman memasing.  Alasan, nak jumpa mak & abah nak mintak restu. Katanya.. Okie, yang tu baik dah niat. tapi kalau seminggu kat kampung, seminggu kat rumah, duk besarkan badan je, xda guna la kan seminggu time study week tu.

Patutnya, time ni la kita nak kaji balik semua silibus sepanjang satu sem tu. ye dak?..yang tak paham boleh la rujuk terus pada lecture ataupun buat perbincangan dengan kawan2.  Bukannya masa untuk berfoya-foya ye.. Sebut pasal 'amazing nye student2' nie,  tetiba teringat kat ayat ni :



Betul kan.. hahaha.. Sape penah buat sila kedip2 mata..

Tapi jujur bagi aku la kan, aku pun bukan study sangat time-time ni.. Time study week ni la nak marathon movie la, nak p shopping la, nak packing barang-barang untuk bawak balik la, nak p foya-foya habiskan bajet biasiswa la, nak qada' tidur la, macam-macam hal.. Study ke mana, tetiba..
ESOK ADA PAPER!!!  hahaha,
time ni, xda sapa yang mampu tolong..

Dari ayat awal sem : "moga aku menjadi dean list sem ni" bertukar manjadi "moga aku tak repeat paper sem nie".. annoying seh..

Selagi ada masa ni, berjuang la sehabis-habisnya.. Selagi result tak keluar, selagi tu kita still boleh pasang niat, pasang harapan nak jadi yang terbaik.. Tak 4.00 flat pon, 3.50 cukup dah.. Dean List gak.. First Class gak.. hew-hew-hew..

Ni nak wat wish untuk member aku yang bakal grad,
Untuk cik Azlina haron, Semoga sukses selalu. ni sem last degree kan. Member kita yang budak uitm gak @ mentor aku..  Untungnye dia.. jeles taw.. WISH YOU LUCK dear.. =)

Dan tak lupa wish luck gak kat semua dak2 degree ladang part 2 batch 4 uitm perlis. Kita fight 4 final, hope semua dapat kesuksessan..

Ada rezeki, Jumpe lagi sem depan.. In Sha Allah..




Thursday, December 20, 2012

Dia..Dia..Dia & Dia..


I hope, I Joy, I Love

Dia cantik,
aku tak cantik;
Dia lawa,
aku memang tak lawa;
Dia bijak,
aku lagi tak bijak;
Dia kecoh,
aku pensenyap;
Dia menyenangkan,
aku menghuru-harakan;
Dia penyejuk mata,
aku penyemak pemandangan;
Dia menjadi rujukan,
aku langsung tak dipandang;
Dia menjadi tarikan,
aku, tak siapa kenal;
Dia menjadi penyeri,
aku, ada tiada, tak siapa peduli;
Dia menjadi perantara,
aku, "dia wujud ke?"
Dia...Dia..& Dia... serta Dia...
tapi aku tetap aku, melalui jalan sendiri..........

19/12/12
-10.10pm-
xperlu jadi orang lain utk diri sendiri..





Welcome Study week & Final yang dinanti

assalamualaikum...

Lama gile kan x update blog.. aku pulak terlebih buzy. Lebih buzy dari dulu-dulu.
Sedar tak sedar aku dah hampir satu sem kat perlis ni. Sekejap je masa berlalu.. tapi serius aku nak bagitahu, sem degree ni memang sangat-sangat penat. maybe aku ambil course 'lompat' kot. tu yang jadi lagu ni.

aku vs FINAL

betul kan.. pointer hanya tiket utk interview je..


hew-hew-hew..
jadual exam dah kuar!! memang best la kan..
ada dua paper tu yg x ada gap. Hahaha.. Sekarang kena gelak besar2 sebab bakal stress pada minggu-minggu exam.. Apa preparation yang aku buat???

Nescafe Teman sejati.. 

Giler tak aku?? Sangat giler kan.. Nescafe @ kafein teman sejati tu.. beli banyak-banyak buat stok.. biar migrain sampai pesan!!
Kalau encik abah n puan mak tahu ni, mesti kena bebel sebulan tak habis..
hahaha.. tak kesahla.. time study je kot buat perangai gitu..

Untuk diri aku sendiri, aku nak wish selamat berjuang.. Bukan senang nak senang. Yang paling penting aku kena fight dengan diri aku sendiri.. Sekarang aku sendiri tak tahu la kenapa dengan diri aku. Time Malaysia dilanda wabak maharaja lawak mega 2012, aku pulak dilanda maharaja malas yang melampau-lampau. Kerja aku sekarang, tidur-tidur-tidur..  jangan my encik joko taw perangai buruk aku ni sudah.. terang-terang kena reject kan..

Pertama kali sepanjang aku hidup as student, aku tak sabar nak habis sem. Nak kata duk jauh dari rumah, dulu aku pernah je belajar kat Bumbung Lima nun, nak kata aku sakit cinta, encik joko & aku elok je.. nak kata masalah dalaman, aku dah scan badan aku ni, semua tiptop jer..

Duduk luar? Culture shock dengan environment Perlis? 'Adik Lola'?  My 'mr young @ Y'? ke sebab adanya 16-A??..

Ikwani, biarkan semua itu berlalu. Nak final ni.. Fokus-fokus-fokus..
believe what u want to do and do what u want to do!!

Sedeh sangat  coz awal-awal lagi dah taw tak ada harapan nak pegang title dekan. Test, quiz semua hancur lebu,  dan aku macam duduk kat awangan, tak taw nak ape sem nie..
DAMM much sedeh...

Good luck for final.. Hope yang bling-bling menanti kat depan & something miracles happen..
PRAY FOR THAT>> amin..