Bukak je television, memang sah-sah akan mengadap drama-drama terbitan pihak tv gov mahupun swasta. Sejak ledakan drama adaptasi novel ke layar perak,
kita seakan-akan sudah lali dengan drama En Suamiku... Suamiku... Isteriku... Orang gajiku...
Jika dulu-dulu, drama yang dipaparkan 60% mahupun 80% adalah berdasarkan realiti kehidupan masyarakat, namun, dengan adanya ledakan adaptasi novel ini, tema kemasyarakatan yang diangkat seolah-olah telah membuang jauh-jauh perkataan REALITY.
ok, fine. Memang faham perkataaan LAKONAN, tapi apalah salahnya, lakonan yang dipaparkan berdasarkan reality. bukannya fantasi yang sememangnya jauh dari reality.
Sebab? reality tak sama macam fantasi. dalam fantasi semua indah-indah sahaja. dalam fantasi, watak lelaki mestilah kaya + hensem sentiasa mahukan heroin yang lemah, ditindas + orang2 biasa sahaja. Dalam drama fantasi ni jugak, hero akan pegang watak yang agak liar, berpesta, foya2.
Dan si watak heroin disifatkan sungguh la berdisiplin, baik hati, sukakan binatang, innocent, cantik, selalu dibuli, jujur, lurus. Perfect sangat, macam tiada cacat cela.
Perasan tak? watak2 ni akan bertukar bila tajuk adaptasi novel ke drama tu bermula dengan Isteriku...@ Suamiku.. dan yang paling nampak sangat bila tajuk drama guna nama Hero @ Heroin.
cliche. Sangat2 cliche.
Kenapa pula aku sibuk2 nak bangkitkan isu2 taboo ni?
Sebab sebagai seorang insan yang mementingkan kualiti & pengisioan dalam hidup, aku dahagakan sesuatu karya itu berunsurkan kualiti dan juga ada pangajaran yang perlu untuk membina modal insan.
Harapnya begitulah.
Aku rasa, lambakan drama2 berunsurkan sekadar fantasi ini makin mancanak-canak sebab adanya permintaan dari penonton juga. Masakan kalau tiada rating tinggi penerbit dan stesen tv berani nak terbitkan darama sebegini kan..
Yelah, fikir je la positif.. Sebab, kita as rakyat malasyia dah penat dengan ranjau duri kehidupan reality yang snagat menyakitkan. isu politik, ekonomi, hak ehwal semasa yang merimaskan, dengan adanya drama-drama fantasi ini boleh redakan ketenangan kita..
ye dak??
Positif..positif..
Aku hujah panjang lebar pun rasa macam tak da guna. Hak memasing kan nak tengok ke idok drama2 sebegitu. Remote & tv dalam tangan korang. Suka, layan je la. Tak suka, tutup tv, buat benda yang lebih berpekdah.
Nasihat aku, Hidup fantasi boleh, tapi kena la juga beringat di mana bumi kita berpijak. Jauh2 kita bermimpi pon, bila terbangun dari lena, hakikat reality juga kita kena hadap.. Perdana Menteri Malsyia tetap juga Najib Razak..
Dalam banyak2 drama, yang tangkap perhatian aku satu ja, karya Duri by Fauziah Ashari. Masa aku baca novel dia dulu pon dah rasa best sangat. Apatah lagi bila diflemkan pulak ye kan. Watak heroin dalam novel ini nampak realnya. Kiranya si heroin pandai gunakan akalnya bila ditindas. Tak adalah tunjuk sangat watak heroin yang lemah & sesuci embun di pagi hari..
Dan, mungkin la da drama lagi yang aku terlepas pandang. bukan apa, bila tema ang dihidangkan agak sama dan boleh agak ending dia, minat nk menonton terus down. aku bukan sekadar kondem draa melayu yang daku dah tak menonton 2-3 tahun, drama korea turut termasuk..
Novel cinta? hanya tinggal title exlbook lovers.
Opss, berbalik pada tajuk, Fakta Best Tentang Drama Melayu?
soalan tu aku balikkan kat korang. Apa yang best ea?
;)
XOXO
icik.90