Bila harijadi anda? Jikalau hari bertuah itu jatuh pada hari ini, maka anda wajib tahu fakta ini. pada zaman purba, hari jadi dianggap penting kerana ia menentukan samada seseorang itu akan dibantu oleh roh baik atau diganggu syaitan. untuk itu, saudara-mara dan rakan2 akan menghadiahkan kanak-kanak yang menyambut hari jadi tersebut dengan ucapan, ingatan yang baik serta hadiah, dengan harapan ia dapat mencegah gangguan syaitan, puaka serta jembalang.
masyarakat yunani purba menyambut harijadi artemis ( dewi bulan dalam mateologi mereka ) dan menbuat kek khas untuk dewi tersebut. kek itu berbentuk bulat dan dihiasi dengan lilin sebagai melambangkan bulan yang sedang mengambang dan menebarkan cahaya indahnya keseluruh penjuru alam. kemudian, kek itu akan diarak ke kuilnya..
dari situlah dipercayai mulanya idea membuat kek harijadi berbentuk bulat dan dinyalakan lilin diatasnya. seterusnya ia berkembang pula dengan amalan memasang hajat dan menghembus api lilin tersebut dengan anggapan asapnya boleh membawa hajat mereka tadi naik ke syurga.
di belgium, sesetengah masyarakat di sana percaya wujudnya gangguan syaitan pada harijadi seseorang kanak2. utk menghalangnya, mereka akan mencubit, mengetuk kepala dan emnampar kanak2 berkenaan. malah, yang lebih teruk, ada keluarga kanak2 yang menyambut harijadinya dengan menyelinap masuk ke dalam bilik tidur kanak2 tersebut pada waktu pagi dan mencucuk mereka dengan jarum.
maka, kanak2 mesti berani dan kuat kerana percaya, jika mereka menangis pada hari jadi, mereka akan menangis sepanjang tahun..
dan kita sebagai umat islam, bila tibanya hari jadi... sambutlah dengan bacaan yassin dan doa kesyukuran. disamping itu, insaflah dan tenunglah ke dalam diri bahawa, semakin kita menyambut hari jadi, sebenarnya kita semakin melangkah ke alam kematian...
dah tua dah cik non oit..
No comments:
Post a Comment