Thursday, December 8, 2011

Life As a Student

danbo pown nk study..

Masa aku kecik2 dulu, mak abah n family aku semua suruh study. BELAJAR. Kenapa kita kena study, Mak? Aku tanya..
Pn Mak jawab, "sebab nanti adik boleh jadik owrang pandai dan boleh masuk universiti.. "
Kenapa kita kena study, Abah?
encik abah lak jawab "supaya adik boley pakai kereta besar dan ada rumah banglo sendiri bila dah besar"

Atas kata2 itulah aku kuatkan semangat nak belajar setinggi yang boleh. Kalau boleh nak sampai tahap PhD.. itupun kalau mampu..=)

Pernah dulu, aku gagal ditawarkan ke mana2 universiti selepas permohonan upu keluar lepas SPM. Waktu tu memang rasa down giler. Sedih, Keciwa, Marah, tak yah nak cakap lah. Rasa diri ni banggang sangat. Tapi, aku kuatkan semangat, belajar tak semestinya dalam Universiti ja. lantas, aku mohon masuk Institut Pertanian. Sebabnya, focus aku time tu nak kerja habis study kat Institut tu.

Dan bila 2 tahun dah berlalu....
Aku apply kerja, ada lah dalam 5 kerja cmtu.. TAPI, nasib xmenyebelahi aku. Aku gagal nak menempatkan diri dalam company2 tu. Sekali lagi, aku rasa sangat2 down. B**** ker aku nie? Tak layak sangat ker kerja? tak ada sapa ker yang sudi offer kerja kat aku?? Sijil IP yang aku dapat tu pun macam tak berguna jer.

Dan untuk menebus kekecewaan aku, aku apply msuk UiTM. Alhamdulillah, UiTM gak yang sudi terima aku. Terimas UiTM. Kat Jengka lagi aw.. Bila fikir balik, jauh juga perjalanan yang terpaksa aku hadapi untuk aku capai pada tahap sekarang. Walau bagi sesetengah orang aku ni baru nak menapak, tapi bagi aku inilah sesuatu yang boleh aku banggakan.. ececeh, at least aku ada matlamat nak JADIK ORANG untuk masa depan.. Walau ramai member2 seperjuangan aku yang lain mungkin ramai dah yang dah kerja, pegang duit sendiri, dah ada pun kereta atas nama sendiri, aku tetap bangga dengan apa yang aku buat sekarang. Walau terlambat nak menuntut ilmu kalau nak compare dengan member2 teknik aku, aku still percaya, REZEKI SETIAP ORANG LAIN2. Walau tak boleh nak compare dengan member2 IP aku coz aku tak dapat kerja lagi, aku still wish yang terbaik untuk member2 aku tu. Walau aku tak ada masa nak  berpasangan dengan sapa2 jika nak compare dengan semua member2 yang sebaya aku, aku tetap yakin kat luar sana still ada ADAM yang menanti aku..(ni ayat coz ramai member aku nak jadi menantu orang dah..)

Bila orang tanya, apa yang ko rasa best jadi students nieh? tak rasa rugi ker TERPAKSA ambil balik Diploma event ko dah ada sijil ? Ko xsayang ker dengan umur ko?
WAktu tu, kalau boleh nak nangis, dah lama dah aku menangis. Tapi, aku hanya mampu senyum sambil tahan air mata sampai merah2.. slamber jer aku jawab :

  1.  Jadi student : Aku boleh melancong tiap2 bulan kemana2 jer pun tanpa perlu mintak cuty dari bos.
  2. Jadi student : Aku tak yah risau nak bayar insurans kereta, bil letrik, bil air n bil broadband tiap2 bulan. Sebab, semua ini ditanggung oleh en abah aku.
  3. Jadi student : Aku tak yah risau hujung bulan account bank kosong sebab duit dah habis belanja n shopping sakan. Sebab aku boleh jer telefon en abah n mintak duit.
  4. Jadi student : Aku tak payah nak risau fikir pasal punch card merah sebab datang lambat ke opis. Kalau masuk lambat ke kelas pun, paling tidak kena sound dengan lecture ja. Kalau agak2 malas nak bangun pagi, boleh jer 'tuang' class. har har har
  5. Jadi student : Aku boleh jer pakai baju kurung lama2 @ baju bundle because tatacara student ke kelas tak dititikberatkan sangat. Asal sopan n menutup aurat dah kira okie. BUNDLE?? Tak da hal lah. Aku student lagi. Mana mampu nak pakai barang branded.
  6. Jadi student : Aku ada matrix card. Pergi mana2 pun boley guna. masuk pawagam, theme park, main bowling, restoran. Harga boleh discount maa.. Pakej for student..
  7. Jadi student : Kalau pointer bagus, CGPA tinggi, boleh ja mintak biasiswa dari company2 besar kat Malaysia ni. Comfirm dapat sponsor BAEEK punyer. Boleh lah jadik anak orang kaya kejap. =)
  8. Jadi student : Aku tak rasa sedih kalau bab hidup berpasangan ditimbulkan. Sebab, aku ni student lagi. Mana ada masa nak berchinta-chintun nieh.
  9. Jadi student : Tak ada siapa nak melarang aku kalau aku nak duduk kat negeri @ negara lain. Kalau aku rasa nak duduk Perlis, aku boleh mohon UiTM Arau, kalau nak duduk Johor, UTHM kan ada. Kalau nak rasa naik AirAsia, Unimas n UMS boleh jer nak masuk.
  10. Jadi student : Aku boleh buat pinjaman segera yang peratusan nak dapat sangat tinggi. PTPTN kan ada. Tak payah nak tunggu lama2, baru nak daftar universiti pun dah dapat deposit rm1500.00. Setiap sem mampu la nak pakai gadjet2 baru.. =) 
BESTKAN JADI STUDENT!!

Cukup la kan 10 sebab kenapa aku still suka belajar lagi. Nanti banyak2, termuntah pulak kowrang nak baca. 

P/S : Biarlah umur kita habis dengan menuntut ilmu. Sebabnya, semakin banyak yang kita belajar, semakin banyak yang kita tak tahu.. 


4 comments:

  1. saya pun suka jadi student wanie....

    ReplyDelete
  2. time jadi student nak sangat kerja.. tp bila dh kerja masti nak sangat jadi student balik..=)

    ReplyDelete
  3. kakyong masa umur 21 pun masih jd belajar.. hanya mulai bekerja masa usia 24 tahun.. & bila dah bekerja, seronok & tak teringin pun nak balik jd student... heheh..

    apa2 hal pun, yang penting, enjoy setiap moment dlm hidup kita.. susah atau senang.. :)

    semoga menjadi pelajar yg cemerlang.. tc

    ReplyDelete
  4. apa yang kak yong ckp tu ada betulnya. mgkin sebab skrg sy belum bkerja, sy xnmpk lagi warna warni seorang pkerja. sy tkut sbnrnya nak hadapi sepak terajang alam pkerjaan.. hu9..

    ReplyDelete