cputih casper |
Tipikalnya ayat..
JAdi hantu yang aku nak sampaikan kat sini bukanlah jadi hantu yang muka hodoh, pakai baju jubah putih, ada taring, mulut darah2 bagai.. Tapi, apa yang aku nak sampaikan adalah, jadi hantu yang manghantui hidup orang lain...
Apa? still x faham.. Okie, teruskan membaca..
Pernah tak kowrang rasa dikhianati, rasa ditipu? Contoh paling terdekat..
Ada kawan kowrang pinjam duit, tapi buat2 tak mahu bayar.. Puas kowrang mintak, tapi dia tiba2 hilang. pelik tak?? Time kowrang lalu mana je, terpandnag sekilas wajah dia, kowrang kejar, dia terus hilang. Langsung x jumpa bekas tapak kaki. Cian kowrang terjengah-jengah cari dia..
Haha. Tu satu contoh kowrang dah jadi hantu dalam hidup beliau. eh, layak ke dipanggil beliau?
Okie, contoh kedua pulak. Pernah tak kowrang bercinta, pastu tiba2 pasangan kowrang mintak break. Tanpa sebab yang konkrit. Puas kowrang tanya, dia just kata, dia tak layak untuk kowrang. Annoying kan..
Pastu, bila tengok kat fb, dia block kita.. EH?? Kita ni hantu ke yang menakutkan dia?
Em. contoh ketiga..pasal couple gak. Kowrang baru la kenal someone ni. baru nak mengarang ayat jiwa2. Baru nak ada taman dalam hati. baru nak gantung bintang2 kat langit, baru nak mimpi sampai bulan. tup2 pasangan kowrang tu hilang secara tiba2. Langsung tak msg, call jauh sekali.
Bila kowrang online fb, owrang tu pun secara outomatik akan offline fb.. PULAK... Asal, takut ke?? Aku hantu ker??
BIla fikir2 balik, hope kowrang dah faham la kan apa msg "Jadi Hantu Dalam Hidup Seseorang" yang aku nak sampaikan. Sebenarnya, ketiga-tiga situasi atas tu, kesan dia terhadap kita sama je..
kesan2 nya :
1) Nampak kita, dia terus lari. Tak pasal2 kita main kejar2 dengan dia. Kalau sesiapa badan yang ala2 chubby2 tu, boleh la main lari2 pusing satu campus. Semata2 nak dengar apa alasan dia buat kita camtu kan.
2) Kita onnline, dia terus offline. Yang ni aku pernah kena dulu. Waktu tu rasa sakit hati jugak. Dah le msg, coll kita dia tak balas. Ingat nak chat le tanya khabar.. Tapi, hampeh kan, dia terus offlline. Takut ke, bang? Saya macam hantu eh??
Pesanan aku kepada beliau2 yang rasa takut2 ni, tak baik kowrang buat camtu..Aku rasa baik kowrang jumpe je sidia-sidia tu, dan minta maaf. Cakap elok2 dan terangkan perkara sebenar.
Kalau pasal hutang tu, betul kowrang tak mampu nak bayar, jelaskan la kat dia. Aku tak janji dia nak halalkan, tapi at least dia tak de la asyik mintak je dari kowrang. Mungkin dia akan bagi masa kat kowrang.
Buat si pematah hati, duduk elok2. Kita bincang. Bukan semua orang nak marah2 tak tentu pasal. Aku percaya, semua orang pegang dengan kata2, "ada jodoh tak kemana".. Kalau betul kowrang dah ada gurl / boy lain, bagitahu dengan jujur.. Kalau aku pun, aku boleh terima dengan hati yang terbuka. Tipu la kalau tak sedih kan. Tapi lama2 okie la..
Kalau main lari2 macam nampak hantu, penat kan. Aku penat. Kau pun penat.
Last kata dari aku,
"Aku Bukan Hantu yang Kowrang Perlu Takutkan. Semua Bolah Settle. Kita bukan GADUH, KITA BINCANG!!"
No comments:
Post a Comment