Jam tangan. Bg aku, jam tangan adalah aset penting utk seseorang bergelar insan. Dgn jam tangan, kita tahu samaada kita ni sudah terlambat @ x utk ke sesuatu tempat.. kenapa bangsa kita selalu dicop 'janji melayu'? Salah satu aku rasa sebab mereka2 ni xada jam tangan.. haha, jgn nk argue pulak dengan aku.. kowrang boleh perhatikan sekeliling.. ya @ tidak..
AKu sendiri, bukan la seorang yg tepati janji @ jenis yg punctual sgt. Tp, bila kita tgk jam tangan yg ada pd pergelangan tgn kita, bukan ke itu salah satu ingatan yg kita lambat @ tak utk appoinment kita?? Ini just pendapat aku je.. at least otak kita boleh bg signal yg ada seseorang yg sedang tunggu kita kat mana2 sebab janji yg dah kita buat.
aku dulu pernah la mengalami janji Melayu ni. janji pukul berapa, sampai pukul berapa.. waktu ni jangan kata berasap je otak aku, dengan api2 sekali dh keluar.. nasb baik bali bomba jauh, kalau tak ada jugak yg kena mandi dengan air pi;i bomba tu.. tapi, disebabkan aku ni jenis yg cool je baik pulak tu, aku kata xpe.. huhu.. poyo giler kan ayt aku. hipokrit pulak tu.. bukanlah, dh member aku tu cte sngat time tu. buat muka pulak ala2 innocent pulak tu, cmfirm hati yg keras cm batu pun terus cair okie.. and lagi satu, kawan aku tu pompuan taw. jgn korang salah sangka pulak..
Janji Melayu. penat kan. Malu pun ada sebenarnya bila bangsa lain cop bangsa terchenta kita ni macam gitu. memang la kalau sebut "ala, janji melayu la tu" macam xada pape maksud tersirat dan tersurat, tapi kalau korang benar2 menghayati semangat bangsa, ayat macam itu hinaan taw. nampak sangat la bangsa kita ni senang buat janji, senang jugak utk mungkir janji..
berbalik pada kisah jam tangan ni, kenapa pulak jam tangan relevan dengan janji2? jawapan nya, dah jam tangan je benda paling senang korang nk bawak, korang leh tengok kalau p mana2 pun kan. emm.. lepas ni mesti ada makhluk2 yg duk kata, jam kat handphone kan ada. okie, fine. aku xcakap benda tu salah. jam kat smartphone korang pun salah satu jenis jam jugak kan.. bagusla tu. kira korang pun ada la inisiatif tengok jam dan x la gunapakai Janji Melayu..
aku duk perati la kan, ada juga orang yg pakai jam tangan ni pun jenis yang tak punctual. aku rasa jam dia as fesyen je kot. entah2 jam tu mati. jarum jam tak bergerak dah. hahha. apa guna pakai jam mahal2 tapi as accessories je lebih.
sebagai student final year, dan lepas ni mungkin kalau ada rezki aku akan pegang duit sendiri, benda pertama yg aku idamkan adalah beli jam tangan yg harga lebih mahal dr biasa tu. sebabnya, bg aku jam tangan ni adalah aset penting dalam hidup. dan keduanya, aku mahu meghargai diri aku atas penat lelah selama ni. sekurang-kurangnya, lepas beli jam tu nanti, tiap kali aku tengok mesti aku akan teringt jerit payah, air mata, peluh yang pernah aku korbankan utk beli jam tangan tu. maklumlah, aku ni bukan asal dr keluarga berharta, yg mampu beli jam tangan riban2 celik mata je. ada harga mahal yg aku perlu bayar utk dapatkan apa yg aku mahu atau nak. walaupun cuma seutas cam tangan.
Memangla sebelum ni aku banyak kumpul jam tangan, tapi setakat mampu harga seorang students yg habis duit PTPTn di hujung2 semester je la..
nampak tak, betapa besarnya peranan jam tangan tu snediri dalam hidup aku? err.. mungkin la ada korang2 yg tak berapa nk jelas, xpela, boleh je tinggalkan komen2 korang kt bawah ni.. biar aku pulak tgk definisi jam tangan dr sudut mata korang pulak..
tetiba teringat pulak cerita ni..:
Kisah Pemuda, Keretapi dan Jam Tangan
Jasman dlm perjalanan dgn keretapi, duduk bersebelahan dengan seorang pakcik. Jasman bertanya kat pakcik tu...
jasman: pakcik, sekarang pukul berapa?
pakcik tu tak jawab, jasman tanya lagi.
jasman: pakcik, sekarang pukul berapa?
pakcik tu buat donno, jasman tak putus asa bertanya.
jasman: pakcik, sekarang pukul berapa?
pakcik tu tetap membisu, jasman bengang dan tanya kuat sikit!
jasman: pakcik, pukul berapa sekarang?!!
pakcik tu renung jasman dengan tajam.
Pakcik: aku tak nak jawab soalan ko... pasal kalo aku jawab kita
akan berkenalan. pastu kita berbual-bual dan jadi akrab. kat stesyen keretapi tu isteri aku tgh tunggu. terpaksa plak aku kenalkan ko ngan isteri aku yg peramah sangat2 tu. pastu dah sure isteri aku akan ajak ko datang ke rumah. kat rumah aku plak ada
anak dara yang cantik macam siti saleha tu. bila ko datang mesti ko
berkenalan ngan dia pastu ko akan bercinta plak ngan anak dara aku tu. bila dah bercinta ko mesti satu hari akan mintak ngan aku
untuk berkawen ngan anak dara aku tu. masalahnya aku taknak terima menantu yang JAM TANGAN PUN TAK MAMPU NAK BELI!!!
krik...krik...krik...
ingat, seutas jam tangan bukan sekadar penunjuk waktu sahaja, ia juga sesebuah memori utk sesuatu. kalau tak, xkan la aku bg my "encik sengal" seutas jam tangan kan.. hahha
No comments:
Post a Comment