Wednesday, September 9, 2009

ibu Vs kekasih... yg mana 1 kamu??


Org kata aku lahir dari perut ibu
Bila dahaga, yg susukan aku… ibu
Bila lapar, yg suapkan aku… ibu
Bila keseorangan, yg sentiasa di sampingku… ibu
Kata ibu, perkataan pertama yg aku sebut… Bu!
Bila bangun tidur, aku cari… ibu
Bila nangis, orang pertama yg datang… ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yg boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yg memarahi aku… ibu
Bila merajuk, yg memujukku cuma… ibu
Bila melakukan kesalahan… yg paling cepat marah… ibu
Bila takut… yg tenangkan aku… ibu
Bila nak peluk… yg aku suka peluk… ibu

Aku selalu teringatkan… ibu
Bila sedih, aku mesti telifon… ibu
Bila seronok… org pertama yg aku nak beritahu… ibu
Bila bengang… aku selalu luah pada… ibu
Bila takut, aku selalu panggil, "ibuuuuuuuuuuu!"
Bila sakit, orang yg paling risau adalah… ibu
Bila nak exam, orang yg paling sibuk juga ibu
Bila buat hal, yg marah aku dulu… ibu
Bila ada masalah, yg paling risau… ibu
Yg masih peluk & cium aku sampai hari ini… ibu
Yg selalu masak mknan kegemaranku…
ibu
Yg selalu simpan & kemaskan barang2 aku… ibu
Yg selalu berleter & kat aku… ibu
Yg selalu puji aku… ibu
Yg selalu nasihat aku… ibu
Bila nak kahwin…
Orang pertama aku tunjuk & rujuk…
ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada ibu
Bila bahagia… aku peluk erat pasanganku
Bila berduka… aku peluk erat ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine… aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dpt ucapkan Slamat Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… ibu ingat kat aku
Bila…bila… aku akan telifon pasanganku
Entah bila aku nak telifon ibu
Selalu… aku belikan hadiah utk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah utk ibuku


RENUNGKAN:
DULU IBU KATA: "KALAU KAMU SUDAH HABIS BELAJAR & BEKERJA… BOLEHKAH KAMU KIRIM WANG UTK IBU? IBU BUKAN NAK BANYAK… LIMA PULUH RINGGIT SEBULAN PUN CUKUPLAH".
Berderai air mata. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi… ibu sudah tiada…
INGATLAH PENGORBANAN seorang IBUUUUUU…

No comments:

Post a Comment