Wednesday, September 9, 2009

Warkah ayah

Kehadapan Anakku yang dikasihi
Semoga sentiasa berada di dalam rahmat ALLAH

Assalamualaikum wr.wb,

Salam dan berjuta cinta bertaburan senyum dan doa yang selalu berkembang dan tersandung dari bibir dan hati ini setiap saat tanpa henti apabila ayah terkenang dan tersebut namamu. Dalam doa ayah setiap waktu, ayah tidak pernah terlupa mendoakan kejayaanmu. Semoga apa yang Anakku kejar dan cita-citakan akan beroleh kejayan. Amin…

Anakku,
Ayah masih teringat ketika ibumu mengandungkanmu. besar perut ibumu ayah lihat dan ayah berasa bangga. Kerana didalamnya ada pewaris ayahnda yang akan berusaha membanggakan keluarga kita. Ketika ibu merasa kesakitan ketika tendang dan terajangmu ayah dapat merasakan betapa aktifnya Anakku hingga tidak sabar2 untuk menjenguk dunia fana ini.

Anakku,
Ayahnda msh terdengar jeritan ibumu menahan kesakitan ketika berusaha untuk melahirkanmu ke dunia ini. Ibumu mengalirkan air mata kesakitan dan kegembiraan kerana berjaya melahirkanmu. Tak dapat ayahnda nak susunkan kata2 melihat tubuh montokmu dipeluk oleh ibumu. Ayahnda gembira Anakku. Lalu ayah azan dan kamatkan dikiri dan kanan telingamu supaya anasir2 lain tidak akan menembusi hati dan sanubarimu. Pada ketika itu kami berdua mula merancangkan nama2 yang baik untukmu anakku.

Anakku,
Dari hari itu ayahnda telah berazam untuk menjaga dan mengasuhmu. Pantang sekali telinga ini mendengar orang pandai di kampung, akan ayahnda dekatnya dan meminta bantuan bagaimana cara terbaik untuk mendidikmu. Ayahnda sedar betapa kekurangannya diri ini. Dulu waktu ayahnda kecil, ayahnda tidak berpeluang untuk meneruskan pelajaran ayahnda. Ayahnda hanya sempat untuk belajar hingga ke darjah enam.
Ini kerana keluarga kami waktu itu amat daif. Ayah terpaksa bekerja mengambil upah menorah pokok getah untuk membantu keluarga.

Anakku,
Pada ketika ini ayahnda amat berbangga dengan pencapaian Anakku. Seringkali ayahnda terdengar orang kampung kita memuji-muji kejayaanmu nak. Mereka memuji kesopanan dan tatatertibmu ketika berada di kampung. Laungan azanmu amat merdu dan menyentakkan mereka dari tidur untuk segera solat subuh. Kata bicaramu amat menyenangkan mereka yang mendengarnya. Langkah gerakmu sejuk mata memandang. Begitulah pujian mereka kepada keluarga kita. Pada ketika itu anakku ayahnda rasakan serba tidak kena. Nak ketawa, dikhuatiri bongkak, nak senyum bimbang mengejek orang lain. Namun didalam hati kecil ini ALLAH saja yang tahu.

Anakku,
Umur ayahnda semakin lanjut. Kudrat ini semakin lemah dan lesu. Namun begitu janji dan tekad untuk melihat kejayaan anakku berjaya terus tidak pernah berganjak. Biar kering dipancar matahari, biar kecut di selubungi bayu, biar tersungkur tersembam di bumi, harapan untuk melihat kajayaanmu tetep akan terus ayahnda juangkan.

Anakku,
Teruskan usaha sucimu. Doa kejayaanmu tidak pernah ayahnda lupakan setiap kali ayahnda solat. Kita tidak milik Yang Berhormat, Dato', Menteri untuk membantu kita mendapatkan tempat di pusat pengajian tinggi. Harta ayah hanyalah sebesar hujung mata penamu. Tajam dan lincah hujung mata pena itu yang Anakku tarikkan, adalah Anakku yang menentukannya. Jika elok anakku gayakan, maka cantik dan harumlah hasil yang akan kamu perolehi.

Anakku,
Teruskanlah usahamu….


-Ayahmu-
Ahmad bin salim..

...abah...adik sayang sangat kat abah....

No comments:

Post a Comment