Thursday, October 29, 2009

Dariku hawa buatmu Adam..


Pertama sekali, terima kasih kerana memberikan kesempatan kepada aku, insan awekz-awekz untuk bersuara. Maafkan aku jika kehadiranku tidak kau, si gagah perkasa undang. Aku insan yang tidak pandai berkata-kata, ingin menyampaikan sesuatu buat tatapan si gagah perkasa yang 'sempurna'… ingin sekali aku berkongsi dengan para pembaca sekalian tentang sekeping warkah dari seorang Hawa kepada insan yang bernama Adam…


DARIKU HAWA, BUATMU ADAM…


Bismillahirrahmnnirrahim…

Didoakan semoga anda beroleh selamat di bawah lindungan payung rahmat Allah S.W.T… Amin…


ADAM,

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah HAWA, temanmu yang kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusuk yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa mahukan bimbingan darimu. Sentiasa aku mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.


ADAM,

Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai daripada bilangan kaummu di akhir zaman, inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya. Jika bilangan kaumku mengatasi bilangan kaummu, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, sesame ADAM bermusuhan kerana HAWA. Buktinya sudah cukup nyata dari peristiwa habil dan qabil sehinggalah pada zaman cucu-cictnya. Pun begitu, maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari satu waktu.


ADAM,

Bukan kerana ramai isterimu yang membimbangkan aku. Tidak kerana sedikitnya yang merunsingkan aku. Tapi, aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkah lakumu. Kau sejak dulu lagi tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun terasa berat pula untuk menyatakan isi perkara sebenarnya.


ADAM,

Aku tahu bahawa kau tahu dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan "kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita…" Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, mengawasi dan menjaga aku agar aku sentiasa berada dalam redha Tuhanmu dan Tuhanku. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah jadi kepada kaumku ini? Aku dan kaumku telah menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah hanya mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah. Jalan-jalan, pasar-pasar dan Bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar rumah, maka seluruh tubuhku mesti di balut dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Tapi, reality dan hakikatnya kini, HAWA telah berbuat lebih dari apa yang patut.


ADAM,

Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, "itu sudah tentu", katamu. Aku ibu dan aku guru pada anak-anakmu. Tapi sekarang, pada waktu yang sama, aku ke medan menguruskan hal negara. Aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk-duduk sahaja. Ada di antara kaummu yang mengganggur tiada bekerja. Kau perhatikan sahaja aku memanjat tangga di pejabat bomba. Kainku tinggi menyinsing peha mengamankan negara. Apa kau kini tidak seperti dulu? Apkh telah hilang kasih sucimu terhadapku?


ADAM,

Marahkah kau jika ku katakana "andainya HAWA yng terpesong maka ADAM yang patut tanggung". Sebab apa ADAM? Ramai yang berkata, jika anak jahat, mak bapak yang tak pandai mendidik, jika murid bodoh, guru yang tak pandai mengajar. ADAM, kau selalu berkata, "HAWA memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah dengar nasihat, kepala batu…" pada hematku yang dahif ini ADAM, seharusnya kau tanya dirimu. Apakh didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi S.A.W. terhadap isteri-isterinya? Adakah ADAM melayani HAWA seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Apakah akhlak ADAM boleh dijadikan contoh buat kaum HAWA?


ADAM,

Kau sebenarnya adalah imam dn aku adalah makmum. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai ADAM, kau punya kelebihan akal manakla aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Akalku satu, nafsuku beribu! Oleh itu ADAM, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.


ADAM,

Aku suka kalau kau mengimami soaltku pada setiap waktu. Akan kuaminkan bacaan doamu. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku untuk bertahajut bersamamu. Kau kenalkan aku pada majlis-majlis agama. Kau ajari aku untuk pandai membaca dan memahami Al-Quran. Kau ajaklah aku untuk membaca Yasin bersamamu pada malam Jumaat yang penuh berkat. Kau khabarkan aku tentang fardu-fardu yang patut aku tahu. Tunjukkan aku perkara sebenar yang oatut aku buat.


ADAM,

Akhirnya, ajarilah aku agar menjadi isterimu yang solehah. Didiklah aku supaya aku tunduk, patuh dan menghormatimu setiap waktu. Tolonglah aku ADAM agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu.selamatkanlah kau dari seksa neraka yang sudah tentu tiada siapa yang akan tegar menanggungnya. nauzubillahhiMinzalik…"



Demikianlah antara luahan hati seorang insan bernama HAWA…

wahai insan yang bernama si gagah perkasa, pernahkah kau terfikir mengapa aku, insan awekz-awekz jadi begini? Kenapa kau biarkan aku, insan awekz-awekz yang sememangnya lemah dengan godaan syaitan, memikul tanggungjawab yang terlalu besar? Kenapa kau biarkan sahja sedangkan kau tahu aku terlalu banyak nafsu! Kenapa kau tak pimpin aku sejak dari dulu? Kenapa kau, si gagah perkasa hanya menyalahkan aku, insan awekz-awekz setelah sejak dari dulu lagi kau biarkan aku hanyut dan semakin hanyut? Kemana hilangnya peranan sebagai pembimbing kepada kaumku yang lemah ini? Kenapa kau pula yang mengambil kesempatan ke atas kelalaian ku ini?



-selip0rjep0n-




No comments:

Post a Comment