Saturday, October 31, 2009

tentang dia...



Dia masih ingat masa darjah enam dahulu. Seorang teman pernah berkata padanya yang kita akan sedar kita benar-benar jatuh cinta bila hati kita mula berlagu riang.

Kebetulan pula ketika itu demam Bollywood sedg hangat melanda tanah air. Jadi, kata temannya itu lagi, kita akan sedar yang kita telah jatuh cinta apabila kita mendengar hati kita menyanyi..

koi mil gaya... koi mil gaya
meera dil gaya... mera dil gaya
kya bataaun yaaron
main to hil gaya
main to hil gaya
koi mil gaya... mil hi gaya
mil gaya... hey, mil hi gaya


Ya ker, bila kita jatuh cinta hati kita akan menyanyi? lagu hindustan pulak?
Agaknyer masa kita jatuh cinta, di saat hati kita berlagu cinta, maka dan-dan itu juga kita akan membayangkan diri kita seperti hero dan heroin dalam filem itu.

Si perempuan mungkin akan membayangkan dirinya berlari-lari di taman bunga macam kajol dan bertukar baju lima enam pasang untuk satu babak yang sama.
Si lelaki pula akan membayangkan dirinya menjelma manjadi Shah Rukh khan yang tengah bergolek-golek dengan buah hatinya di kawasan perbukitan.

Huh, macam mengarut saja bunyinya.
Begitu sekali ke gayanya bila bercinta?
Dia x pernah bercinta. Sememangnya dia tidak pernah bercinta dan dicintai oleh lelaki yang bukan mahramnya selama ini.

Bukannya dia x mahu bercinta. Gadis manalah yang tidak mahu mencintai dan dicintai... kan?

Baginya cinta adalah satu rasa yang sungguh indah. Anugerah daripada Tuhan yang maha Esa. Kalau cinta itu sememangnya indah, tentu sahaja dia mahukannya. Buat apa hendak ditolak kehadirannya, kan?

Cuma emak dan abah telah mendidiknya sejak dari kecil agar menjaga maruah dan mahkota dirinya. Kata emak, ALLAh telah menetapkan seorang lelaki untuknya suatu hati nanti.

Kata emak lagi, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki ambil-alih tanggungjawab itu daripada mereka.

Jadi, dia percaya yang seseorang telah wujud sejak dahulu lagi.
Sepanjang umurnya ini, dia cuba menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki kerana dia tidak mahu membelakangi lelaki yang telah diciptakan untuknya itu.

Dia menghalang dirinya daripada mengenali mana-mana lelaki kerana dia tidak mahu mengenali lelaki lain selain lelaki yg telah tercipta untyknya itu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah, dia sedaya kudrat yag lemah ini membatasi pergaulannya dgn bukan mahramnya.

Dia lebih suka berada dirumah kerana rumah itu tempat yg terbaik bagi seorang perempuan. Dia sering berasa tidak selamat diperhatikan lelaki.

Bukanlah dia bersangka buruk terhadap kaum lelaki, tetapi lebih baik dia berwaspada kerana bnyak contoh yg telah terjadi di hadapan mata.

Dia akan palingkan wajahnya daripada lelaki yga asyk memerhatikan dirinya atau cuba menegurnya. Dia sedaya upaya mungkin melarikan pndngnnya daripada lelaki ajnabi kerana Sayyidatina Aisyah r.a pernah berpesan, "sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandanmg oleh lelaki" lebih-lebih lagi nikmat matanya telah ditarik sedikit oleh Allah, dia berasa itu jalan yang selamat untuk tidak memandang secara terus kepada kaum adam ini. Bukankah dari maksiat mata maka lahirnya maksiat jiwa?

Dia tidak ingin dipandang cntk oleh lelaki lain. biarlah dia hanya cantik di mata lelaki yang telah diciptakan untuknya. Lagipun dia bukan dalam kategori cantik sehingga boleh ditabalkan miss world.. miss malaysia pown blom tentu..dia hnya seorang gadis yang biasa-biasa sahja..

Bunyinya macam baik sungguh dia ini, ya...

Tapi, dia tahu kalau dia ingin lelaki yang baik menjadi suaminya, dia juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Berbalik pada bab C.I.N.T.A tadi, dia ini sebenarnya tidak pernah jatuh cinta. Pernah. Bercinta sahaja yang dia tidak pernah. Ada bezanya antara jatuh cinta dan bercinta.

Seingat dirinya, sepanjang meniti usia hampir duapuluhan ini, telah acap kali dia terjatuh cinta.

Dia pernah terjatuh cinta pada anak angkat neneknya yang amat suka ketawa yang dipanggil cik. Dan yang paling dia ingat, cik tu juga selalu blanja dia makan ais krim kalau dia tengah sedih.

Kalau diikutkan logik akal, apalah yang ada pada cik tu. Kerja pun sekadar menolong nenek dan datuknya di kebun. Tetapi disebabkan dirinya yang kesunyian cuz xder teman ketika itu, dia menganggap cik itu sebagai penyelamatnya dan itulah kbahagiaannya pada waktu itu.

Pernah juga dia terjatuh cinta pada kawan lelaki sekelasnya. Tetapi, sperti selalunya, perasaan jatuh cinta itu hanya melekap sekejap sahaja di hatinya. Jatuh cinta kemudian kecewa kerana lelaki itu sudah ada pasangannya.

Dia sedar dia hanya seorang wanita biasa. Wanita yang dijadikan Allah dengan perasaan mudah menyayangi dan ingin disayangi sentiasa. Maka, tidak salahkan kalau dia jatuh cinta banyak kali?

Rasanya adalah sesuatu yang normal bagi kaum perempuan sepertinya untuk jatuh cinta banyak kali. Namun, semakin menginjak dewasa, perasaan hendak jatuh cinta selalu itu sudah mula berkurangan. Dan yang terbaru... sekali lagi hati si dia ini tergelincir lagi. Pada siapa? Itu biarlah rahsia. Mungkin ini hanya mainan rasanya, tapi yang pasti dia senag dengan rasa ini.. dan... hanya waktu yang dapat menyingkirkan rasa ini..=)

Tetapi kalau hendak berkahwin, mestilah kena ada kekasih, kan? hendak ada kekasih pula kenalah jatuh cinta dan bercinta dahulu.

0ps... Setakat nie, umur si dia ni baru nak menginjak dua puluh.. so, soal kahwin ni terlalu awal pulak kan?

em... tetapi, ada x lelaki yang sudi mencintai dan menerima dirinya ini? rasa-rasanya boleh carik x? Ada x jual kat pasar raya? Atau kat kedai mapley jual roti nan ker?? =)


dan si dia itulah cik seliporjepon kita ..
ngeh..ngeh..ngeh...

Cerita asalnya aku copy dari sebuah novel "LAGU CINTA" oleh iejay zakaria.. watk utama dia cm aku jek.. itulah sebab utama dia aku merajinkan jari menaip nak wat entry nie..
hehehe

-ayat-ayat cinta berkumandang..-

No comments:

Post a Comment