Sunday, August 30, 2009

warkah buat saudariku...





saudariku....




Sesungguhnya kejadianmu tertalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yg bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekumtum bunga, aromamu bias menarik perhatian sang kumbang utk mendekatimu. Namun… x semua bunga senang utk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagarinya umpama mawar. Dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman sang kumbang. Tapi awas… duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali utk mendekatinya… janganlah kau menjadi sekuntum bunga raya. Bunga raya yang juga bisa menarik perhatian sang kumbang. Tetapi apabila didekati ternyata ianya indah khabar dari rupa. Tiada keindahan dan keharuman yg boleh disajikan utk sang kumbang. Ada juga yg menggangapmu sebagai seekor burung. Kau seumpama seekor burung merpati yg sentiasa mengundang perhatian sesiapa sahaja. Seekor burung merpati yang mudah didekati, yang mudah disenangi tetapi amat payah ditangkap dan digapai.


Sesungguhnya bunga yang benar-benar cantik ialah bunga yang sentiasa mekar dengan senyuman dan indah budi solehahnya…☺



- joko@dakmereng_90-

No comments:

Post a Comment