Thursday, September 16, 2010

Konvokesyen IPSM

muke masuk paper ag.. bagga siot!!
Sebelum memulakan entry kali ni, aku nak bagitahu korang yang aku nak menggantikan panggilan cik sopar kepada aku.sebabnya aku rasa ‘aku’ tu lagi sweet n mesra je. Tak ada la nampak kekok sangat bila story bab2 personal.
Okie, masuk bab konvokesyen IPSM pulak. Bagi yang nak tahu apa itu IPSM, sila clik IPSM nie. Untuk pengetahuan korang, aku buat blog nie start zaman kegemilangan aku kat  Institut Pertanian. Cewah, ada gak zaman kegemilangan IP. =) Waktu tu aku still lagi kat IP bumbung Lima, Penang. Memula buat blog sekadar nak memenuhkan blogger2 kat dunia. Makin lama makin syok pulak. Cuma aku tak ada la kreatif macam blog2 korang kan. Siap ada teddy bear & rerama terbang2 kat background. 
Okie, dah lari tajuk. kita rewind balik.
Tarikh 29 Julai tarikh keramat buat semua budak2 IPSM batch 08/10. Setelah dua tahun berhempas pulas kat dunia IPSM, lepas ni boleh tunjuk riak kat orang kampong yang kita dah ada sijil pertanian. ~ngee~. Memula jumpa balik budak2 ni, kecoh tak ingat. Maklumlah kata kawan rapat.

Biasa la kan, setiap konvokesyen kat Malaysia ni mesti ada raptai. Kononnya nak bagi perfect pada majlis esoknya. Mesti mau perfect maa. Banyak dip2 kehormat hari itu. Kalau yang university besar2, mesti ada sultan kan. Dapat la merasa mengadap muka sultan waktu itu. Tapi aku ni sekadar budak IP dan hanya pangkat sijil jer. So, yang jadi VVIP pun takat Menteri Pertanian @ Timbalannya  je. Tapi tak kisahla kan.. asalkan aku dah grade. Raptai pada 28 Julai dan start pukul 2 pm sampai ke pukul 5 pm. Sebelum raptai, ada sedikit majlis penganugerahan pelajar2 cemerlang sem. 4. Hadiah disampaikan oleh En. Baharum merangkap pengarah bahagian sumber manusia, jabatan pertanian.  Pelajar yang dapat tittle tu dapat la sijil penghargaan & hadiah. Kira kenangan2 di IPSM la tu. 

Hari konvo-aku konvo kat dewan , bangunan KWSP. Kata sumber yang dipercayai, IPSM dah 5 tahun buat kat dewan ni. Hu9.. tahun depan dewan kena tukar la. Mesti semua lecture2 nk rasa dewan lain gak.  jubah konvo aku warna hijau & ada jalur kuning kat tepinye. Comei la jugak jubah ni. Tapi, yelah kan. Dah namenyer IPSM, jubah pun mesti hijau. Kata Jabatan Pertanian. Lelaki wajib pakai songkok hitam dan perempuan tudung kaler cream.  

Awal pagi dah sampai KWSP. Berkobar2 nak konvo memasing. Kat tangan family2 dh siap sedia jambangan bunga yang besor2. Mak n abah aku relax je. Bila Tanya, ye kata xyahla.. mambazir jer, bkn boleh makan pun bunga tu. Baik beli sate. Oh, sedih..=(

Masa yang dinanti tiba sudah. Kami berarak masuk ke dewan dalam suasana teratur n tertib. Cewah, memang gampax giler. Ketibaan dif2 kehormat disambut paluan kompang n bunyi gamelan. Dh macam nk wt kuda kepang pulak ada bunyi2 gamelan. Ish3x.  Majlis penganugerahan sijil pun tiba. Sorang2 naik pentas. Jumpa tim. Menteri & wish ‘tq datuk..’ lepas tu, majlis anugerah pgarah sumber manusia. Dapat 5rat siot kpd yang terpilih.. tahniah kowrang.=)

Selesai sudah majlis, sesi menangkap gambar pula. Aku dah la xbawa kamera, tengok je la diowrg rakam kenangan terindah dari jauh. Dalam hati, aku bisik, “xper2, nti masa aku amek ijazah, aku tangkap pic banyak2”. Ha9.. ayat xbleh blah nk sedapkan hati sendiri.

Riang ria konvo dah pun berlalu. Sampai hari ini, gmbar konvo xsampai2 ag. N pic aku dgn mal pon ye xcuci ag. Ish.. bila la pic tu nk siap ek mal? Berjaggut dh aku tunggu.. pic2 dalam entry ni semua aku amek dak2 ip nye kt facebook. He9, maap la kowrg aku amek pic ko..lepas ni hope kami semua keep in touch.. ip terbaek wok!!

mak, abah n aku..
-luv-ipsm

No comments:

Post a Comment