its WAS gone |
assalamualaikum awak...
apa kahabar? lama sudah kita tidak bertanya khabar kan. bagaimana kesihatan awak di sana? baikkah? agak janggal rasanya menuturkan ayat sebegitu lagi kerana kita sudah saling tidak berbicara. entah2 awak juga telah lupakan saya di sini..tapi, saya dah tak kisah...
awak..
mesti awak tertanya2 bukan, apa mimpi saya mengutuskan warkah untuk awak.. hak2, soal hati siapa tahu. penat saya bermain rasa, xsanggup rasanya untuk saya menunggu terlalu lama lagi. perkara yang pernah saya mulakan, kini harus saya hentikan..saya dah tak kisah dah...
awak,
pejam celik pejam celik hampir 2 tahun saya kenali awak. persahabatan saya dengan awak membuatkan saya rasa senang sekali. awak teman terbaik saya pada waktu itu. susah senang saya, awaklah orang pertama yang saya cari. bahagianya waktu itu walaupun awak langsung xpernah tahu apa yang saya rasa. saya akui, hubungan persahabatan kita telah saya salah ertikan. saya pernah menganggap awak lebih sekadar teman, tapi saya tahu, waktu itu saya hanya seorang insan yang lemah yang masih xtahu apa2 lagi berkaitan perasaan..tapi kini, saya dah tak kisah apa pun tanggapan awak pada saya..
awak..
pemergian awak secara tiba2 membuatkan saya rasa cukuplah saya tanamkan saja mimpi saya untuk mendampingi awak. walaupun pada wktu itu saya masih belum meluahkan rasa saya pada awak. saya takut awak. takut awak pergi dari sisi saya. takut awak lupakan terus persahabatan kita. lantas, saya bediam diri.. kecilnya saya waktu itu jika nak dibandingkan dengan awak. yelah, awak sedang berjihad untuk mengejar cita2 awak. siapalah saya untk menghalangnya..tapi kini, saya dah tak kisah, kerana saya sedang cuba menjadi seperti awak..
awak..
langkah mendiamkan diri saya adalah yang terbaik untuk awak. saya tidak mahu menggangu awak. saya segan nak text msg kat awak, saya malu nk telefon awak. sebabnya, saya tak mahu kehadiran saya akan menggangu gugat keadaan awak di sana. saya tahu, berjihad di jalan Allah perlukan banyak masa dan ruang untuk memperjuangkan apa yang awak citakan. betapa kisahnya saya pada waktu itu tentang awak.. tapi, kenapa ya.. susah sangat saya mahu lupakan awak.. tiap masa, mengapa nama awak juga yang saya cari??
awak..
mengenali awak adalah satu keindahan dalam hidup saya. tapi, menyukai awak adalah satu kesilapan yang pernah saya lakukan dalam hidup. tapi percayalah, saya tidak menyalahkan awak.. kerana saya akui kekhilafan diri saya sendiri. tapi xkisahlah awak, kerana pada mula2 mengenali awak pun saya sudah duga perjalanan kisah kita memang sebegini. hak3, yang ini saya kisah..
awak..
percayalah, warkah terakhir ini adalah tanda saya tidak akan menggangu awak lagi. sama ada dalam jaga mahupun dalam mimpi2. lupakan segala kata2 yang pernah saya coretkan untuk awak. melupakan awak, tidak akan sekali2 saya mampu tapi, menukar rasa suka saya pada awak mnjadi shabat, itu yang akan saya lakukan..
awak..
saya dah tak kisah lagi siapa pun awak lepas nie..
saya harap awak bahagia dengan teman teristimewa awak sekarang..
dan saya akan pergi,
kisah saya n awak sebenarnya hanya kisah saya seorang..
siapa awak, siapa saya.. hanya aku-kau-n-dia yang tahu..
repek sejati,
cik sopar..
No comments:
Post a Comment