Monday, August 6, 2012

Kenangan Itu Milikku..

Fast Update..

#Selamat Puasa
puasa2
     Alhamdulillah, dah masuk setengah bulan puasa baru cik sopar nak wish selamat berpuasa. Maaf la sesangat.   tersibuk dengan kerja yang membuatkan cik sopar melupakan seketika dunia blogspot.
Tapi, sesibuk mana pun kita, jangan lupa dengan amal ibadah yang dituntut sepanjang bulan puasa ni.
Apa aktiviti kowrang semua sepanjang bulan puasa?
Bagi diri cik sopar dan keluarga, kami akan pastikan setiap hujung minggu kami diisi dengan aktiviti berbuka puasa bersama keluarga besar di rumah salah seorang ahli keluarga kami. Iftar kata orang. Minggu puasa first, rumah nenek jadi pilihan iaitu zon Kluang II, diikuti zon Kluang I, dan minggu ni kat zon Parit Raja. Zon parit raja tu rumah cik sopar la. Minggu depan pulak, zon Yong Peng. Ha.ha. keluarga kami pun ada zon2 taw.
Kebaikan Iftar ni, kami dapat berkumpul semua sekali setiap minggu dan bertukar-tukar juadah berbuka puasa. Tak lupa juga, sebelum tibanya waktu berbuka puasa, kami akan mengadakan tahlil ringkas dan juga tazkirah.. Kebetulan lagi, ahli keluarga kami semua duduk dekat2. Sebab itulah aktiviti Iftar ni diwajibkan.. Wah, saya sayang keluarga besar ni, Keluarga Haji Mian.(ni atuk cik sopar). Memang beginilah tradisi kluarga besar kami setiap tahun.

#Juadah Buka
yummy
ni pun yummy gak..

     Dah namanya kerja kat pasaraya. waktu berbuka pun tak adalah meriah sanggat macam buka kat rumah. ye tak? Time kerja, cik sopar akan pilih menu wajib setiap hari iaitu roti jala @ murtabak. Setiap hari taw. Itu jelah menu yang mampu untuk dimakan time berbuka. Disaat kawan2 lain mewah dengan juadah yang dibawa dari rumah, cik sopar hanya menelan dua jenis roti tu je lah. Cik sopar tak nak la menyusahkan mak dan abah kena masak, hantar kat kedai semata-mata cik sopar tengah kerja. Cukuplah makanan yang dibeli kat bazar.. Still kenyang, okie la kan..
itu Kenangan buka puasa kat SAKAN.. (。◕‿◕。)

#Kuih-muih
Sebut buka, kita pasti tak lepas dari memikirkan nama2 kuih. Tak kisahlah yang latest @pun kuih zaman dolu2.. Apa kuih fevret kowrg??
Masa cik sopar duduk kat jengka, Pahang, kuih fevret, PUDING KARAMEL..
Sekarang balik Johor, susah kot nak jumpa..  Kat Pahang dulu, hampir setiap hari beli kat bazar Uitm Jengka @ bazar jengka.. Wah, rindunyer dengan kuih ni..

rindu nak makan ni



Okie, cukup la tu.. Banyak sanggat nak cerita kenangan sendiri..
jumpa lagi entry akan datang..
holaaa...

semua pic adalah ihsan enchick google..


No comments:

Post a Comment