Showing posts with label kisah aku. Show all posts
Showing posts with label kisah aku. Show all posts

Monday, October 20, 2014

Jam Tangan - Fesyen atau Keperluan


Jam tangan. Bg aku, jam tangan adalah aset penting utk seseorang bergelar insan. Dgn jam tangan, kita tahu samaada kita ni sudah terlambat @ x utk ke sesuatu tempat.. kenapa bangsa kita selalu dicop 'janji melayu'? Salah satu aku rasa sebab mereka2 ni xada jam tangan.. haha, jgn nk argue pulak dengan aku.. kowrang boleh perhatikan sekeliling.. ya @ tidak..

AKu sendiri, bukan la seorang yg tepati janji @ jenis yg punctual sgt. Tp, bila kita tgk jam tangan yg ada pd pergelangan tgn kita, bukan ke itu salah satu ingatan yg kita lambat @ tak utk appoinment kita?? Ini just pendapat aku je.. at least otak kita boleh bg signal yg ada seseorang yg sedang tunggu kita kat mana2 sebab janji yg dah kita buat.

aku dulu pernah la mengalami janji Melayu ni. janji pukul berapa, sampai pukul berapa.. waktu ni jangan kata berasap je otak aku, dengan api2 sekali dh keluar.. nasb baik bali bomba jauh, kalau tak ada jugak yg kena mandi dengan air pi;i bomba tu.. tapi, disebabkan aku ni jenis yg cool je baik pulak tu, aku kata xpe.. huhu.. poyo giler kan ayt aku. hipokrit pulak tu.. bukanlah, dh member aku tu cte sngat time tu. buat muka pulak ala2 innocent pulak tu, cmfirm hati yg keras cm batu pun terus cair okie.. and lagi satu, kawan aku tu pompuan taw. jgn korang salah sangka pulak..

Janji Melayu. penat kan. Malu pun ada sebenarnya bila bangsa lain cop bangsa terchenta kita ni macam gitu. memang la kalau sebut "ala, janji melayu la tu" macam xada pape maksud tersirat dan tersurat, tapi kalau korang benar2 menghayati semangat bangsa, ayat macam itu hinaan taw. nampak sangat la bangsa kita ni senang buat janji, senang jugak utk mungkir janji..

berbalik pada kisah jam tangan ni, kenapa pulak jam tangan relevan dengan janji2? jawapan nya, dah jam tangan je benda paling senang korang nk bawak, korang leh tengok kalau p mana2 pun kan. emm.. lepas ni mesti ada makhluk2 yg duk kata, jam kat handphone kan ada. okie, fine. aku xcakap benda tu salah. jam kat smartphone korang pun salah satu jenis jam jugak kan.. bagusla tu. kira korang pun ada la inisiatif  tengok jam dan x la gunapakai Janji Melayu..

aku duk perati la kan, ada juga orang yg pakai jam tangan ni pun jenis yang tak punctual. aku rasa jam dia as fesyen je kot. entah2 jam tu mati. jarum jam tak bergerak dah. hahha. apa guna pakai jam mahal2 tapi as accessories je lebih.

sebagai student final year, dan lepas ni mungkin kalau ada rezki aku akan pegang duit sendiri, benda pertama yg aku idamkan adalah beli jam tangan yg harga lebih mahal dr biasa tu. sebabnya, bg aku jam tangan ni adalah aset penting dalam hidup. dan keduanya, aku mahu meghargai diri aku atas penat lelah selama ni. sekurang-kurangnya, lepas beli jam tu nanti, tiap kali aku tengok mesti aku akan teringt jerit payah, air mata, peluh yang pernah aku korbankan utk beli jam tangan tu. maklumlah, aku ni bukan asal dr keluarga berharta, yg mampu beli jam tangan riban2 celik mata je. ada harga mahal yg aku perlu bayar utk dapatkan apa yg aku mahu atau nak. walaupun cuma seutas cam tangan.

Memangla sebelum ni aku banyak kumpul jam tangan, tapi setakat mampu harga seorang students yg habis duit PTPTn di hujung2 semester je la..

nampak tak, betapa besarnya peranan jam tangan tu snediri dalam hidup aku? err.. mungkin la ada korang2 yg tak berapa nk jelas, xpela, boleh je tinggalkan komen2 korang kt bawah ni.. biar aku pulak tgk definisi jam tangan dr sudut mata korang pulak..

tetiba teringat pulak cerita ni..:

Kisah Pemuda, Keretapi dan Jam Tangan

Jasman dlm perjalanan dgn keretapi, duduk bersebelahan dengan seorang pakcik. Jasman bertanya kat pakcik tu...

jasman: pakcik, sekarang pukul berapa?
pakcik tu tak jawab, jasman tanya lagi.
jasman: pakcik, sekarang pukul berapa?
pakcik tu buat donno, jasman tak putus asa bertanya.
jasman: pakcik, sekarang pukul berapa?
pakcik tu tetap membisu, jasman bengang dan tanya kuat sikit!
jasman: pakcik, pukul berapa sekarang?!!
pakcik tu renung jasman dengan tajam.

Pakcik: aku tak nak jawab soalan ko... pasal kalo aku jawab kita
akan berkenalan. pastu kita berbual-bual dan jadi akrab. kat stesyen keretapi tu isteri aku tgh tunggu. terpaksa plak aku kenalkan ko ngan isteri aku yg peramah sangat2 tu. pastu dah sure isteri aku akan ajak ko datang ke rumah. kat rumah aku plak ada
anak dara yang cantik macam siti saleha tu. bila ko datang mesti ko
berkenalan ngan dia pastu ko akan bercinta plak ngan anak dara aku tu. bila dah bercinta ko mesti satu hari akan mintak ngan aku
untuk berkawen ngan anak dara aku tu. masalahnya aku taknak terima menantu yang JAM TANGAN PUN TAK MAMPU NAK BELI!!!

krik...krik...krik... 


ingat, seutas jam tangan bukan sekadar penunjuk waktu sahaja, ia juga sesebuah memori utk sesuatu. kalau tak, xkan la aku bg my "encik sengal" seutas jam tangan kan.. hahha






Sunday, July 22, 2012

maafkan saya, pak cik!

satu cerita sebelum hari puasa:

hari ni, aku terpaksa jadi cashier kat kaunter 2 pasaraya sakan cawangan sini. sebab: dua orang lagi member aku tak datang kerja, er, ada yang sikit lambat. okie, tak pelah.. cashier je kot..

masuk time petang, waktu cashier yang lagi seorang rehat, aku yang take over. Ada satu customer ni, pak cik,belikan baju untuk anak dia. aku yang serve carikan track-suit bagai2. time bayar pun, aku jugak yang kirakan. ada la dalam RM 58.. lepas bayar, pak cik tu pun jalan2 pusing2 kedai. datang lagi satu customer, mak cik. dari kluang. tempat sama dengan member aku masa praktikal dulu. sembang punya sembang, sambil kirakan dia punya barang, okie dah siap.. tunggu mak cik tu hulur duit nak bayar. tetiba datang pulak member pak cik yang first tadi mintak nak letak barang yang dia dah beli tadi atas meja cashier. aku pun angguk jer..

lepas mak cik tadi hulur duit, datang pulak anak mak cik tadi nak ambik barang2 yang mak dia dah bayar. ada dua beg plastik. aku ulang, dua beg plastik!..  aku pun ambil duit tu dan masukkan kat kaunter cashier.. okie, settle, bagi mak cik tu resit dan kupon.. sempat lagi bual2 lagi tanya pasal jiran dia yang merangkap member aku tu.. sumpah, time ni aku dah lupa pasal plastik yang kawan pak cik first tadi tumpang letak.

lepas mak cik tu keluar kedai, ada lagi 1 customer.. then, settle dengan customer ni, aku pergi depan kedai. konon2 nak tengok mak cik ni tadi datang naik ape. yelah, dia kan kenal member aku. aku nampak mak cik ni dengan anak dia depan kedai everlasting. tak lama tengok, kak wan tetiba panggil aku..

15 min lepas pak cik first beli barang kan.. tetiba kawan dia tanya aku, mana barang yang dia letak atas kaunter cashier tadi? ah sudah. xda ker? aku dah cuak.. puas aku cari kat kaunter, kat depan..XDA!!

aku panggil yang jaga pintu, ada tak nampak beg plastik pak cik tadi? XDA!! opsss... sapa ambil..??
cerita punya cerita, MAK CIK!!! okie, menurut yang jaga pintu, mak cik tu bawak 3 beg plastik. 2 anak dia pegang dan satu lagi dia pegang. WHAT?? mak cik tu punya beg plastik 2 je taw..
oh, tidak!!

penat bersoal jawab dengan pak cik nie, last2 baru dia okie. tu pun sebab member dia bnyak gelak2 dan cool kan pak cik nie. ada la gak kata2 maki keluar dari pak cik tu.. xsanggup nak tulis. last2, kak wan mintak no pak cik ni. moga nanti kalau mak cik tu pulangkan balik barang yang ye tersilap ambil, kami akn telefon pak cik ni nanti..

apa yang aku rasa?? BERSALAH seh.. aku yang jaga kaunter tu.. aku yang serve pak cik tu... aku...aku...aku..

satu je harapan aku, moga mak cik tadi pulangkan semula barang yang dia tersilap ambil. walaupun rm 58 je, tapi bagi aku, it still besar nilai dia. lagi2 hadiah untuk anak2 pak cik tu kan.. maafkan saya pak cik...
;(

Untuk mak cik, PULANGKAN... !!! ni merayu sangat2 nieh..

muke sedih + suci

news update : mak cik tu dh pulangkan barang yang ye tersilap ambil.. syukran!.. skrang tinggal tunggu pak cik tu datang ambil je.. he.he..
lega seh hati aku.. ;)