Saturday, October 29, 2011

Maharaja Lawak Mega



Setelah tunggu sekian lama, akhirnya berlangsung sudah konsert pertama Maharaja Lawak MEGA yang menghimpunkan pelawak2 dari 3 buah negara, Malaysia, Singapura n Indonesia. Program yang dikendalikan oleh AC ini lebih kurang sama dengan francais yang pernah dikeluarkan oleh pihak ASTRO sebelum ini iaitu Raja Lawak n Maharaja lawak..

bagi aku, konsert pertama ni kira ok gak la.. tak berapa mengecewakan dan kalau kena kritik pun biasalah kan, konsert pertama.. jujur, pandnagan aku, yang best Boboi, BP, Bawel n Jalil Hamid... terbaik wok.. nampak ye disitu tahap keotaian diowrg yang dah bergelar pelawak sejati..

tengok 2 jam lebeh program tu agak bosan jugak, sebab ramai sangat peserta.. naik jemu tengok program yang tak abes2.. hak9...

list peserta yang join Program Maharaja Lawak Mega :

Peserta Maharaja Lawak Mega berkumpulan:

Kumpulan Pimai ( Sathiya, Imuda, dan Mat Over)

Kumpulan Hiro (Hamdan, Ilya, dan Ropie)

Kumpulan Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)

Kumpulan Anje (Achong dan Joey)

Kumpulan Osbon (Mr Os dan Abon)

Kumpulan Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri)

Kumpulan Rap (Aziz Kota, Pak Lah, dan Rama)

Kumpulan Comel (Radhi Khalid dan Bell ngasri)

Kumpulan 3G (Yassin, Didie Alias, dan Enot)

Kumpulan Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin)

Kumpulan Gebu ( Hani dan Azian)

KumpulanBawel (Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas)

KumpulanLanun ( Jegan, Elyas dan Saiman Al Farisi)

KumpulanSaehu (Eko, Bocil dan Vicha)

KumpulanCaer (Adeteo, Mister Ibo dan Lugiana)

Peserta Maharaja Lawak Mega solo:

Adlin Aman Ramli

Jalil Hamid



juri pulak memula kuar aku agak kepelikan gak. nape bukan owrg2 yang pro dlam arena lawak nie.. tapi, dah last baru aku taw, bukan senang kan nak buat owrg gelak, dan pemilihan juri yang memang diakui ada class sendiri memang berbaloi.. terbakar beb dengar cument2 dari bebrapa juri. lagi2 dato' chef wan.. terbaek kot!!

hope konsert minggu depan n minggu2 akn datang lagi class kan.. yelah, name pon dah Maharaja Lawak Mega kan.. kenalah ada class sendiri..





#update..
nak tengok video maharaga lawak mega minggu pertama nie boleh clik disini.. MLM ..

Thursday, October 27, 2011

GADDAFI pemimpin Dunia



SEANTERO dunia dikejutkan dengan berita pembunuhan Gadaffi. sedih aku dengar. tak sanggup tengok foto wajah Gadaffi.. 
meh kita soroti perjuangan  pemimpin Libya ni.. 


Siapa Gaddafi sebenarnya?

BILA Gaddafi jatuh dan dibunuh secara tidak wajar, maka saya segera menyatakan itu tidak sepatutnya dilakukan dan kelihatannya manusia semakin tidak bertamadun dan gila babi.

Saya cukup sedih dan tidak bisa menerima kematiannya sedemikian, apa lagi sebelum ini Gaddafi dihina begitu rupa, padahal pada suatu ketika dia antara pemimpin arab yang cukup lantang menentang Barat terutamanya Amerika dan yahudi dan kelantangan itulah yang Barat berusaha menjahanamkan kepimpinan Gaddafi.

Sejak saya kecil saya sudah mengenal Gaddafi dan mengikut perkembangan kepimpinannya dan saya memang kagum akan keberaniannya yang sama seperti Saddam Husin di Iraq dan tidak hairan Amerika yang ditunjangi Yahudi mahu membunuh pemimpin yang demikian serasa menjadi halangan besar buat melaksanakan Visi jahat mereka.

Barang kali ada lebih baik juga kita menilai semula apa saja yang Gaddafi lakukan buat negara dan rakyatnya sendiri dan mudah2an ini dapat memberikan gambaran yang jelas siapa Gaddafi sebenarnya.

Memangnya keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas.

Usahanya hampir berjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.

Dari saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.

Terima kasih diucapkan kepada sdr Zulkifli kerana membongkar rahsia yang terpendam ini untuk dihayati oleh pembaca yang tidak mengetahui atau telah dipesona oleh dusta tajaan Dajjal. Saya petik tulisan Zulkifli Nordin dari blognya.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Gambar Muammar Gaddafi mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu (http://i41.servimg.com/u/f41/14/01/65/89/gaddaf11.jpg)

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percuma;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik....

Malaysia??? Apa yang ada??? fikirkanlah...



~ copy daripada facebook ~

Monday, October 17, 2011

peRCAya pAdAku

unggunya cinta


aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu


seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu



berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku


ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku


saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)


agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku


olonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu


berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku


nota tangan: kenapa unggunya cinta? coz aku pernah tersuka kaler unggu. dan CINTA??? sorry, tu xda kena-mengena... sajer nak letak..

Tuesday, September 20, 2011

FEVER OF FINAL



BEST LA SANGAT TU??

It comes back..
entry kali nie bukan nak cakap pasal fever final destination 5 okie. tapi fever nie penangan nak habis semester bagi student macam kami2 ni. eh, kowrg dah tengak FD5 ker? 3D EA? XACI!!!
Sebut final exam, lutut memasing dah goyang. getar wei. maunya tak... sem ii kali nie bagi aku agak tough cket berbanding sem lepas. sebabnyer, sem nie agak giler dengan subjek CSC, pathology, N ctu. bagi dak2 uitm familar kot dengan istilah2 nie.. =)
Tapi alhamdulillah sangat2 coz gap masa yang pihak uitm bagi kat aku as BUDAK LADANG sangat sesuai sangat untuk study week. study week la sangat kan. betul apa, kalau tak, xderla aku duk natap seliporjepon.blogspot nie. 

Setiap sem memang kena lalui rasa, semangat nak final kan. banyak yang perlu kita fikirkan, korbankan, perjuangkan dan selamatkan bile study mula jengah2 kepala. bagi aku pulak, sem nie kureng cket la masa nak BERFACEBOOK n BERBLOG lelama depan my mr. lappy. xkureng juge, mase nak enjoy2 n foya kat J.TOWN tu kena limit. kalau x, sakit wei nak top up balik study..

Tetiba teringat masa zaman IP dulu. IP? Institut Pertanian lor.. mase sem III, kenangan tak boley luper, time study week aku sanggup delete game kesayangan aku waktu tu ( BUBBLE GAME). dengan harapan, xderla aku asyik layan game 24 jam sampai luper study. kesannya? sampai sekarang aku dah xjumpe game tu balik. memang la kalo tanyer en google ader jer kat ye, tapi still xsama macam game yg tu.. frust giler kot.. tapi bile pk balik, n tengok result aku time tu, BERBALOI-BALOI. so, xsalahkan kita korbankan something 4 get something much better..

Sem IV time tu, aku xtido malam semata-mata nak habiskan nota yang berkajang2 tu. eh chopp2.. bukan aku sengaja nak baca last minute, tapi memang nota tu lambat dapat. selalu sir kiteowrg bagi slide show @ hand out je. time dah nk final, ye bagi lak nota ori. mau x pinor2 mata den nak baca. seb baek dapat title dekan sem tu.. huk9..

untuk sem nie, aku just target da best untuk diri aku sendiri. buatlah sehabis baik ye ikhwani. kalo da rezki lebey, mungkin dapat apa yang aku tulis n tampal besar kat wall bilik aku. tapi kalo xdapat pun, aku still sayang diri aku lagi. ~kerana dirimu begitu berharga~

untuk semua member2 yang nak, tengah @ bakal final exam, gd luck sangat2. do da best 4 get bling2 result k.. untuk dak2 ladang...kiter perang habis2an dengan CSC n PATHO.. naper subjek nie jer? 
eh, suker hati aku la...

 seyes cakap: i want dean list
 ok, jumpe lagi lepas last paper.. papai


cik sopar says: xnak final, tapi xsabar nak p ganu-oliday budget

Friday, September 16, 2011

MYVi yang superb!!



Tagline baru "LAGI POWER, LAGI BEST" memang menampakkan sangat kebest sangat MYvi SE dan MYvi EXTREME baru nie. pihak produa baru jer lancarkan model MYvi versi kereta comel lote nie ( bagi aku la). 

didatangkan dalam versi auto dan manual, Myvi baru 2011 nie bakal menjadi pilihan golongan orang2 muda kat luar sana. 
kaler cam best yang boleh dapat, model pilihan dapat  lima warna metalik iaitu kuning, putih, ungu, hitam dan perak berkilat. Manakala Myvi Extreme hanya didatangkan dengan empat warna metalik iaitu kuning, putih dan hitam. kuning tu memang laaawaaa sangat.. ;)

MYvi sememangnya dikenali dengan enjin berkuasa 1.3 liter. dah namer pun best, so 2011 MYvi tapil dengan 1.5 liter. kalo xgempak gak, xtaw nak kata cmner.. 

kepada yang dah xtahan sangat tengok model Myvi yang rasa2 best sangat nie, cepat2 kowrang boleh pergi pusat jualan produa sekarang utk tempahan. 

cik sopar says: tetiba teringat kat mr. LOLA kt rumah. agak2 boley tak trade in mr. LOLA dengan  MYvi extreme kuning tu??     en abah ada ape2 nak cument?


Sunday, September 11, 2011

saya tak okie..

kalau kowrang perasan la kan, aku dah nak habis pun sem 2. sekejap jer kan. macam semalam jer aku gelak2 masuk kolej kat UITM jengka nie. n macam semalam gak aku jadik penghuni cluz AT110 2E.
makin banyak yang kita hadapi, makin banyak yang perlu kita telan..

tension lar skrang, dengan asgment, report2, nk final ag. plan nk menghabiskna duit ag. adush.. boley pecah kot otak nie..
report n segala asgment jgn cakap lar. walo ader lagi 2 jer kowt asgment nk kena submit, tapi kalo otak aku tepu n xboley pakai, duk 2 jam depan mr. lappy aku ni pown x jdik kerja...

kalau bosan n bowring tahap gaban, ni yang selalu aku buat:
  • tengok cerita hantu malaysia ulang2 kali - like hantu kak limah balik rumah
  • layan kl gangster - suke kat aaron aziz =P
  • makan kinder bueno
  • on9 & off9 fb berkali2
  • edit folder2 dlm mr lappy aku..

tu jer kan. bapak ah, aktiviti aku pown memang memboringkan.. tapi ni la hidup aku yang serba boring.. tp sekarang, walau semua benda tu aku dah buat, jiwa n hati aku tetap xtenang. tetap rasa something jer.
sebab tu kot mood aku memg xberapa nak baik minggu nie. balik dari trip patutnyer epy2 kan. terbalik plak ngn aku.  tengok semua owrang macma nk marah jer. senyum pun nampak benar plastik.. HAMPEH!

prinsip berkawan bagi aku,,,
PASTIKAN KAMU SEORANG SAHABAT YANG PANDAI MEMBERI DAN TIDAK HANYA PANDAI MENERIMA
not bad la kan AYAT nie.. tpi kalAU dah kau asyik bagi jer, tauke balak pown boleh bangkrap. sekali owrang buat jahat dengan aku, memang aku maafkan.. tapi xkan sekali-kali aku lupakan. nie bukan dendam okie.. tapi aku xnak jadik budak bodoh yang pura2 baik n buat2 lupa apa owrang buat kat aku.. aku ngaku aku bukan baik sangat, tapi aku xlah jahat sangat. sesengal-sengal aku pown, at least tolonglah hormat aku as kawan k.. aku tahu kau  ada mulut, kau ada maruah, kau ada haq.. tapi kau jangan lupa, aku pun ader la semua tu.. kalau kau fikirkan diri kau jer, baik kau duduk hutan sengsorang k. eh, xmatilah aku kalau kau xder pown.. makin bahagia ada lah

so sorry, entry last tu cm merapu lebey jer.. tapi seyes sekarang nie aku tengah benggang n xlame lagi mybe aku ley jadik banggang layan owrang cm tu.. so, as yg kowrng taw, aku memg xreti nak marah coz aku sayang semua kawan2 aku. sebab tu aku just luah kat cni jer. lepas nie aq okie la..
TAPI,
sorry sangat2..

cik sopar kata: ~eh, sal aku lak yang minta maaf nie?~~~~

Friday, August 26, 2011

selamat balik kampung

maap salah dipinta

masa yang dinantikan dah pun tiba. time nie, tanya jer la kat siapa2 pun budak2 uitm jengka nie, mesti kat otak depa semua duk citer sal balik kampung. masing2 duk pulun layan lagu raya n packing2 beg nak balik raya. bagi aku, memang nie time yang dinanti. lama kot xbalik kampung. err.. sebulan lebeh gtu lah. hu9..


dengar lagu raya dari penyanyi2 lama n baru buatkan naluri hati menjerit2 nak balik raya. tahun nie mencatat sejarah baru untuk aku sebab nak balik raya naik kereta api tanah melayu (KTM). fuyooo.. nak bangga seh.. ececeh...

bukan senang bai aku nak naik ketapi nie. almaklumlah, bukan ramai member2 aku yang nak naik ketapi nie. aku pun kalau diberi peluang nak naik bus, tapi.. time2 raya kat sini, tiket bus dari temerloh ker selatan habis pulak. aduyai...

ketapi pun ketapi lah. janji dapat balik kampung. xsabar kowt nak buat persiapan raya kat rumah. biorpun aku yang buat sengsorang sambil layan lagu raya. lah.. nape lak aku sowrang yang kena buat? yolah, tinggal aku sowrang ja kat umah la nie. semua beradik2 aku kan dah kahwin n ada umah sendiri.. sapa lagi yang layak kemas umah en babah n puan mama kalao bukan aku? naseb anak bongsu kan..

pegi bndar jengka tadi malam jumpe kad raya. comey..
tahun nie maap la kawan2 semua ea, xda kad raya nak hantar. xsempat n malas ar rasanya. thun punya thun depan mybe kad raya aku sampai kot kalo waktu tu aku free..
okielah, nak layan lagu raya sambil packing barang nie. jumpe masa raya nanti ea.. papai....

p/s : teringat kenangan dengan cik cbaju merah naik ketapi lompat time raya cina... =P