rich-people-wanna-be |
Akhir bulan 10 yang lepas, aku dapat satu email spam. Katanya aku punyer email - ulat_buku09 menang cabutan bertuah yang diadakan oleh pihak Yahoo!.
Fuyoo.. time tu aku rasa berdebar jugak.. taksangka pulak, dalam juta2 email dalam dunia nie, pihak Yahoo! pilih email aku.. aku pun apa lagi, follow jer la instraction yang dia bagi. Memula aku balas email yg aku dapat. Lepas tu Aku pun bukak la email lain pulak. Eh, kenapa ader tiga email yang aku dapat kata benda yang sama? n jumlah hadiah pula beza2 walau menang dari pihak yang sama - Yahoo! Awards? # pelik 1.
Mungkin aku orang yang bertuah, aku pun balas jer semua email tu dengan jawapan,
"saya nak claim hadiah saya" .... Ok, kita tunggu esok pulak apa jawapan pihak Yahoo! Awards.
Dua hari berlalu...
Yes, pihak Yahoo! Awards dah balas email aku. Dia wish tahniah sebab aku terpilih. Ye ada bagi butir2 yang perlu aku isi dan hantar kepada pihak dia sebagai butir2 seorang pemenang.. Waktu ni aku macam terbayang2 pulak duit USD melayang2 terbang ke Malaysia kearah aku. Hak9
Dah isi bagai2, macam nama penuh, phone, alamat, status n income bulanan, aku sent balik kat pihak ye.. Opss,, ye kata email aku yang menang tu adalah dalam kategori under negara SOuth Africa punyer. PULAK!! nape ke jeuhnyer aku pergi South Africa nieh? # pelik 2.
xperlah. Aku pun memang xder kerja time tu, layan jer la.
Esoknya...
"Hello, i'am Patrick from **** bank, South African want to confirm with you. Do you have receive my email? I have meeting, so could you contact me later??"
"owh, yeah.. yes2.. ok..tq mr Patrick.."
Okie, ringkasnya, aku dapat call dari pihak Mr. Patrick tu.. WAh, nie dah macam serius pulak kan.. Ada harapan nieh nak jadik jutawan..
Aku pun check email n dapat bendalah ni..
sijil kemenanganku.. sila clik utk scan image lagi clear.. |
Aku dapat gak insurance apa benda tah dengan beberapa document berkenaan polici nak dapat hadiah nie.. GBP 1500000.00 tu..
Syarat pertama : aku ada dua pilihan - pergi South Africa n tuntut duit tu dengan ejen diowrg @ buat transfer money guna bank..
Syarat kedua : Upah peguam
Syarat ketiga : wajib publish kemenangan di blog (haha.. ni aku tipu)
Aku pun fikir, nak turun South Africa?? memang xla.. Nak upah peguam?? emm, xmampu sangat. Kita buat money transfer je la.. Aku fikir nak buat esok la. Semua document2 yang berkaitan aku kumpulkan. mula dari email kemenangan, email "congarz", sijil kemenangan, n document yang last aku dapat.. esok aku akn bertindak..
Esoknya...
Dan esok lagi...
Dan esok lagi..
(aku tak taw nak mula dari mana)
Aku dapat email dari pihak *** bank kat Africa nun suh aku comfirmkan cepat kemenangan aku ni. Nak terima @ tak. Ye ada gak bagi satu borang untuk aku isi sebagai borang transfer account dari bank South Africa ke bank MAlaysia . ye mintak gak copy my pasport n lecene driving. # pelik 3.
Ape kes pulak nk pasport n lecen memandu aku? bukan aku nak p sana n drive kat sana pun.. fikir.. fikir.. n fikir..
Last2, setelah ader 3 kepelikan (# pelik), aku decide nie maybe bukan rezeki aku. Aku dah tak minat nak proceed benda yang aku sendiri was2. Apatah lagi sekarang ni timbul isu KELDAI DADAH yang melibatkan South Africa. Lagi la aku berhati-hati.
Kalau betullah aku menang..- hahaa.. xda maknanyer.. Tapi kalau betullah, mungkin ni bukan rezeki aku. Dari aku jadi Mat Jenin moden, baik aku kumpul harta dari usaha yang aku sendiri nampak..
Rasa2 korang, apa benda yang aku dapat sebenarnya nie? betul ker pihak Yahoo! memang ada bagi Awards @ hanya salah satu modus operasi pihak2 yang salah disisi undang2??
Jadi.. jawapan "KAYAKAH AKU??" ... Aku bakal kaya dengan usaha aku snediri yang boleh aku lihat sendiri usahanya...
bye2 GBP 1500000.00.. (sedih gler bila kena wish benda nieh)
p/s :) hati2 dengan email yang belom tentu sahihnya...
benda yang sama la saya pernah dapt cik seliporjepon..was2 banyk kan..haha
ReplyDeleteasiahani : xsangka naseb kita sama. seb bek kita xterlalu bodoh nk percaya benda nieh bulat2..
ReplyDeletedik..
ReplyDeletesalam ziarah..
bahaya kan era kini.blog kak ayu pun banyak dapat email cam tu..
cuma ingatan untuk2 kita2..
jangan mudah tertipu...
lagi satu, k.ayu tak percaya.. lagipun kalau nak rm beribu2 riban pasti dengan usaha kan??
PS: thanks follow blog k.ayu ya
salam k.ayu.. terimas ats nasihat tu.. benda2 gini memang kita kena hati-hati.. xda kayanya kalau dapat duit bukan dari usaha..
ReplyDeletetq jadik follower sy..