assalamualaikum encik blog.
Sungguh dah terlupa yang aku punya sebuah blog. Untuk rakam detik2 manis, indah, suka duka, tawa dalam aktiviti seharian aku.
Sebabnya, aku rasa aku dah cukup matang untuk diamkan hal2 yang tak perlu pun dalam hidup untuk cerita kat semua. Untuk canang satu dunia apa yang aku rasa.
Sebab, ye la kan.. aku dah matang. err.. Dah hampir 30 series, matang la kan..
kekkek
Bila usia dah injak 20++ ni, dh nk masuk 30 series, bab yang wajib hari2 kena fikir adalah bab kahwin. Sebagai seorang perempuan, confirm la umur aku sekarang ni semua orang duk tanya, semua orang sibuk nk tahu, aku ni bilanya nak berlaki. Kawan2 aku rasa ramai dah timang anak, ramai dah jadi mommy kan..
KAHWIN..
Satu perkataan yang cukup fobia bagi aku. Sebabnya, tiap kali ada majlis keramaian dalam keluarga, saudara yang tua2 sibuk bertanya aku. aku rasa Feedeup, annoying, rimas.
Bukan aku tak nak kahwin. Giler tak nak kahwin. boleh buat pahala banyak2 kan..
Tapi...
Bila fikir balik apa yang seorang insan bernama IKHWANI FARIHA BINTI AHMAD sedang lalui sedang hadapai, rasanya bab kahwin tu kena tolak tepi kot..
Kenapa?
Aku sakit. Bukan sakit biasa, bukan sakit yang kena duduk lama di hospital taw, tapi sakit yang membuatkan bentuk fizikal aku berubah, Pernah dengar tentang Scleroderma? Okie, kalau tak pernah, pergi google sekarang.
Scleroderma adalah satu penyakit yang antibodi kau makan badan kau sendiri. Jangan tanya macam mana aku boleh terkena penyakit ni. Sebab, dia boleh jangkit kat sesiapa sahaja. Dalam 50,000 orang, seorang daripadanya adalah berisiko dapat penyakit ni.
Simptom setiap orang berbeza. Macam aku, kulit tangan aku terkopek-kopek. hidung kecik, tangan xada isi, gigi jongang. Sendi2 setiap tubuh aku nampak dengan terang, jelas dan nyata. Aku allergic pada sabun. Tak boleh basuh pinggan, x boleh pegang detergent. Nampak, susah kan..
Dan juga, setiap pagi, kalau aku terkena air sejuk, kulit tangan aku akan bertukar menjadi warna purple.. Seram? entah.. Aku dan lali. Aku rasa ini dugaan dan bahagian untuk aku di dunia ini. Itu takdir Allah dan tetapkan untuk aku. Ubat? setakat ni, xda ubat nya. Hanya boleh bertahan dengan pil, minuman serbuk yang berasaskan kunyit, serai, dll.. jangan sebut injection, hanya bertahan 3 bulan, tp side effect dia akan kacau hormone aku. Sama ada aku xakan period for next 3 month atau tempoh period yg terlebih lama.
Paling ketara tentang penyakit ni, bentuk fizikal aku. Gigi jongang. Dah try tanya doctor untuk pasang braces, tp doktor x suruh aku pakai. Dia kata, gigi aku cuma kedepan, bukan jonggang. Dah tu? Jujur cakap, bila berdepan dengan orang yang baru aku kenal, aku rasa terasing sangat2. mesti dia fikir kenapa gigi aku besar kat depan? kenapa kau tak nak buat braces? ha.ha.ha,ha.. tak dapat nafikan, confident level aku tak berapa tinggi, sebab aku cuma aku.. si pesakit scleroderma.. ;)
Kalau aku kahwin pun, sanggup ke sang lelaki terima aku? Bentuk fizikal aku je dah buatkan sang lelaki menjauh kan.. huhuhhuhu
Sebab kedua kenapa bab kahwin menjadi sangat sensitif bagi aku, aku kena jaga emak.
Emak aku. Yang lepas pemergian abah 3 thn lepas tiada tempat bergantung. Tiada teman, tiada kawan untuk borak panjang2. Adik beradik aku yang lain semua dah berumahtangga dan ada kewajipan sendiri. Sebab tu, aku nekad, selagi mak aku ada, biarlah aku yang jaga emak. Lagipun, zaman sekarang ni, mana anak menantu lelaki nak duduk bersama mertu kan. Betul tak. Dan, aku takut kalau mak berkecil hati dengan suami aku. Aku tak akan mampu luangkan banyak masa macam yang aku ada sekarang dengan mak. Ajar mengaji, pergi belanja kedai runcit kami, makan cendol, makan rojak, makan sate kat gerai.. Pengalaman adik beradik aku yang lain buatkan aku terlalu takut untuk melangkah ke arah satu frasa baru dalam hidup. Perkahwinan. Sebab tu aku nekad, biarlah aku single forever untuk kebahagiaan mak, aku rela
Bila sebut teman tapi mesra, yup.. aku ada seorang yang kugelar begitu. Kami tiada sebarang ikatan yang official mengatakan aku milik dia, dia milik aku. Sebabnya mudah, kami tak mahu terikat, dan juga, aku sedar siapa aku, seorang pesakit scleroderma. Ikatan kami cukup lama, 6 tahun kalau dihitung lama juga la kan. Sepanjang aku kenal dia, yang paling aku respect, dia x pernah cuba untuk mengongkong aku. Jarang bersms, call, dan tak perlu merepot aktivit kami bersama. Dulu ye, aku tak kisah, sebab kami masih muda. Tapi, sekarang bukankah masing2 hanya ada komitment dengan kerja dan kehidupan, kenapa dia masih layan aku sama macam dulu? kukira hampir setahun kami x pernah on call. ??? Entah kenapa. Salah aku juga kan tak pernah nak call dia. Tpi kalau aku fikir balik pun, apa yang aku harapkan dari dia? Sebuah ikatan yang sah? Sedangkan aku juga yang sedaya upaya menolak ikatan tu.. Memang la dia tak pernah pun cakap nak kahwin dengan kau, tapi dari hubungan macam ni, baik kami just friends. Just normal normalsss friends. Aku dan dia pun xda la buang masa "berkawan" definisi kami ni kan..
Tapi, jujurnya, bila sesiapa yang soal aku bab kahwin, hanya dia yang aku fikirkan.. ;)
OOps.. teman tapi mesra aku ni kerja jauh kat pantai timur nun. Asal dia pulak dr negeri jelapang padi. Kau rasa family aku tak bengkang aku dengan orang jauh2? Sebab tu aku tak nak berharap terlalu jauh. Mak aku nanti macam mana? Dah tentu2 seorang isteri tempatnya dengan suami kan. Takkan aku nak tinggalkan mak aku dengan anak2 sedara aku jek? Mak aku dah 60++ lebih kot. x boleh nak buat semua kerja2 rumah!!
Entahla.. Tp bila fikirkan pasal teman tapi mesra aku ni, Selagi dia tak cakap bab kahwin, bab hidup bersama, itulah masa aku boleh rilek2. masa untuk aku dengan mak. Tapi, andai dia dh berjumpa dengan orang lain, orang yang lagi baik dari aku, biarlah dia cari bahagia tu. He deserve that. Aku tak mampu nak buat semua tu dengan dia. Sebab aku selfish. Aku fikirkan diri aku je.
;( ;( ;(
26 pd tahun 2016. cukup tua dah tu kan pada masyarakat keliling aku untuk perempuan yang masih single. Tak adil tahu tak. Jiran aku sebelah rumah ni yang sebaya tu rilek je tengok. Tak gelabah pun nak kahwin. Adakah kerana dia lelaki, aku perempuan?
Aku paling seram bila orang tanya, icik ni bila? dah ada kawan belum? Tahu tak betapa sedihnya aku time tu? Sedih sebab soalan tu mak aku yang kena jawab, aku jugak yg kena senyum terpaksa cakap "belum ada jodoh" kak.. Sampaikan mak aku tiap kali jmpe orang suruh carikkan sesiapa sebagai calon suami aku.. hukhukhuk
Nak je aku bagitahu mak, " mak, orang sakit, orang tak boleh bagi kebahagiaan mcm seorang suami inginkan, orang nak jaga mak sampai akhir hayat.." Tapikan, dengar nada mak yang penuh berharap untuk aku kahwin, sayu pulak hati ni. :(
Yup, memang aku dah rasa cukup tua. Cukup terkesan bila bab kahwin diutarakan. Tapi, ada ke orang yang boleh terima kekurangan aku? Nak hidup bersama pulak tu. Ini bukan soal hidup sehari dua, tapi bakal sepanjang hayat. Mampu ke aku?
Kita drag dulu soal kahwin ni boleh? Sebabnya aku belum bersedia...
xoxo
icik.90
Showing posts with label Diari hati. Show all posts

Friday, April 22, 2016
Thursday, April 2, 2015
Biarlah Hati Ini Terus Menangis
Assalamualaikum..
Pejam celik, aku hampir dua bulan jadi warga Pelabuhan Klang. Dan dalam tempoh dua bulan ni juga aku menjadi sebahagian warga staff PAMONA LOGISTICS SDN. BHD. Apa yang dapat aku simpulkan, aku seronok kerja disini. Dkelilingi dengan boss yang baik hati, rakan sekerja yang ambil tahu dan paling penting boleh bekerjasama tanpa ada hasad dengki dan iri hati. Juga aku ada sepupu (bang ngah n yun juga adik) yang boleh dibawa berbincang dan memberi tunjuk ajar tanpa ada paksaan.
Dan, semalam merupakan hari gaji aku yang kedua.. ALhamdulillah. Walau bagi orang lain gaj aku tak seberapa, tapi bila kita suka dan happy dengan kerja kita, gaji tak seberapa pun, asalkan hati bahagia dah cukup kan. Begitulah aku. Apa lagi Ikwani mahu kalau semua keperluan diri dah cukup sempurna dan mencukupi?
Dan, duit gaji bulan pertama dulu aku dapat bayar sendiri my Luv Lola aka my Mr. Myvi. Siapa sangka kan, akhirnya, janji aku dengan abah dan mak dulu dapat aku tunaikan. Bayar my Luv Lola dengan duit gaji sendiri. Tapi, bila dicongak hitung, adalah sikit duit gaji yang tinggal. Bolehla kan kalau setakat nak bagi duit beli jajan mak kat kampung. Dan, duit yg lebih, boleh dah kot nk simpan untuk belanja kahwin.. hahha
Dan hari ni, bila tepat 2 bulan aku kerja, tetiba pukul 8.01 malam tadi, aku dapat call dari abang aku. Aik, tetiba je abang aku call. APAKAH? hati aku dah tak sedap. Dengan selamba aku jawab call tu dengan buat load speaker. Waktu ni aku kebetulan baru balik makan malam dengan abang ngah n yun duduk pula dalam kereta... DAN>>
Abang aku suruh aku balik kampung. Arahan. Katanya mak aku tak ada kawan. Sebab? mak aku call semua anaknya la kot suruh balik kampung buat teman mak. Abang aku beriya suruh aku duduk kampung untuk jaga mak. Sebab, adik beradik aku yang lain memasing dah berkeluarga. Tinggal aku je kan yang masih solo. Dan sebab ni, bang aku kata, baliklah. Duduk kampung ja. Kalau boleh, kerja je la dekat2 area situ. Aku boleh jaga Mak. Dalam hati aku terlintas, kenapa aku yang kena korbankan kerjaya aku? Berat sangat ke permintaan mak aku yang minta anak2 dia balik gilir2 setiap minggu buat peneman kat rumah pusaka abah tu? Ke apa yang aku fikirkan ni ayat pentingkan diri sendiri ye?
Salah ke aku duduk jauh dari mak (duduk luar Johor) untuk bina masa depan aku sendiri? Memang, bila fikir balik, aku yang salah. Mak sorang2 kat rumah. Tak ada siapa yg teman. Kalau ada pun, anak kak zah (anak angkat mak.tapi anak akk ni cuma tidur je kat rumah aku. Siang si adik ni sibuk dengan aktiviti sekolah dia).
Bak kata abang aku, cuba la cakap dengan boss, secepatnya cari penganti supaya aku boleh balik duduk dengan mak. Peningnya. Satu sebab aku dah buat load speaker, sepupu aku dah dengar semua conservation aku dengan abang aku. So, memang tak boleh la nak elak2. Aku pun tadi masa dapat call speechless. Tergamam. Lepas tu, abang ngah dengan Yun ada bagi suggestion. Ada Pro dan Kontranya. ikut aku la katanya.. Lepas dapat call tadi, tipu kalau aku kata hati aku cool. Ikutkan, bergenang juga mata ni. Kalau aku sorang2 mahu rasanya air mata tu tumpah. Tapi depan abang ngah ngn Yun, aku buat2 gelak. Cakap benda ni memaang aku boleh duga.
Dan buat pertama kali kat Klang ni, solat aku diiringi esak tangis. Puas aku tahan, namun aku tahu aku ni bukan sekuat mana.
Mak...
Tak pernah langsung di hati orang ni anggap mak tu beban. Apatah lagi menyusahkan. Orang tahu, mak yang suruh orang sendiri pergi Klang ni. Kalau boleh, orang memang nak duduk kampung. Kerja kilang pun tak apalah. Janji orang boleh temankan mak. Tapi, bila sepupu kita yang offer kerja kat sini, mak yang beriya suruh orang pergi. Mak kata, selagi mak masih kuat, biarlah orang merantau.
Macam mana ni mak?
Orang boleh je abaika kata2 abang tu. Tapi, orang confirm lepas ni mesti ada cakap2 belakang. Ikatan adik beradik ni mesti jadi pelik kalau kumpul ramai2 nanti. Benda2 macam ni la yang orang kalau boleh memang nak sangat elakkan. Sebab, orang bukan ada siapa2 pun nak mengadu..
Mungkin bagi orang lain masalah macam gini kecik punya hal. Tapi bagi aku besar la juga probz ni, Sebab yang nak mengadap adalah aku kan.
Sekarang, aku blur nak buat apa. Serahkan pada Allah ja la. Mana yang terbaik untuk aku. Aku sayang kerja kat sini. Kerja nya bukan susah sangat pun. Yang penting hati enjoy kan..
Tapi itulah, macam mana dengan mak aku? Walau aku boleh kata "apa tanggungjawab adik beradik lain?" Tapi, aku juga anak mak. Dari biar mak pendam rasa menungu anak2 yang lain balik, biarlah aku berkorban. Lagipun, dalam banyak2 anak2 mak dan abah, aku aja yang tak sempat rasakan abah dengan gaji pertama. Dan, semestinya rasa terkilan itu aku harus sandarkan juga untuk mengalah demi kebahagiaan mak.. Aku anak bongsu kan.
Aku sedih bukan fikir apa yang perlu aku tinggalkan atau aku yang kena jaga mak, Tapi aku sedih berfikir kenapa abang aku berfikiran macam tu? Kenapa tak duduk berbincang sama2 ambil kira apa pendapat aku. Aku bukan peringkat adik2 lagi. Jika memang betul mak nak aku duduk rumah buat waktu ini, dengan senang hati aku sanggup balik Johor mengabdikan diri di negeri Selatan tu. Tapi, bila sebuah permintaan menjadi sebuah arahan, aku cukup2 terkilan. Dimana hak aku sebagai seorang adik? Bukan lama, aku cuma minta dua taun ja untuk aku kutip pengalaman kerja dengan orang, jadi kuli. Lepas dua tahun ni, aku ada plan, mungkin jadi kuli untuk syarikat sendiri pula ke? Tapi yang pasti, dugaan ini harus aku tempuhi dulu.. Aku yakin ini hanyalah salah satu Ujian untuk Allah uji kekuatan dalaman aku.
Hope yang baik bakal terus menyusul..
Mak bukan beban. Mak adalah pencetus semangat.

Subscribe to:
Posts (Atom)