Wednesday, December 14, 2011

fever n flu

okie, aku demam n selsema..
sebab?? Tak tahu.. maybe coz penat sangat..

danbo try pujuk si demam
n, yang paling best, aku dapat mc 2 hari.. ha9..
~gelak jahat~ nampak tak betapa seriusnya demam aku??

seriusly, i want 100PLUS!!
en babah n pn mama boley tak tolong poskan dari johor?? dalam uitm nie xda lah..
eh, arein weno kan ada...
arein weno, tolong hantarkan 100plus kat aku boley x?? kawan baik ko tengah sakit ni..
hu9..

09122011 punya cerita

Assalamualaikum..
Lama dah aku nk update blog nie, tp xsempat aje.. mklumlah, orang buzy katakan.. ahakz..

kfc
Nak dijadikan cerita, tarikh nie, genaplah umur aku untuk layak mengundi bagi negara Malaysia..
Tak sangka pulak kan, dah tua rupanya aku nie.

Birthday Surprise Party..
Ada kawan2 yang happening n sumpah best buat aku terharu sangat2.. untuk budak2 bilik, n jiran2 bilik, tq 4 da wish, kek, makan2...
Untuk dak cluz 3E, ha9.. kowrg memang kan.. Sengaja wat aku segan jer.. Anyway, thankz a lot 4 da blueberry cake tu.. sumpah sedap.. Pok cik siap sponsor dadih ag..

Buat Ainweno, tq plak 4 belated birthday.. xsangka an, ingat jugak ko kat aku..

blueberry cake.. yummy


Tq to all of you guys.. Ni yang buatkan aku berat nak tinggalkan kowrang lepas nieh..   =)

Thursday, December 8, 2011

Life As a Student

danbo pown nk study..

Masa aku kecik2 dulu, mak abah n family aku semua suruh study. BELAJAR. Kenapa kita kena study, Mak? Aku tanya..
Pn Mak jawab, "sebab nanti adik boleh jadik owrang pandai dan boleh masuk universiti.. "
Kenapa kita kena study, Abah?
encik abah lak jawab "supaya adik boley pakai kereta besar dan ada rumah banglo sendiri bila dah besar"

Atas kata2 itulah aku kuatkan semangat nak belajar setinggi yang boleh. Kalau boleh nak sampai tahap PhD.. itupun kalau mampu..=)

Pernah dulu, aku gagal ditawarkan ke mana2 universiti selepas permohonan upu keluar lepas SPM. Waktu tu memang rasa down giler. Sedih, Keciwa, Marah, tak yah nak cakap lah. Rasa diri ni banggang sangat. Tapi, aku kuatkan semangat, belajar tak semestinya dalam Universiti ja. lantas, aku mohon masuk Institut Pertanian. Sebabnya, focus aku time tu nak kerja habis study kat Institut tu.

Dan bila 2 tahun dah berlalu....
Aku apply kerja, ada lah dalam 5 kerja cmtu.. TAPI, nasib xmenyebelahi aku. Aku gagal nak menempatkan diri dalam company2 tu. Sekali lagi, aku rasa sangat2 down. B**** ker aku nie? Tak layak sangat ker kerja? tak ada sapa ker yang sudi offer kerja kat aku?? Sijil IP yang aku dapat tu pun macam tak berguna jer.

Dan untuk menebus kekecewaan aku, aku apply msuk UiTM. Alhamdulillah, UiTM gak yang sudi terima aku. Terimas UiTM. Kat Jengka lagi aw.. Bila fikir balik, jauh juga perjalanan yang terpaksa aku hadapi untuk aku capai pada tahap sekarang. Walau bagi sesetengah orang aku ni baru nak menapak, tapi bagi aku inilah sesuatu yang boleh aku banggakan.. ececeh, at least aku ada matlamat nak JADIK ORANG untuk masa depan.. Walau ramai member2 seperjuangan aku yang lain mungkin ramai dah yang dah kerja, pegang duit sendiri, dah ada pun kereta atas nama sendiri, aku tetap bangga dengan apa yang aku buat sekarang. Walau terlambat nak menuntut ilmu kalau nak compare dengan member2 teknik aku, aku still percaya, REZEKI SETIAP ORANG LAIN2. Walau tak boleh nak compare dengan member2 IP aku coz aku tak dapat kerja lagi, aku still wish yang terbaik untuk member2 aku tu. Walau aku tak ada masa nak  berpasangan dengan sapa2 jika nak compare dengan semua member2 yang sebaya aku, aku tetap yakin kat luar sana still ada ADAM yang menanti aku..(ni ayat coz ramai member aku nak jadi menantu orang dah..)

Bila orang tanya, apa yang ko rasa best jadi students nieh? tak rasa rugi ker TERPAKSA ambil balik Diploma event ko dah ada sijil ? Ko xsayang ker dengan umur ko?
WAktu tu, kalau boleh nak nangis, dah lama dah aku menangis. Tapi, aku hanya mampu senyum sambil tahan air mata sampai merah2.. slamber jer aku jawab :

  1.  Jadi student : Aku boleh melancong tiap2 bulan kemana2 jer pun tanpa perlu mintak cuty dari bos.
  2. Jadi student : Aku tak yah risau nak bayar insurans kereta, bil letrik, bil air n bil broadband tiap2 bulan. Sebab, semua ini ditanggung oleh en abah aku.
  3. Jadi student : Aku tak yah risau hujung bulan account bank kosong sebab duit dah habis belanja n shopping sakan. Sebab aku boleh jer telefon en abah n mintak duit.
  4. Jadi student : Aku tak payah nak risau fikir pasal punch card merah sebab datang lambat ke opis. Kalau masuk lambat ke kelas pun, paling tidak kena sound dengan lecture ja. Kalau agak2 malas nak bangun pagi, boleh jer 'tuang' class. har har har
  5. Jadi student : Aku boleh jer pakai baju kurung lama2 @ baju bundle because tatacara student ke kelas tak dititikberatkan sangat. Asal sopan n menutup aurat dah kira okie. BUNDLE?? Tak da hal lah. Aku student lagi. Mana mampu nak pakai barang branded.
  6. Jadi student : Aku ada matrix card. Pergi mana2 pun boley guna. masuk pawagam, theme park, main bowling, restoran. Harga boleh discount maa.. Pakej for student..
  7. Jadi student : Kalau pointer bagus, CGPA tinggi, boleh ja mintak biasiswa dari company2 besar kat Malaysia ni. Comfirm dapat sponsor BAEEK punyer. Boleh lah jadik anak orang kaya kejap. =)
  8. Jadi student : Aku tak rasa sedih kalau bab hidup berpasangan ditimbulkan. Sebab, aku ni student lagi. Mana ada masa nak berchinta-chintun nieh.
  9. Jadi student : Tak ada siapa nak melarang aku kalau aku nak duduk kat negeri @ negara lain. Kalau aku rasa nak duduk Perlis, aku boleh mohon UiTM Arau, kalau nak duduk Johor, UTHM kan ada. Kalau nak rasa naik AirAsia, Unimas n UMS boleh jer nak masuk.
  10. Jadi student : Aku boleh buat pinjaman segera yang peratusan nak dapat sangat tinggi. PTPTN kan ada. Tak payah nak tunggu lama2, baru nak daftar universiti pun dah dapat deposit rm1500.00. Setiap sem mampu la nak pakai gadjet2 baru.. =) 
BESTKAN JADI STUDENT!!

Cukup la kan 10 sebab kenapa aku still suka belajar lagi. Nanti banyak2, termuntah pulak kowrang nak baca. 

P/S : Biarlah umur kita habis dengan menuntut ilmu. Sebabnya, semakin banyak yang kita belajar, semakin banyak yang kita tak tahu.. 


Sunday, November 27, 2011

Roomate : Best friends or Hard To Deal With?

kau-aku-dia-kita-tak-sama

Sesiapa yang pernah duduk hostel mesti ada pengalaman dengan roomate ye dak? Dalam tempoh perkenalan, nak atau tak nak, suka atau tak suka, kita kena terima perangai dia macammanapun. Kalau dapat yang sekepala, boley LAYAN jer, kira okie gak. Tapi, kalau dapat yang lain dari yang lain tu, macammana pulak?? Tak kan nak buat tak tahu ja?? Yang sakit hati nya kita, yang rasa 1001 rasa, kita... Nak-nak kita bukan jenis yang tahan sabar... parah tu.. Kalau anda sering bergaduh dan sering tak puas hati dengan roomate, sila teruskan pembacaan di entry ni...

Kat bawah ni ada some step yang kita boley buat kalau dah tak suka sangat la dengan roomate kita tu.. Ni cara paling "baik" untuk kita dapat "my room is the best place in the world after my house..."


1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate masok balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka ****h, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka ****h dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

 P/s : selamat mencuba :)
credit to : nizarazu.com

dedicate 4 all my roomate


Untuk bekas-bekas roomate aku, roomate aku sekarang @ bakal roomate aku, kowrang memang terbaik sis!! 
~ni ayat dari budak yang selalu fikir positif~

Hard. Pain. Proud & Contest Azam Smart Maal Hijrah 1433


Assalamualaikum dan salam maal hijrah 1433. Semoga kedatangan tahun baru Islam ini membawa seribu keberkatan dan manfaat buat seisi umat serta seisi alam amnya. Amin.. Entry nie sekadar nak cuba nasib dalam  Contest Azam Smart Maal Hijrah 1433 anjuran ctk. Nak tahu lebey lanjut berkenan contest ni, clik CONTEST..

Hard. Pain. Proud.


hope my dream come true

Three words ni boley la nak describe feel aku untuk semester nie. Bunyi macam words biasa yang selalu kita unggap kan. Tapi, bagi aku sendiri three words tu membawa maksud yang sangat2 besar.
Hard. Ini untuk aku kena belajar kuat2 n study smart ntuk dapat bling2 result.
Pain. Sepanjang tempoh ni mungkin aku akan rasa pain sangat2 coz terpaksa lupakan aktiviti fevret aku contohnya main game, shopping n melancong.
Proud. LAstly, aku harap sangat2 segala jerih-payah, hard n pain yang bakal aku usahakan akan lahirkan Proud untuk diri aku semasa tuai hasilnya.

Restu puan mak n encik abah sangat2 diharpkan untuk menjayakan semester 3 di Uitm kampus Khazanah Alam ni.. Begitu juga dengan kengkawan serta lecture.. Semoga note "ikwani nak 4.00 flat" yang aku post kat wall aku kat meja study menjadi kenyataan. Dear Allah, please fulfill my wish. It's okay just only for this sem. I really appreciate that.. Amin.. Ni lah semangat serta azam baru aku untuk maal hijrah tahun 1433.. -INSYAALLAH..

P/S : KENGKADANG, KITA TERPAKSA BERKORBAN SESUATU UNTUK MENDAPATKAN SESUATU...


nak tag :
nurulbazlinhusna
maisarah
anakuyat

Wednesday, November 23, 2011

AYO KEMBALI KE JENGKA.. "oh, awesome!!"

uitm kampus jengka

Selamat kembali meneruskan sesi pengajian para diploma UiTM ke kampus memasing. Diam tak diam aku dah pun melangkah masuk ke semester 3. Ahaks, sekejap jer kan masa berlalu. Dah hampir setahun aku menjadi sebahagian warga penduduk Jengka.. Credit to wzekphotography atas pic atas tu ye.. Nak snap pic sendiri malas pulak.. ;)

Mula sem baru, mulalah aktiviti, jadual & rutin harian baru. Alhamdulillah, result sem lepas tak menghampakan aku. Walau ada keputusan yang luar jangka, namun, result keseluruhan agak "PERFECT" kan.. har har har..

Rasanya belum terlewat nak mention nama member2 baik aku untuk promote diri diowrg kat sini.sebab adanya diowrg la aku boley dapat result camtu..   Thankzzz to all my roomate, Ain, , Alyah, Mun @ Tqah & tak lupe cik arisa kita. Dan lagi to all my frends, Eqa, syima, jit, Ida, Eja, Nisa... Untuk dak2 class AT110 2E, tq sangat2 sebab kowrg semua pandai2 dalam class tu, aku pun terpaksa jadik cam pandai untuk bet dengan kowrang kan.. har har har... thankz to all of you guys, -LOVE YOU MORE-
for our lecturers,  "YOU ARE THE BEST!!"

Okie, tu tentang zaman bling-bling. Kita tutup buku..

21/11/11
Start kelas pertama. Aku pelik la dengan jadual kelas aku sem ni. Sumpah tak best. Yang pertama sebab straight dari Isnin sampai khamis kelas pukul 8.00 am?? WHAT?? Kelas Pagi?? Sure it's to hard to deal with.  Dua sem sebelum ni kelas kami dak2 E banyak lepas kul 10.00am. Selalu kelas pagi nie aku skip.. OVERSLEEP. Siapa yang agak rapat dengan aku tahulah kan bahawanya aku memang ada penyakit Insomnia. TAK BOLEH TIDUR MALAM. Susah kot kalo gitu, Aku kena tukar jadual hidup aku 99.8% semata-mata untuk memastikan aku bangun awal pagi untuk pergi kelas. Fullstop!. Biasa lepas subuh aku tidur balik maa..

Okie, tu yang first.. Second pulak, JAdual KELAS aku pack giler sem nie. Lagi2 hari Isnin & Selasa. Pukul 6.00pm baru abes class. dan yang tambah sakit hati, ada class malam n clas hari jumaat petang ler pulak. ho ho ho.. Lepas ni memang comfirm laa aku kalau balik kampung hari sabtu pagi.. Cuti dipendekkan...

Hari ni baru hari ketiga masuk kelas. dah TERPAKSA menghadapi masalah AIR TAKDA!! Kolej yang tersergam indah nie air takda.. Memang bikin orang panas je kan. Semalam satu hari takda air, n esok bakal satu hari lagi takda air. EMM,,, dah ler baldi aku hilang.. Memang tension kot tahap nie.. baru mula sem tu!!  Huwarghhh....

muke nanges nk balik johor..


Memang sedew tahap gaban kat sini. KAmi terpaksa pergi carik air merata-rata. DSG? UWAIS? BLOK CLASS?? KOMPLEKS SISWI?  Semua dah pergi. Asalkan pergi class mandi.. Sabar ye IKWANI.. 1 sem jer lagi kat cni..

Bagi aku, permulaan sem baru ni xberapa nak okie. Pasal class aku malas nak sebut sangat. Senior kata, part 3 adalah part yang "seriau" cket.. Aku try tipu hati aku dengan words "semua senang jer.. insyaAllah, kita pasti dapat 3.50 sem nie..." (confident jer dapat) Tipu hati? Nampak pelik jer kan apa yang aku buat ni. Memang kena tipu taw. Sebab pressure dia agak lain berbanding dua sem sebelum ni. Moga aku diberi kekuatan & ketabahan nak habiskan sem 3 nie kat sini..

Berbalik kepada tajuk kat atas tu, "Oh awesome" dengan sem baru ni?? jawapannya..

"OH... TIDAK!!!!!!!!"

Monday, November 7, 2011

Kayakah AKu!??


rich-people-wanna-be

Akhir bulan 10 yang lepas, aku dapat satu email spam. Katanya aku punyer email - ulat_buku09 menang cabutan bertuah yang diadakan oleh pihak Yahoo!.

Fuyoo.. time tu aku rasa berdebar jugak.. taksangka pulak, dalam juta2 email dalam dunia nie, pihak Yahoo! pilih email aku.. aku pun apa lagi, follow jer la instraction yang dia bagi. Memula aku balas email yg aku dapat. Lepas tu Aku pun bukak la email lain pulak. Eh, kenapa ader tiga email yang aku dapat kata benda yang sama? n jumlah hadiah pula beza2 walau menang dari pihak yang sama - Yahoo! Awards?       # pelik 1.
Mungkin aku orang yang bertuah, aku pun balas jer semua email tu dengan jawapan,
 "saya nak claim hadiah saya" ....  Ok, kita tunggu esok pulak apa jawapan pihak Yahoo! Awards.

Dua hari berlalu...

Yes, pihak Yahoo! Awards dah balas email aku. Dia wish tahniah sebab aku terpilih. Ye ada bagi butir2 yang perlu aku isi dan hantar kepada pihak dia sebagai butir2 seorang pemenang.. Waktu ni aku macam terbayang2 pulak duit USD melayang2 terbang ke Malaysia kearah aku. Hak9

Dah isi bagai2, macam nama penuh, phone,  alamat, status n income bulanan, aku sent balik kat pihak ye.. Opss,, ye kata email aku yang menang tu adalah dalam kategori under negara SOuth Africa punyer. PULAK!! nape ke jeuhnyer aku pergi South Africa nieh? # pelik 2.
xperlah. Aku pun memang xder kerja time tu, layan jer la.

Esoknya...

"Hello, i'am Patrick from **** bank, South African want to confirm with you. Do you have receive my email? I have meeting, so could you contact me later??"

"owh, yeah.. yes2.. ok..tq mr Patrick.."

Okie, ringkasnya, aku dapat call dari pihak Mr. Patrick tu.. WAh, nie dah macam serius pulak kan.. Ada harapan nieh nak jadik jutawan..
Aku pun check email n dapat bendalah ni..


sijil kemenanganku..
sila clik utk scan image lagi clear..

Aku dapat gak insurance apa benda tah dengan beberapa document berkenaan polici nak dapat hadiah nie.. GBP 1500000.00 tu..
Syarat pertama : aku ada dua pilihan - pergi South Africa n tuntut duit tu dengan ejen diowrg @ buat       transfer money guna bank..
Syarat kedua : Upah peguam
Syarat ketiga : wajib publish kemenangan di blog (haha.. ni aku tipu)

Aku pun fikir, nak turun South Africa?? memang xla.. Nak upah peguam?? emm, xmampu sangat. Kita buat money transfer je la.. Aku fikir nak buat esok la. Semua document2 yang berkaitan aku kumpulkan. mula dari email kemenangan, email "congarz", sijil kemenangan, n document yang last aku dapat.. esok aku akn bertindak..

Esoknya...

Dan esok lagi...

Dan esok lagi..
(aku tak taw nak mula dari mana)

Aku dapat email dari pihak *** bank kat Africa nun suh aku comfirmkan cepat kemenangan aku ni.  Nak terima @ tak. Ye ada gak bagi satu borang untuk aku isi sebagai borang transfer account dari bank South Africa ke bank MAlaysia . ye mintak gak copy my pasport n lecene driving. # pelik 3.
Ape kes pulak nk pasport n lecen memandu aku? bukan aku nak p sana n drive kat sana pun.. fikir.. fikir.. n fikir..

Last2, setelah ader 3 kepelikan (# pelik), aku decide nie maybe bukan rezeki aku. Aku dah tak minat nak proceed benda yang aku sendiri was2. Apatah lagi sekarang ni timbul isu KELDAI DADAH yang melibatkan South Africa. Lagi la aku berhati-hati.

Kalau betullah aku menang..- hahaa.. xda maknanyer.. Tapi kalau betullah,  mungkin ni bukan rezeki aku. Dari aku jadi Mat Jenin moden, baik aku kumpul harta dari usaha yang aku sendiri nampak..

Rasa2 korang, apa benda yang aku dapat sebenarnya nie? betul ker pihak Yahoo! memang ada bagi Awards @ hanya salah satu modus operasi pihak2 yang salah disisi undang2??

Jadi.. jawapan "KAYAKAH AKU??" ... Aku bakal kaya dengan usaha aku snediri yang boleh aku lihat sendiri usahanya...
bye2 GBP 1500000.00.. (sedih gler bila kena wish benda nieh)

p/s :) hati2 dengan email yang belom tentu sahihnya...