Monday, October 20, 2014

Jam Tangan - Fesyen atau Keperluan


Jam tangan. Bg aku, jam tangan adalah aset penting utk seseorang bergelar insan. Dgn jam tangan, kita tahu samaada kita ni sudah terlambat @ x utk ke sesuatu tempat.. kenapa bangsa kita selalu dicop 'janji melayu'? Salah satu aku rasa sebab mereka2 ni xada jam tangan.. haha, jgn nk argue pulak dengan aku.. kowrang boleh perhatikan sekeliling.. ya @ tidak..

AKu sendiri, bukan la seorang yg tepati janji @ jenis yg punctual sgt. Tp, bila kita tgk jam tangan yg ada pd pergelangan tgn kita, bukan ke itu salah satu ingatan yg kita lambat @ tak utk appoinment kita?? Ini just pendapat aku je.. at least otak kita boleh bg signal yg ada seseorang yg sedang tunggu kita kat mana2 sebab janji yg dah kita buat.

aku dulu pernah la mengalami janji Melayu ni. janji pukul berapa, sampai pukul berapa.. waktu ni jangan kata berasap je otak aku, dengan api2 sekali dh keluar.. nasb baik bali bomba jauh, kalau tak ada jugak yg kena mandi dengan air pi;i bomba tu.. tapi, disebabkan aku ni jenis yg cool je baik pulak tu, aku kata xpe.. huhu.. poyo giler kan ayt aku. hipokrit pulak tu.. bukanlah, dh member aku tu cte sngat time tu. buat muka pulak ala2 innocent pulak tu, cmfirm hati yg keras cm batu pun terus cair okie.. and lagi satu, kawan aku tu pompuan taw. jgn korang salah sangka pulak..

Janji Melayu. penat kan. Malu pun ada sebenarnya bila bangsa lain cop bangsa terchenta kita ni macam gitu. memang la kalau sebut "ala, janji melayu la tu" macam xada pape maksud tersirat dan tersurat, tapi kalau korang benar2 menghayati semangat bangsa, ayat macam itu hinaan taw. nampak sangat la bangsa kita ni senang buat janji, senang jugak utk mungkir janji..

berbalik pada kisah jam tangan ni, kenapa pulak jam tangan relevan dengan janji2? jawapan nya, dah jam tangan je benda paling senang korang nk bawak, korang leh tengok kalau p mana2 pun kan. emm.. lepas ni mesti ada makhluk2 yg duk kata, jam kat handphone kan ada. okie, fine. aku xcakap benda tu salah. jam kat smartphone korang pun salah satu jenis jam jugak kan.. bagusla tu. kira korang pun ada la inisiatif  tengok jam dan x la gunapakai Janji Melayu..

aku duk perati la kan, ada juga orang yg pakai jam tangan ni pun jenis yang tak punctual. aku rasa jam dia as fesyen je kot. entah2 jam tu mati. jarum jam tak bergerak dah. hahha. apa guna pakai jam mahal2 tapi as accessories je lebih.

sebagai student final year, dan lepas ni mungkin kalau ada rezki aku akan pegang duit sendiri, benda pertama yg aku idamkan adalah beli jam tangan yg harga lebih mahal dr biasa tu. sebabnya, bg aku jam tangan ni adalah aset penting dalam hidup. dan keduanya, aku mahu meghargai diri aku atas penat lelah selama ni. sekurang-kurangnya, lepas beli jam tu nanti, tiap kali aku tengok mesti aku akan teringt jerit payah, air mata, peluh yang pernah aku korbankan utk beli jam tangan tu. maklumlah, aku ni bukan asal dr keluarga berharta, yg mampu beli jam tangan riban2 celik mata je. ada harga mahal yg aku perlu bayar utk dapatkan apa yg aku mahu atau nak. walaupun cuma seutas cam tangan.

Memangla sebelum ni aku banyak kumpul jam tangan, tapi setakat mampu harga seorang students yg habis duit PTPTn di hujung2 semester je la..

nampak tak, betapa besarnya peranan jam tangan tu snediri dalam hidup aku? err.. mungkin la ada korang2 yg tak berapa nk jelas, xpela, boleh je tinggalkan komen2 korang kt bawah ni.. biar aku pulak tgk definisi jam tangan dr sudut mata korang pulak..

tetiba teringat pulak cerita ni..:

Kisah Pemuda, Keretapi dan Jam Tangan

Jasman dlm perjalanan dgn keretapi, duduk bersebelahan dengan seorang pakcik. Jasman bertanya kat pakcik tu...

jasman: pakcik, sekarang pukul berapa?
pakcik tu tak jawab, jasman tanya lagi.
jasman: pakcik, sekarang pukul berapa?
pakcik tu buat donno, jasman tak putus asa bertanya.
jasman: pakcik, sekarang pukul berapa?
pakcik tu tetap membisu, jasman bengang dan tanya kuat sikit!
jasman: pakcik, pukul berapa sekarang?!!
pakcik tu renung jasman dengan tajam.

Pakcik: aku tak nak jawab soalan ko... pasal kalo aku jawab kita
akan berkenalan. pastu kita berbual-bual dan jadi akrab. kat stesyen keretapi tu isteri aku tgh tunggu. terpaksa plak aku kenalkan ko ngan isteri aku yg peramah sangat2 tu. pastu dah sure isteri aku akan ajak ko datang ke rumah. kat rumah aku plak ada
anak dara yang cantik macam siti saleha tu. bila ko datang mesti ko
berkenalan ngan dia pastu ko akan bercinta plak ngan anak dara aku tu. bila dah bercinta ko mesti satu hari akan mintak ngan aku
untuk berkawen ngan anak dara aku tu. masalahnya aku taknak terima menantu yang JAM TANGAN PUN TAK MAMPU NAK BELI!!!

krik...krik...krik... 


ingat, seutas jam tangan bukan sekadar penunjuk waktu sahaja, ia juga sesebuah memori utk sesuatu. kalau tak, xkan la aku bg my "encik sengal" seutas jam tangan kan.. hahha






Saturday, October 18, 2014

Malam Pra-Graduasi FPA 2014

hew-hew-hew..
malam yang paling dinanti. malam yang paling ditunggu..
17/10/2014. dinner fakulti perladangan dan agroteknologi.
kalau ada dinner fakulti bukan ke itu tanda bahang2 bakal nak grad? disebabkan aku dah semester 6, dinner ni khas diadakan utk bakal2 graduan pelajar semester 6 degree & semester 5 diploma fakulti perladangan & agroteknologi 2014 uitm jasin, melaka.

Bertemakan English British, tempat dinner kali ni dibuat kat hotel Equatorial Melaka. Uitm jasin baru je operasi 2 semester, so, dewan besar masih lagi belum ada. sebab tu la kami student kalau nk buat function @ event kena carik venue kat luar. tapi, bertuah jugak la. kalau tak, xda nya merasa dinner kat hotel.. tetiba aku teringat pulak kenangan dinner institut pertanian (IPAH) n IPBL yg kami buat dinner kt hotel n golf club..  ;) at least, tiap kali aku nak grad, memang dapat dinner kat tempat exclusive.. :) hahha. sila jeles okie.

insident nk p dinner ni pun macam2 hal berlaku.  nk jmput kak sue kat rumah dia pun boleh teersesat sikit.. hehhe. pastu aku pulak hampir excident kat tengah2 bandar melaka tu, syukur xda pape & my lola pon x ada calar & x kena langgar ke apa.. dah la hotel ni tengah2 bandar melaka taw, nak cari parking punya la payah, sampai kami kena pusing sekali lagi Dataran Pahlawan tu semata2 nak carik parking. last2 parking je kat dalam dataran pahlawan.. bayar pun bayar la kan..


tengok menu atas tu cam sedap je memula. aku pulak memang xmakan lagi dari pagi. saja nk reserve perut untuk malam ni punya.. hahah.. baru la puas makan kt hotel kan..

tadi tulisan menu je kan.. ha, ni menu yg sebenar,,


ni pulak doorgift yg kami semua dapat.. kalau yg pompuan dapat la MRS. ni, kalo yg encik2 laki dpt yg MR.

ni sebelum kita makan, yang penting kita posing dulu..


 bergambar dgn dak2 fast track yang merupakan my lovely cluzmate 5 semster.. start dari jengka, (pilah sekali) arau, then p melaka sesama. dulu kami berlapan merupakan batch fast track.. sekelas, susah senang bersama.. sem last ni macam susah sikit nk jumpa.. lebih2 lagi bila faiz dah tukar cluz. lagi la payah nak hangout sesama.

 faiz, awat la ang berdiri jauh sangat dengan kami ni?? tahu la awak xavailable lagi.. haha
rasa ni la pic last kami berlapan time memasing tengah single lagi.. lepas ni xtahu la sapa yg pecah record kawen dulu.. hahah 
sesapa yg mrs n mr not available tu sila ambil nombor memasing ye.. 

we are 3. dgn eja n dila

kami lagi yg sengal.. hahah

dgn miss ida . kami memmg suka binding.. 

with ain yg cute..

susah taw nk ambil pic kak sue ni.. 

bajet chomel je aku kan.. hahah

student part 6 degrre FPA uitm jasin 2014.


okie.. dh habis pun dinner. time utk balik semula ke emrlimau.  majlis habis pun dh la lambat...tengah drive nak balik, tetiba rasa haus pulak.. 

 smpat lagi singgah warung minum teh tarik dengan dak2 ni haus giler okie.. bnyak sangat senyum kot,, wakakak. tengok muka pun dah tahu. macam zombie kan.

okie. done dinner fakulti semester akhir..lepas ni boleh la kot focus study lebih sikit..
uitm jasin 2014..




Tuesday, September 30, 2014

MENJELMA KEMBALI - FAST UPDATE #2013

ASSALAMUALAIKUM..

akhirnya..akhirnya.. setelah dua tahun cik sopar menghilangkan diri, kini timbul kembali.
banyak yang aku dah terlepas dalam hidup ni sejak entry terakhir aku tulis pada december 2012.
bila baca balik entry2 dlam seliporjepon.blogspot ni, rasa macam dh lama sangat aku biarkan blog kesayangan aku ni berhabuk, bersawang.. now, time for share all my moments back..

2014.. dah sampai bulan september pun kan. kita masuk mesin masa kita back to 2013..

#2013
alhamdulillah, aku berjaya tamatkan sem 2, 3 and 4 dgn jayanya kat perlis. walaupun tempuh pelbagai halangan, namun past setiap semester.. cukuplah tu kan.. alhamdulillah..
meh ikut aku kita review kisah hidup aku setahun kebelakang..


FEBRUARI 2013
alhamdulillah. allah masih lagi memberi peluang sekali lagi kepada aku, mak, abah, mak aji n mak koda utk menunaikan ibadah umrah.. syukur sangat Ya Allah. bukan senang kan nak menjadi tetamu Allah..

pesawat penerbangan khas jemaah umrah. Senai - Jeddah



flight delay. kami kena stay kat hotel @Senai

dalam masjid nabawi



berhadapan jabal rahmah

mak n abah terchenta

di dalam Masjid nabawi. sementara tunggu nk ke raudah
jabal rahmah kat belakang..

masa untuk balik. bus stand @Mekah


MEI 2013.
tanggal 13 mei mungkin tarikh hitam dalam negara.. bagi aku, tarikh tu juga detik hitam dalam hidup aku. aku kehilangan satu2 nya tulang belakang aku. satu2nya kekuatan aku.. pemergiaan abah tercinta membuatkan hidup aku rasa lesu.hitam.kabur.mati. bayangkan, abah pergi tanpa tanda. abah pergi tanpa aku duga. disaat aku rasa belum masa utk aku rasa sebuah kehilangan, abah pergi tiba2.
masih jelas, dua hari sebelum pemergian abah, aku sempat bertanya khabar abah, sempat berbual dengan abah.. tapi, jelas, abah tak tunjukkan tanda2 pun nak pergi. paling aku terkilan, aku tak sempat pun nk mintak maaf dengan bah.. nak mintak halalkan makan minum dengan abah, minta maaf dosa2 aku dgn abah.. dan paling terkilan, tak sempat menghadap pemergiaan abah..
untkmu Abah.. moga roh abah tenang disana, dan semoga roh abah ditempatkan dikalangan orang yg beriman.. Adik tahu, adik bukan anak yg terbaik utk abah, xada apa2 yg mampu adik hadiahkan utk abah.. cuma Al-fatihah buat bekalan abah disana..amin..


rindu senyuman itu

mak & abah. kenangan umrah 2013


AUGUST 2013


geng2 practical.. la, awat muka zul xnampak

Practical time. cuti 2 bulan semester 3 ni aku kena la pulak pergi praktikal kan.. dan disebabkan masalah yg x dapat dielakkan, aku akhirnya practikal kat Johor Plant Tech Sdn. Bhd. er.. major dia nursery pisang n oil palm. dan ada la jugak buat production tisu kulture. aku kena department nursery n sempat la jugak masuk department tisu kulture ni.
happening jugak la dengan dak2 praktikal yg lain ni kan. ada zul. ayip, hasnah, ekin, mira, n azwan.. okie, kena highlight zul n ayip coz dowrg ni dak part aku diploma jengka dulu. aik zul, cmne ko leh sesat smpai johor ni?? :)



zulfahmie yg ohsem.. ;)

anak2 pisang yg br lepas tanam


SEPTEMBER 2013
makan2 last kat Kuala Perlis. pesan makanan fevret abah.. Ikan Siakap masak tiga rasa. ni la last aku rasa ikan siakap ni.. sebab, tiap kali nk makan, kenangan abah mesti terbayang.. fevret abah, fevret aku jugak.. time ni aku rasa rindu giler ngn abah aku. sanggup aku dengan eja malam2 naik moto dari arau pergi kuala perlis. dah la lalu highway yg gelap gelita tu.. lepas ni dah balik selatan, tak ada la Kuala Perlis lagi kan.. tapi dalam banyak2 restoran makan kat kuala perlis tu, aku suggestkan kowrang yg nak p makan kat sana, baik pergi gerai makan yg no. 2 dari gerai2 first yg kowrg jumpe.
dah la sedap, servis pun cepat. harga not bad la juga.. berbaloi bg aku..

makan 2 orang je.. tapi lauk.. huhu

Jannuary 2014

muka bahagia, excited, tak percaya





Jalan2 p langkawi. dah alang2 ada kat perlis, kami pon jalan2 la p langkawi. lepas ni entah tahun bila kan nk sampai. dah la thun 2014 kami pindah ke kampus jasin, melaka. bila lagi nak sampai langkawi ni? let grab the change and we went to travel..
jeti.. we are here- langkawi
senyum semanis Coklat.. Daim we love

dah sampai langkawi, tak beli coklat tak sah la kan.. tengok diorang2 ni memboorng.. amboi.. hahha
padahal aku la yg paling banyak sekali beli.. 

rambang mata nk pilih

tu dia abang macho kita borong coklat

kecik nya la hai korang.. 

and  ada satu lagi benda wajib yang perti pergi langkawi ni adlah dataran lang. ambil gambar dengan lang ni wajib okie. kalo tak da prove ko gambar dengan lang, orang tak kata ko p langkawi taw.. so, make sure ko p ambik gambar bebanyak kat encik lang ni.. benda ni bukan terbang pon.. tapi tengok balik ganbar2 ni, cantik kot.. ko hado?? hahha

aku & encik Lang

encik lang dari jauh

okie.. for fast entry 2013 cukup dh kot yg ni.. aku bukannya bnyk sangat pun kenangan kan.. jumpa lagi utk review fast update #2014 pulak.. hewhewhew..




Friday, December 21, 2012

Niat nak Ber-study

just 4 aim

Yeah.. Tadi merupakan hari last lecturer untuk sem 2.. lepas ni tak da dah p kelas-kelas lagi. Tak ada dah nak jumpa lecture, bangun pagi-pagi, masuk kelas lambat, tak tidur malam siapkan asgment, ketar lutut nak buat presentation, otak stress fikirkan test n quiz.. tak ada, tak ada dan tak ada.. HEAVEN..

Sekarang tinggal paper final jer.. OPPSS.. budak2 'lompat' macam aku ni jangan nak suke sangat la kan.. Ada satu test je lagi blom settle, ke dua test?? haha.. satu sebab madam kiteowrang p wat conference, so, test terpaksa ditunda, kedua sebab carry mark rendah sangat, kena ada test back up. Aku kah calon-calon yang bakal ambil test back up tu?? Rasanya, YA..

Pic kat atas tu snap masa cluz ento tengah wat presentation. KAt depan owrang sibuk wat present, kami kat belakang wat present lain. Main game la, snap-snap gambar la, kenyit-kenyit mata la.. Asam garam student .. =) jangan dicontohi ye adik-adik.. Kesian kat presenter2 tu.. Penat diowrang wat slide.. kena la appreciate sikit..

Mulanye minggu "study week"  memang untuk study kan.. Tapi, ramai yang ambil kesempatan ni nak balik kampung halaman memasing.  Alasan, nak jumpa mak & abah nak mintak restu. Katanya.. Okie, yang tu baik dah niat. tapi kalau seminggu kat kampung, seminggu kat rumah, duk besarkan badan je, xda guna la kan seminggu time study week tu.

Patutnya, time ni la kita nak kaji balik semua silibus sepanjang satu sem tu. ye dak?..yang tak paham boleh la rujuk terus pada lecture ataupun buat perbincangan dengan kawan2.  Bukannya masa untuk berfoya-foya ye.. Sebut pasal 'amazing nye student2' nie,  tetiba teringat kat ayat ni :



Betul kan.. hahaha.. Sape penah buat sila kedip2 mata..

Tapi jujur bagi aku la kan, aku pun bukan study sangat time-time ni.. Time study week ni la nak marathon movie la, nak p shopping la, nak packing barang-barang untuk bawak balik la, nak p foya-foya habiskan bajet biasiswa la, nak qada' tidur la, macam-macam hal.. Study ke mana, tetiba..
ESOK ADA PAPER!!!  hahaha,
time ni, xda sapa yang mampu tolong..

Dari ayat awal sem : "moga aku menjadi dean list sem ni" bertukar manjadi "moga aku tak repeat paper sem nie".. annoying seh..

Selagi ada masa ni, berjuang la sehabis-habisnya.. Selagi result tak keluar, selagi tu kita still boleh pasang niat, pasang harapan nak jadi yang terbaik.. Tak 4.00 flat pon, 3.50 cukup dah.. Dean List gak.. First Class gak.. hew-hew-hew..

Ni nak wat wish untuk member aku yang bakal grad,
Untuk cik Azlina haron, Semoga sukses selalu. ni sem last degree kan. Member kita yang budak uitm gak @ mentor aku..  Untungnye dia.. jeles taw.. WISH YOU LUCK dear.. =)

Dan tak lupa wish luck gak kat semua dak2 degree ladang part 2 batch 4 uitm perlis. Kita fight 4 final, hope semua dapat kesuksessan..

Ada rezeki, Jumpe lagi sem depan.. In Sha Allah..




Thursday, December 20, 2012

Dia..Dia..Dia & Dia..


I hope, I Joy, I Love

Dia cantik,
aku tak cantik;
Dia lawa,
aku memang tak lawa;
Dia bijak,
aku lagi tak bijak;
Dia kecoh,
aku pensenyap;
Dia menyenangkan,
aku menghuru-harakan;
Dia penyejuk mata,
aku penyemak pemandangan;
Dia menjadi rujukan,
aku langsung tak dipandang;
Dia menjadi tarikan,
aku, tak siapa kenal;
Dia menjadi penyeri,
aku, ada tiada, tak siapa peduli;
Dia menjadi perantara,
aku, "dia wujud ke?"
Dia...Dia..& Dia... serta Dia...
tapi aku tetap aku, melalui jalan sendiri..........

19/12/12
-10.10pm-
xperlu jadi orang lain utk diri sendiri..





Welcome Study week & Final yang dinanti

assalamualaikum...

Lama gile kan x update blog.. aku pulak terlebih buzy. Lebih buzy dari dulu-dulu.
Sedar tak sedar aku dah hampir satu sem kat perlis ni. Sekejap je masa berlalu.. tapi serius aku nak bagitahu, sem degree ni memang sangat-sangat penat. maybe aku ambil course 'lompat' kot. tu yang jadi lagu ni.

aku vs FINAL

betul kan.. pointer hanya tiket utk interview je..


hew-hew-hew..
jadual exam dah kuar!! memang best la kan..
ada dua paper tu yg x ada gap. Hahaha.. Sekarang kena gelak besar2 sebab bakal stress pada minggu-minggu exam.. Apa preparation yang aku buat???

Nescafe Teman sejati.. 

Giler tak aku?? Sangat giler kan.. Nescafe @ kafein teman sejati tu.. beli banyak-banyak buat stok.. biar migrain sampai pesan!!
Kalau encik abah n puan mak tahu ni, mesti kena bebel sebulan tak habis..
hahaha.. tak kesahla.. time study je kot buat perangai gitu..

Untuk diri aku sendiri, aku nak wish selamat berjuang.. Bukan senang nak senang. Yang paling penting aku kena fight dengan diri aku sendiri.. Sekarang aku sendiri tak tahu la kenapa dengan diri aku. Time Malaysia dilanda wabak maharaja lawak mega 2012, aku pulak dilanda maharaja malas yang melampau-lampau. Kerja aku sekarang, tidur-tidur-tidur..  jangan my encik joko taw perangai buruk aku ni sudah.. terang-terang kena reject kan..

Pertama kali sepanjang aku hidup as student, aku tak sabar nak habis sem. Nak kata duk jauh dari rumah, dulu aku pernah je belajar kat Bumbung Lima nun, nak kata aku sakit cinta, encik joko & aku elok je.. nak kata masalah dalaman, aku dah scan badan aku ni, semua tiptop jer..

Duduk luar? Culture shock dengan environment Perlis? 'Adik Lola'?  My 'mr young @ Y'? ke sebab adanya 16-A??..

Ikwani, biarkan semua itu berlalu. Nak final ni.. Fokus-fokus-fokus..
believe what u want to do and do what u want to do!!

Sedeh sangat  coz awal-awal lagi dah taw tak ada harapan nak pegang title dekan. Test, quiz semua hancur lebu,  dan aku macam duduk kat awangan, tak taw nak ape sem nie..
DAMM much sedeh...

Good luck for final.. Hope yang bling-bling menanti kat depan & something miracles happen..
PRAY FOR THAT>> amin..