Tuesday, September 30, 2014

MENJELMA KEMBALI - FAST UPDATE #2013

ASSALAMUALAIKUM..

akhirnya..akhirnya.. setelah dua tahun cik sopar menghilangkan diri, kini timbul kembali.
banyak yang aku dah terlepas dalam hidup ni sejak entry terakhir aku tulis pada december 2012.
bila baca balik entry2 dlam seliporjepon.blogspot ni, rasa macam dh lama sangat aku biarkan blog kesayangan aku ni berhabuk, bersawang.. now, time for share all my moments back..

2014.. dah sampai bulan september pun kan. kita masuk mesin masa kita back to 2013..

#2013
alhamdulillah, aku berjaya tamatkan sem 2, 3 and 4 dgn jayanya kat perlis. walaupun tempuh pelbagai halangan, namun past setiap semester.. cukuplah tu kan.. alhamdulillah..
meh ikut aku kita review kisah hidup aku setahun kebelakang..


FEBRUARI 2013
alhamdulillah. allah masih lagi memberi peluang sekali lagi kepada aku, mak, abah, mak aji n mak koda utk menunaikan ibadah umrah.. syukur sangat Ya Allah. bukan senang kan nak menjadi tetamu Allah..

pesawat penerbangan khas jemaah umrah. Senai - Jeddah



flight delay. kami kena stay kat hotel @Senai

dalam masjid nabawi



berhadapan jabal rahmah

mak n abah terchenta

di dalam Masjid nabawi. sementara tunggu nk ke raudah
jabal rahmah kat belakang..

masa untuk balik. bus stand @Mekah


MEI 2013.
tanggal 13 mei mungkin tarikh hitam dalam negara.. bagi aku, tarikh tu juga detik hitam dalam hidup aku. aku kehilangan satu2 nya tulang belakang aku. satu2nya kekuatan aku.. pemergiaan abah tercinta membuatkan hidup aku rasa lesu.hitam.kabur.mati. bayangkan, abah pergi tanpa tanda. abah pergi tanpa aku duga. disaat aku rasa belum masa utk aku rasa sebuah kehilangan, abah pergi tiba2.
masih jelas, dua hari sebelum pemergian abah, aku sempat bertanya khabar abah, sempat berbual dengan abah.. tapi, jelas, abah tak tunjukkan tanda2 pun nak pergi. paling aku terkilan, aku tak sempat pun nk mintak maaf dengan bah.. nak mintak halalkan makan minum dengan abah, minta maaf dosa2 aku dgn abah.. dan paling terkilan, tak sempat menghadap pemergiaan abah..
untkmu Abah.. moga roh abah tenang disana, dan semoga roh abah ditempatkan dikalangan orang yg beriman.. Adik tahu, adik bukan anak yg terbaik utk abah, xada apa2 yg mampu adik hadiahkan utk abah.. cuma Al-fatihah buat bekalan abah disana..amin..


rindu senyuman itu

mak & abah. kenangan umrah 2013


AUGUST 2013


geng2 practical.. la, awat muka zul xnampak

Practical time. cuti 2 bulan semester 3 ni aku kena la pulak pergi praktikal kan.. dan disebabkan masalah yg x dapat dielakkan, aku akhirnya practikal kat Johor Plant Tech Sdn. Bhd. er.. major dia nursery pisang n oil palm. dan ada la jugak buat production tisu kulture. aku kena department nursery n sempat la jugak masuk department tisu kulture ni.
happening jugak la dengan dak2 praktikal yg lain ni kan. ada zul. ayip, hasnah, ekin, mira, n azwan.. okie, kena highlight zul n ayip coz dowrg ni dak part aku diploma jengka dulu. aik zul, cmne ko leh sesat smpai johor ni?? :)



zulfahmie yg ohsem.. ;)

anak2 pisang yg br lepas tanam


SEPTEMBER 2013
makan2 last kat Kuala Perlis. pesan makanan fevret abah.. Ikan Siakap masak tiga rasa. ni la last aku rasa ikan siakap ni.. sebab, tiap kali nk makan, kenangan abah mesti terbayang.. fevret abah, fevret aku jugak.. time ni aku rasa rindu giler ngn abah aku. sanggup aku dengan eja malam2 naik moto dari arau pergi kuala perlis. dah la lalu highway yg gelap gelita tu.. lepas ni dah balik selatan, tak ada la Kuala Perlis lagi kan.. tapi dalam banyak2 restoran makan kat kuala perlis tu, aku suggestkan kowrang yg nak p makan kat sana, baik pergi gerai makan yg no. 2 dari gerai2 first yg kowrg jumpe.
dah la sedap, servis pun cepat. harga not bad la juga.. berbaloi bg aku..

makan 2 orang je.. tapi lauk.. huhu

Jannuary 2014

muka bahagia, excited, tak percaya





Jalan2 p langkawi. dah alang2 ada kat perlis, kami pon jalan2 la p langkawi. lepas ni entah tahun bila kan nk sampai. dah la thun 2014 kami pindah ke kampus jasin, melaka. bila lagi nak sampai langkawi ni? let grab the change and we went to travel..
jeti.. we are here- langkawi
senyum semanis Coklat.. Daim we love

dah sampai langkawi, tak beli coklat tak sah la kan.. tengok diorang2 ni memboorng.. amboi.. hahha
padahal aku la yg paling banyak sekali beli.. 

rambang mata nk pilih

tu dia abang macho kita borong coklat

kecik nya la hai korang.. 

and  ada satu lagi benda wajib yang perti pergi langkawi ni adlah dataran lang. ambil gambar dengan lang ni wajib okie. kalo tak da prove ko gambar dengan lang, orang tak kata ko p langkawi taw.. so, make sure ko p ambik gambar bebanyak kat encik lang ni.. benda ni bukan terbang pon.. tapi tengok balik ganbar2 ni, cantik kot.. ko hado?? hahha

aku & encik Lang

encik lang dari jauh

okie.. for fast entry 2013 cukup dh kot yg ni.. aku bukannya bnyk sangat pun kenangan kan.. jumpa lagi utk review fast update #2014 pulak.. hewhewhew..




Friday, December 21, 2012

Niat nak Ber-study

just 4 aim

Yeah.. Tadi merupakan hari last lecturer untuk sem 2.. lepas ni tak da dah p kelas-kelas lagi. Tak ada dah nak jumpa lecture, bangun pagi-pagi, masuk kelas lambat, tak tidur malam siapkan asgment, ketar lutut nak buat presentation, otak stress fikirkan test n quiz.. tak ada, tak ada dan tak ada.. HEAVEN..

Sekarang tinggal paper final jer.. OPPSS.. budak2 'lompat' macam aku ni jangan nak suke sangat la kan.. Ada satu test je lagi blom settle, ke dua test?? haha.. satu sebab madam kiteowrang p wat conference, so, test terpaksa ditunda, kedua sebab carry mark rendah sangat, kena ada test back up. Aku kah calon-calon yang bakal ambil test back up tu?? Rasanya, YA..

Pic kat atas tu snap masa cluz ento tengah wat presentation. KAt depan owrang sibuk wat present, kami kat belakang wat present lain. Main game la, snap-snap gambar la, kenyit-kenyit mata la.. Asam garam student .. =) jangan dicontohi ye adik-adik.. Kesian kat presenter2 tu.. Penat diowrang wat slide.. kena la appreciate sikit..

Mulanye minggu "study week"  memang untuk study kan.. Tapi, ramai yang ambil kesempatan ni nak balik kampung halaman memasing.  Alasan, nak jumpa mak & abah nak mintak restu. Katanya.. Okie, yang tu baik dah niat. tapi kalau seminggu kat kampung, seminggu kat rumah, duk besarkan badan je, xda guna la kan seminggu time study week tu.

Patutnya, time ni la kita nak kaji balik semua silibus sepanjang satu sem tu. ye dak?..yang tak paham boleh la rujuk terus pada lecture ataupun buat perbincangan dengan kawan2.  Bukannya masa untuk berfoya-foya ye.. Sebut pasal 'amazing nye student2' nie,  tetiba teringat kat ayat ni :



Betul kan.. hahaha.. Sape penah buat sila kedip2 mata..

Tapi jujur bagi aku la kan, aku pun bukan study sangat time-time ni.. Time study week ni la nak marathon movie la, nak p shopping la, nak packing barang-barang untuk bawak balik la, nak p foya-foya habiskan bajet biasiswa la, nak qada' tidur la, macam-macam hal.. Study ke mana, tetiba..
ESOK ADA PAPER!!!  hahaha,
time ni, xda sapa yang mampu tolong..

Dari ayat awal sem : "moga aku menjadi dean list sem ni" bertukar manjadi "moga aku tak repeat paper sem nie".. annoying seh..

Selagi ada masa ni, berjuang la sehabis-habisnya.. Selagi result tak keluar, selagi tu kita still boleh pasang niat, pasang harapan nak jadi yang terbaik.. Tak 4.00 flat pon, 3.50 cukup dah.. Dean List gak.. First Class gak.. hew-hew-hew..

Ni nak wat wish untuk member aku yang bakal grad,
Untuk cik Azlina haron, Semoga sukses selalu. ni sem last degree kan. Member kita yang budak uitm gak @ mentor aku..  Untungnye dia.. jeles taw.. WISH YOU LUCK dear.. =)

Dan tak lupa wish luck gak kat semua dak2 degree ladang part 2 batch 4 uitm perlis. Kita fight 4 final, hope semua dapat kesuksessan..

Ada rezeki, Jumpe lagi sem depan.. In Sha Allah..




Thursday, December 20, 2012

Dia..Dia..Dia & Dia..


I hope, I Joy, I Love

Dia cantik,
aku tak cantik;
Dia lawa,
aku memang tak lawa;
Dia bijak,
aku lagi tak bijak;
Dia kecoh,
aku pensenyap;
Dia menyenangkan,
aku menghuru-harakan;
Dia penyejuk mata,
aku penyemak pemandangan;
Dia menjadi rujukan,
aku langsung tak dipandang;
Dia menjadi tarikan,
aku, tak siapa kenal;
Dia menjadi penyeri,
aku, ada tiada, tak siapa peduli;
Dia menjadi perantara,
aku, "dia wujud ke?"
Dia...Dia..& Dia... serta Dia...
tapi aku tetap aku, melalui jalan sendiri..........

19/12/12
-10.10pm-
xperlu jadi orang lain utk diri sendiri..





Welcome Study week & Final yang dinanti

assalamualaikum...

Lama gile kan x update blog.. aku pulak terlebih buzy. Lebih buzy dari dulu-dulu.
Sedar tak sedar aku dah hampir satu sem kat perlis ni. Sekejap je masa berlalu.. tapi serius aku nak bagitahu, sem degree ni memang sangat-sangat penat. maybe aku ambil course 'lompat' kot. tu yang jadi lagu ni.

aku vs FINAL

betul kan.. pointer hanya tiket utk interview je..


hew-hew-hew..
jadual exam dah kuar!! memang best la kan..
ada dua paper tu yg x ada gap. Hahaha.. Sekarang kena gelak besar2 sebab bakal stress pada minggu-minggu exam.. Apa preparation yang aku buat???

Nescafe Teman sejati.. 

Giler tak aku?? Sangat giler kan.. Nescafe @ kafein teman sejati tu.. beli banyak-banyak buat stok.. biar migrain sampai pesan!!
Kalau encik abah n puan mak tahu ni, mesti kena bebel sebulan tak habis..
hahaha.. tak kesahla.. time study je kot buat perangai gitu..

Untuk diri aku sendiri, aku nak wish selamat berjuang.. Bukan senang nak senang. Yang paling penting aku kena fight dengan diri aku sendiri.. Sekarang aku sendiri tak tahu la kenapa dengan diri aku. Time Malaysia dilanda wabak maharaja lawak mega 2012, aku pulak dilanda maharaja malas yang melampau-lampau. Kerja aku sekarang, tidur-tidur-tidur..  jangan my encik joko taw perangai buruk aku ni sudah.. terang-terang kena reject kan..

Pertama kali sepanjang aku hidup as student, aku tak sabar nak habis sem. Nak kata duk jauh dari rumah, dulu aku pernah je belajar kat Bumbung Lima nun, nak kata aku sakit cinta, encik joko & aku elok je.. nak kata masalah dalaman, aku dah scan badan aku ni, semua tiptop jer..

Duduk luar? Culture shock dengan environment Perlis? 'Adik Lola'?  My 'mr young @ Y'? ke sebab adanya 16-A??..

Ikwani, biarkan semua itu berlalu. Nak final ni.. Fokus-fokus-fokus..
believe what u want to do and do what u want to do!!

Sedeh sangat  coz awal-awal lagi dah taw tak ada harapan nak pegang title dekan. Test, quiz semua hancur lebu,  dan aku macam duduk kat awangan, tak taw nak ape sem nie..
DAMM much sedeh...

Good luck for final.. Hope yang bling-bling menanti kat depan & something miracles happen..
PRAY FOR THAT>> amin..



Friday, November 30, 2012

Jadi Hantu Dalam Hidup Seseorang

cputih casper 
Jadi hantu dalam hidup seseorang?
Tipikalnya ayat..

JAdi hantu yang aku nak sampaikan kat sini bukanlah jadi hantu yang muka hodoh, pakai baju jubah putih, ada taring, mulut darah2 bagai.. Tapi, apa yang aku nak sampaikan adalah, jadi hantu yang manghantui hidup orang lain...

Apa? still x faham.. Okie, teruskan membaca..

Pernah tak kowrang rasa dikhianati, rasa ditipu? Contoh paling terdekat..
Ada kawan kowrang pinjam duit, tapi buat2 tak mahu bayar.. Puas kowrang mintak, tapi dia tiba2 hilang. pelik tak?? Time kowrang lalu mana je, terpandnag sekilas wajah dia, kowrang kejar, dia terus hilang. Langsung x jumpa bekas tapak kaki. Cian kowrang terjengah-jengah cari dia..
Haha. Tu satu contoh kowrang dah jadi hantu dalam hidup beliau. eh, layak ke dipanggil beliau?

Okie, contoh kedua pulak. Pernah tak kowrang bercinta, pastu tiba2 pasangan kowrang mintak break. Tanpa sebab yang konkrit. Puas kowrang tanya, dia just kata, dia tak layak untuk kowrang. Annoying kan..
Pastu, bila tengok kat fb, dia block kita.. EH?? Kita ni hantu ke yang menakutkan dia?

Em. contoh ketiga..pasal couple gak. Kowrang baru la kenal someone ni. baru nak mengarang ayat jiwa2. Baru nak ada taman dalam hati. baru nak gantung bintang2 kat langit, baru nak mimpi sampai bulan. tup2 pasangan kowrang tu hilang secara tiba2. Langsung tak msg, call jauh sekali.
Bila kowrang online fb, owrang tu pun secara outomatik akan offline fb.. PULAK... Asal, takut ke?? Aku hantu ker??

BIla fikir2 balik, hope kowrang dah faham la kan apa msg "Jadi Hantu Dalam Hidup Seseorang" yang aku nak sampaikan. Sebenarnya, ketiga-tiga situasi atas tu, kesan dia terhadap kita sama je..
kesan2 nya :

1)  Nampak kita, dia terus lari. Tak pasal2 kita main kejar2 dengan dia. Kalau sesiapa badan yang ala2 chubby2 tu, boleh la main lari2 pusing satu campus. Semata2 nak dengar apa alasan dia buat kita camtu kan.

2) Kita onnline, dia terus offline. Yang ni aku pernah kena dulu. Waktu tu rasa sakit hati jugak.  Dah le msg, coll kita dia tak balas. Ingat nak chat le tanya khabar.. Tapi, hampeh kan, dia terus offlline. Takut ke, bang? Saya macam hantu eh??

Pesanan aku kepada beliau2 yang rasa takut2 ni, tak baik kowrang buat camtu..Aku rasa baik kowrang jumpe je sidia-sidia tu, dan minta maaf. Cakap elok2 dan terangkan perkara sebenar.
Kalau pasal hutang tu, betul kowrang tak mampu nak bayar, jelaskan la kat dia. Aku tak janji dia nak halalkan, tapi at least dia tak de la asyik mintak je dari kowrang. Mungkin dia akan bagi masa kat kowrang.

Buat si pematah hati, duduk elok2. Kita bincang. Bukan semua orang nak marah2 tak tentu pasal. Aku percaya, semua orang pegang dengan kata2, "ada jodoh tak kemana".. Kalau betul kowrang dah ada gurl / boy lain, bagitahu dengan jujur.. Kalau aku pun, aku boleh terima dengan hati yang terbuka. Tipu la kalau tak sedih kan. Tapi lama2 okie la..

Kalau main lari2 macam nampak hantu, penat kan. Aku penat. Kau pun penat.
Last kata dari aku,
"Aku Bukan Hantu yang Kowrang Perlu Takutkan. Semua Bolah Settle. Kita bukan GADUH, KITA BINCANG!!"



Bilanya Time "Main Masak-Masak" Part 2

Sweet Potato yang sweet sangat..

Yang ni adalah resepi kedua kami dalam Main Masak-masak. Keledek goreng... ala, goreng je pun kan. itupun nak kecoh ker??
Hahaha.. haruslah kecoh.. Sebab aku ada blog. Haruslah update enty kan.. ko ada??
Sebenarnya resepi ni saje je kami cuba. Maklumlah, ada rumah sendiri kan. kenalah main masak2 je kerjanya..

Jika sebelum ni Orang ramai potong keledek biasa2 je, tapi kami nak try buat sesuatu yang baru. Ala2 fries keledek.

Guna apa? Tepung Goreng Serbaguna ADABI.. okie, salah beli tepung tu sebenarnya. Ingatkan tepung tu boleh je nak guna semua jenis gorengan, tak sangka ye, rupanya untuk ayam, ikan, sotong dan udang je..
untuk keledek xda dalam list k..

Alang2 dah beli, guna je lah kan. kita buat resepi sendiri. kalau xsedap pun, yang cument je kita2 je kan.. betul x chef ida n chef eja?? kalau setuju sila kelip2 mata 9 kali.. hehehe.. senyum sikit.. =)

Lepas siap goreng, bau dia memang superb. dan ditambah dengan satu bahan rahsia, keledek fries kami jadi sannnnggggat sedap. HEAVEN je rasa. Apa bahan rahsia tu?? dalam pic atas tu x nampak la.. kena zoom kot baru clear..
bahan rahsia tu adalah... teng...teng...teng...   biji BIJAN..

ye, BIJAN. chef ida kata tambah bijan lagi rangup.. memang pun. sumpah tak tipu.. Lepas ni kowrng mesti kena cuba..
Cakap banyak pun tak guna, kalau sape2 yang nak rasa fries kami ni, sila hadirkan diri anda ke kelas ATB2Bm / ATB2Am hari isnin ni pukul 3.00 pm..

Sebabnye, kami ada presentation time tu.. Alang2, boleh la promote produk kami sekali.. he..he..he..