Friday, November 30, 2012

Bilanya Time "Main Masak-Masak" Part 2

Sweet Potato yang sweet sangat..

Yang ni adalah resepi kedua kami dalam Main Masak-masak. Keledek goreng... ala, goreng je pun kan. itupun nak kecoh ker??
Hahaha.. haruslah kecoh.. Sebab aku ada blog. Haruslah update enty kan.. ko ada??
Sebenarnya resepi ni saje je kami cuba. Maklumlah, ada rumah sendiri kan. kenalah main masak2 je kerjanya..

Jika sebelum ni Orang ramai potong keledek biasa2 je, tapi kami nak try buat sesuatu yang baru. Ala2 fries keledek.

Guna apa? Tepung Goreng Serbaguna ADABI.. okie, salah beli tepung tu sebenarnya. Ingatkan tepung tu boleh je nak guna semua jenis gorengan, tak sangka ye, rupanya untuk ayam, ikan, sotong dan udang je..
untuk keledek xda dalam list k..

Alang2 dah beli, guna je lah kan. kita buat resepi sendiri. kalau xsedap pun, yang cument je kita2 je kan.. betul x chef ida n chef eja?? kalau setuju sila kelip2 mata 9 kali.. hehehe.. senyum sikit.. =)

Lepas siap goreng, bau dia memang superb. dan ditambah dengan satu bahan rahsia, keledek fries kami jadi sannnnggggat sedap. HEAVEN je rasa. Apa bahan rahsia tu?? dalam pic atas tu x nampak la.. kena zoom kot baru clear..
bahan rahsia tu adalah... teng...teng...teng...   biji BIJAN..

ye, BIJAN. chef ida kata tambah bijan lagi rangup.. memang pun. sumpah tak tipu.. Lepas ni kowrng mesti kena cuba..
Cakap banyak pun tak guna, kalau sape2 yang nak rasa fries kami ni, sila hadirkan diri anda ke kelas ATB2Bm / ATB2Am hari isnin ni pukul 3.00 pm..

Sebabnye, kami ada presentation time tu.. Alang2, boleh la promote produk kami sekali.. he..he..he..

Friday, November 23, 2012

Bilanya Time "Main Masak-Masak" part 1

Duduk rumah sewa sendiri memang best. Sebab, tak macam duk kolej, rumah sewa kita boleh masak!!
haha.. Sumpah best..

Bilanya time main masak-masak, budak bilik aku dua orang tu mulalah keluarkan idea masak-masak diorang yang superb kan.. segala menu dan resepi yang istimewa diowrang cuba. Dari masakan kampung, bandar mahupun oversea nak dicubanya... aku?? sekadar tengok dan of course la tukang  merasa + menghabiskan..

Semuanya bermula dari satu insident .......

Salah sorang dari dak berdua tu tersilap beli bahan masak. Nak beli soon, terbeli agar-agar.. Elok-elok nak masak sambal tomyam soon, terjadilah tomyam agar-agar..time nak makan, tomyam tu jadi keras. Pastu kenalah panaskan. Hahaha..
kena gelak sikit je. Tak boleh gelak hahaha banyak-banyak. Nanti "dia' tu marah. Dah merajuk.. Susah aku karang. Yelah, sapa yang nak masak lagi..
Tapi kan ida, agar-agar tomyam tu sedap gak. Rasa heaven jer makan. =)

Dari Agar-agar yang tersilap beli tu lah, kami plan  buat agar-agar. Tak kan nak buang pulak kan... mahal tu beli..nak buat agar-agar kaler-kaler, bahan-bahan semua tak ada. Yang ada pun cuma sirap dan ibu rossel..
Fikir punya fikir... TING!!! ada sirap. ada susu..
Dan hasilnya... TARAA.. ni lah hasil agar-agar bandung made in Padang Nyu..

agar-agar bandung chef  ida

Pic kat atas tu la hasilnya.. Nampak kosong je agar-agar tu. Tak best kan.. Kita tambah epal pulak..

dan hasilnya...

Memula ingatkan epal tu tenggelam, tak sangka pulak ye timbul kat atas.. hahah..
okie, bab rasa, tak tipu  dia memng superb.. Tq chef ida... Saya assistant chef je kan... Tu pun kalau layak la..

Okie, siap satu resepi.. Lepas ni boleh la main masak-masak lagi ye.. Banyak lagi kan kita nak masak. Chef ida  n chef eja pun banyak lagi resepi tak ditunjukkan..Kita tnggu je la..
=)


Saturday, November 17, 2012

Indahnya Saat Berfoya-foya

Ini Cerita Saat Cuti Depavali di Perlis..

Alkisah..
Kelebihan menjadi seorang student uitm Perlis bila time bercuti adalah... BOLEH BERJALAN-JALAN..
Disebabkan hari Depavali jatuh hari Selasa, dan kami dapat assingnment mencari koleksi serangga, budak-budak kelas aku telah merajinkan diri untuk pergi berkelah di air terjun.

Perancangan utama adalah untuk pergi area dekat-dekat Arau je. Kalau tak silap namanya Bukit Ayer.
Aku awal-awal dah booking kereta sewa. Manual lagi taw. Okie, memang nak kena bangga coz kat umah aku aka kat negeri Johor tu, aku memang tak reti bawa kereta maual. kira catat sejarah tersendiri la kat Negeri perlis ni aku mampu bawa kereta manual.. Yeah!!

Perjalanan yang dirancang mula pukul 10 am terpaksa ditunda ke jam 11am. atas alasan, ambil kereta dulu la, isi minyak jap la, jemput dak-dak ni la.. last-last, kul 11am baru nak bertolak dari Arau. Okie, ni memang kena mention lebih sikit coz, nak cari insect, oarang tak carik time2 matahari nak terpacak atas kepala okie..

Mulakan perjalanan ke Sungai Batu Pahat yang mana kat situ dipercayai kawasan air terjun berada. Tapi, kiteowrg salah jalan pulak. Dak laki 3 orang tu bawa motor. Nak pergi Bukit Ayer, tapi terpegi Mata Ayer. Sebab masing-masing buta jalan, decide nak pergi terus ke GUA KELAM... yohuuu... Gua Kelam best kot...

Gua Kelam...

mata memasing jadi rimau dalam gua


Lepas errr... 40++ min dari Arau baru sampai. Matahari pun tak segan2 dah muncul.. Time kat  Gua Kelam, aku boley pulak terjumpa bekas roomate aku time kat IPBL.. kak syikin. Ye ada meniaga kat Gua Kelam ni. kira jejak kasih gak la kan. Tak sia2 aku pergi sini..

Okie, plan nak cari insect tetap diteruskan even masing2 tahu dah, peratus nak dapat memang xdapat... hahah... Lama jugak la kiteorang berlapan kat situ. lepas zohor baru balik. Insect? Odonata je yang banyak.. Coleoptera? Homoptera? jangan kata bayang, tapak kaki pun x nampak..

Tapi, kiranya tak menyesal jugak la datang Gua Kelam ni kan. Kiteowrang dapat adventure masuk Gua Kelam sampai hampir tersesat. Waktu dalam gua yang langsung xda lampu tu, hidup mati je taruhannya. Alhamdulillah selamat lagi...

kami kelam dalam gua kelam


kami ber 8 jer. eh,. mana kak sue?? 

Masa untuk balik..
Kira dak-dak kelas aku happening giler lah. tak kesah pun nak pergi jejalan n berfoya-foya. Walaupun kami berlapan je, tapi, cerianya tetap ada. Lepas ni boley la merancang untuk melancong tempat2 lain plak.. Bukit Ayer tu memang kena pergi..
=)

Wednesday, October 10, 2012

Kamu Adalah Sahabatku

Dear sahabatku...
Salam keikhlasan penuh kasih sayang aku tujukan warkah ini untukmu..
Alhamdulillah, sepanjang kita berkawan, perhatian, tingkah-laku mu amat menyenagkan hatiku. Aku ingat lagi, waktu mula-mula kita menjejakkan kaki ke UITM, tanganmu yang pertama dulu ku genggam bagi menjalinkan ukhwah persahabatan. Terima kasih untuk itu sahabat...

Walau jauh negeri memisahkan kita, namun namamu tetap ku ingat.. Sms mu lewat2 malam menceriakan malam dan mimipiku. Kata-kata nasihat dan perangsang yang kau karang untukku amat ku perlukan disini bagi meneruskan langkahku di bumi kayangan ini.

Sahabat,
Ku akui, sepanjang kita berkawan, ada waktu kita bertikam lidah dan bermasam muka. Namun itu semua lumrah bersahabat dala dunia. Kuimbas kembali moment itulah yang membuatkan aku dan dirimu semakin dekat dan rapat.

Sahabat, hanya warkah ini yang dapat kuutus sebagai penganti diri. Entah bila dapat ketemu itu aku tak pasti. Hanya satu yang mahu ku kongsi, ku amat sayangkan dirimu sampai mati. Eangkaulah sahabatku sampai mati...

kawanku itu kamu =)


Special dedicate for :
Eyka_zulaikha.
jengka-in-memories,
2010-2012..

Saturday, September 22, 2012

Ada Orang Sayang Awak

will u accept my heart??

uNtuk awak yang saya je tahu siapa, 
sampai bila ye saya nak rahsiakan rasa hati saya ni?
saya rasa awak di tempat teristimewa dalam hati saya.
Ye, saya sayang awak...


~with love to my love~

Thursday, September 20, 2012

Sedetik Ku Disini

Assalamualaikum..

 entry first sejak aku menjejakkan kaki di bumi Indera Kayangan.. Cuaca di sini agak panas jika nak dibandingkan dengan selatan tanah air. Walaupun hujan turun untuk semester ni selang sehari, kehangatan waktu malam dan siangnya tetap buat aku gelisah. Panas dan melekit. Okie, itu sangat tak selesa.. Sebab aku ada kat sini adalah :





Masa menambah Aset..


Ni aset bukan sebarang aset. Ni aset untuk jangka panjang. Atas kasih sayang abah yang tak berbelah bagi kat anak bongsu dia ni, akhirnya, sebuah motor honda "wave 100" menjadi milik aku secara rasminya.. he9.. terima kasih abah. susah-susah je menghabiskan duit untuk belikan benda tu kat kita. cash pulak tu. Kita saaaaaayang abah ketat2.


Berita Penambah Duka..


Dapat berita dari owrg jengka, pelaburan aku sem lepas langsung tak membawa apa2 makna. kosong. neil. zero. lemah terus lutut aku lepas dapat berita tu. macam ni kot rasa orang2 yang terlibat dalam skim cepat kaya. pelaburan yang diharap membawa kesenangan masa hadapan, tapi rupa-rupanya kosong. KOSONG!! tak tahu nak salahkan siapa. Diakah, Merekakah, @ Akukah?? tapi, aku bukan join skim cepat kaya k.. ni cerita lain.. Sedeh sangat-sangat. Walaupun duit tu bukan datang terus dari aku, tapi,, sugar daddy aku yang bagi taw.. diulang, SUGARDADDY.. ingt senang ke dapat tajaan Sugardaddy ni.. Susah taw.. Sedeh sangat ni.. dh menitik pown air mata ni ha.. WARGH... KAYAP LA AKU...
need someone  to share a shouders


okie,,, cukup dah,, Hilang terus nk tulis entry panjang2..
salam...

#hati-keciwa-jiwa-merana

Monday, August 6, 2012

Kenangan Itu Milikku..

Fast Update..

#Selamat Puasa
puasa2
     Alhamdulillah, dah masuk setengah bulan puasa baru cik sopar nak wish selamat berpuasa. Maaf la sesangat.   tersibuk dengan kerja yang membuatkan cik sopar melupakan seketika dunia blogspot.
Tapi, sesibuk mana pun kita, jangan lupa dengan amal ibadah yang dituntut sepanjang bulan puasa ni.
Apa aktiviti kowrang semua sepanjang bulan puasa?
Bagi diri cik sopar dan keluarga, kami akan pastikan setiap hujung minggu kami diisi dengan aktiviti berbuka puasa bersama keluarga besar di rumah salah seorang ahli keluarga kami. Iftar kata orang. Minggu puasa first, rumah nenek jadi pilihan iaitu zon Kluang II, diikuti zon Kluang I, dan minggu ni kat zon Parit Raja. Zon parit raja tu rumah cik sopar la. Minggu depan pulak, zon Yong Peng. Ha.ha. keluarga kami pun ada zon2 taw.
Kebaikan Iftar ni, kami dapat berkumpul semua sekali setiap minggu dan bertukar-tukar juadah berbuka puasa. Tak lupa juga, sebelum tibanya waktu berbuka puasa, kami akan mengadakan tahlil ringkas dan juga tazkirah.. Kebetulan lagi, ahli keluarga kami semua duduk dekat2. Sebab itulah aktiviti Iftar ni diwajibkan.. Wah, saya sayang keluarga besar ni, Keluarga Haji Mian.(ni atuk cik sopar). Memang beginilah tradisi kluarga besar kami setiap tahun.

#Juadah Buka
yummy
ni pun yummy gak..

     Dah namanya kerja kat pasaraya. waktu berbuka pun tak adalah meriah sanggat macam buka kat rumah. ye tak? Time kerja, cik sopar akan pilih menu wajib setiap hari iaitu roti jala @ murtabak. Setiap hari taw. Itu jelah menu yang mampu untuk dimakan time berbuka. Disaat kawan2 lain mewah dengan juadah yang dibawa dari rumah, cik sopar hanya menelan dua jenis roti tu je lah. Cik sopar tak nak la menyusahkan mak dan abah kena masak, hantar kat kedai semata-mata cik sopar tengah kerja. Cukuplah makanan yang dibeli kat bazar.. Still kenyang, okie la kan..
itu Kenangan buka puasa kat SAKAN.. (。◕‿◕。)

#Kuih-muih
Sebut buka, kita pasti tak lepas dari memikirkan nama2 kuih. Tak kisahlah yang latest @pun kuih zaman dolu2.. Apa kuih fevret kowrg??
Masa cik sopar duduk kat jengka, Pahang, kuih fevret, PUDING KARAMEL..
Sekarang balik Johor, susah kot nak jumpa..  Kat Pahang dulu, hampir setiap hari beli kat bazar Uitm Jengka @ bazar jengka.. Wah, rindunyer dengan kuih ni..

rindu nak makan ni



Okie, cukup la tu.. Banyak sanggat nak cerita kenangan sendiri..
jumpa lagi entry akan datang..
holaaa...

semua pic adalah ihsan enchick google..