Saturday, September 22, 2012

Ada Orang Sayang Awak

will u accept my heart??

uNtuk awak yang saya je tahu siapa, 
sampai bila ye saya nak rahsiakan rasa hati saya ni?
saya rasa awak di tempat teristimewa dalam hati saya.
Ye, saya sayang awak...


~with love to my love~

Thursday, September 20, 2012

Sedetik Ku Disini

Assalamualaikum..

 entry first sejak aku menjejakkan kaki di bumi Indera Kayangan.. Cuaca di sini agak panas jika nak dibandingkan dengan selatan tanah air. Walaupun hujan turun untuk semester ni selang sehari, kehangatan waktu malam dan siangnya tetap buat aku gelisah. Panas dan melekit. Okie, itu sangat tak selesa.. Sebab aku ada kat sini adalah :





Masa menambah Aset..


Ni aset bukan sebarang aset. Ni aset untuk jangka panjang. Atas kasih sayang abah yang tak berbelah bagi kat anak bongsu dia ni, akhirnya, sebuah motor honda "wave 100" menjadi milik aku secara rasminya.. he9.. terima kasih abah. susah-susah je menghabiskan duit untuk belikan benda tu kat kita. cash pulak tu. Kita saaaaaayang abah ketat2.


Berita Penambah Duka..


Dapat berita dari owrg jengka, pelaburan aku sem lepas langsung tak membawa apa2 makna. kosong. neil. zero. lemah terus lutut aku lepas dapat berita tu. macam ni kot rasa orang2 yang terlibat dalam skim cepat kaya. pelaburan yang diharap membawa kesenangan masa hadapan, tapi rupa-rupanya kosong. KOSONG!! tak tahu nak salahkan siapa. Diakah, Merekakah, @ Akukah?? tapi, aku bukan join skim cepat kaya k.. ni cerita lain.. Sedeh sangat-sangat. Walaupun duit tu bukan datang terus dari aku, tapi,, sugar daddy aku yang bagi taw.. diulang, SUGARDADDY.. ingt senang ke dapat tajaan Sugardaddy ni.. Susah taw.. Sedeh sangat ni.. dh menitik pown air mata ni ha.. WARGH... KAYAP LA AKU...
need someone  to share a shouders


okie,,, cukup dah,, Hilang terus nk tulis entry panjang2..
salam...

#hati-keciwa-jiwa-merana

Monday, August 6, 2012

Kenangan Itu Milikku..

Fast Update..

#Selamat Puasa
puasa2
     Alhamdulillah, dah masuk setengah bulan puasa baru cik sopar nak wish selamat berpuasa. Maaf la sesangat.   tersibuk dengan kerja yang membuatkan cik sopar melupakan seketika dunia blogspot.
Tapi, sesibuk mana pun kita, jangan lupa dengan amal ibadah yang dituntut sepanjang bulan puasa ni.
Apa aktiviti kowrang semua sepanjang bulan puasa?
Bagi diri cik sopar dan keluarga, kami akan pastikan setiap hujung minggu kami diisi dengan aktiviti berbuka puasa bersama keluarga besar di rumah salah seorang ahli keluarga kami. Iftar kata orang. Minggu puasa first, rumah nenek jadi pilihan iaitu zon Kluang II, diikuti zon Kluang I, dan minggu ni kat zon Parit Raja. Zon parit raja tu rumah cik sopar la. Minggu depan pulak, zon Yong Peng. Ha.ha. keluarga kami pun ada zon2 taw.
Kebaikan Iftar ni, kami dapat berkumpul semua sekali setiap minggu dan bertukar-tukar juadah berbuka puasa. Tak lupa juga, sebelum tibanya waktu berbuka puasa, kami akan mengadakan tahlil ringkas dan juga tazkirah.. Kebetulan lagi, ahli keluarga kami semua duduk dekat2. Sebab itulah aktiviti Iftar ni diwajibkan.. Wah, saya sayang keluarga besar ni, Keluarga Haji Mian.(ni atuk cik sopar). Memang beginilah tradisi kluarga besar kami setiap tahun.

#Juadah Buka
yummy
ni pun yummy gak..

     Dah namanya kerja kat pasaraya. waktu berbuka pun tak adalah meriah sanggat macam buka kat rumah. ye tak? Time kerja, cik sopar akan pilih menu wajib setiap hari iaitu roti jala @ murtabak. Setiap hari taw. Itu jelah menu yang mampu untuk dimakan time berbuka. Disaat kawan2 lain mewah dengan juadah yang dibawa dari rumah, cik sopar hanya menelan dua jenis roti tu je lah. Cik sopar tak nak la menyusahkan mak dan abah kena masak, hantar kat kedai semata-mata cik sopar tengah kerja. Cukuplah makanan yang dibeli kat bazar.. Still kenyang, okie la kan..
itu Kenangan buka puasa kat SAKAN.. (。◕‿◕。)

#Kuih-muih
Sebut buka, kita pasti tak lepas dari memikirkan nama2 kuih. Tak kisahlah yang latest @pun kuih zaman dolu2.. Apa kuih fevret kowrg??
Masa cik sopar duduk kat jengka, Pahang, kuih fevret, PUDING KARAMEL..
Sekarang balik Johor, susah kot nak jumpa..  Kat Pahang dulu, hampir setiap hari beli kat bazar Uitm Jengka @ bazar jengka.. Wah, rindunyer dengan kuih ni..

rindu nak makan ni



Okie, cukup la tu.. Banyak sanggat nak cerita kenangan sendiri..
jumpa lagi entry akan datang..
holaaa...

semua pic adalah ihsan enchick google..


Sunday, July 22, 2012

maafkan saya, pak cik!

satu cerita sebelum hari puasa:

hari ni, aku terpaksa jadi cashier kat kaunter 2 pasaraya sakan cawangan sini. sebab: dua orang lagi member aku tak datang kerja, er, ada yang sikit lambat. okie, tak pelah.. cashier je kot..

masuk time petang, waktu cashier yang lagi seorang rehat, aku yang take over. Ada satu customer ni, pak cik,belikan baju untuk anak dia. aku yang serve carikan track-suit bagai2. time bayar pun, aku jugak yang kirakan. ada la dalam RM 58.. lepas bayar, pak cik tu pun jalan2 pusing2 kedai. datang lagi satu customer, mak cik. dari kluang. tempat sama dengan member aku masa praktikal dulu. sembang punya sembang, sambil kirakan dia punya barang, okie dah siap.. tunggu mak cik tu hulur duit nak bayar. tetiba datang pulak member pak cik yang first tadi mintak nak letak barang yang dia dah beli tadi atas meja cashier. aku pun angguk jer..

lepas mak cik tadi hulur duit, datang pulak anak mak cik tadi nak ambik barang2 yang mak dia dah bayar. ada dua beg plastik. aku ulang, dua beg plastik!..  aku pun ambil duit tu dan masukkan kat kaunter cashier.. okie, settle, bagi mak cik tu resit dan kupon.. sempat lagi bual2 lagi tanya pasal jiran dia yang merangkap member aku tu.. sumpah, time ni aku dah lupa pasal plastik yang kawan pak cik first tadi tumpang letak.

lepas mak cik tu keluar kedai, ada lagi 1 customer.. then, settle dengan customer ni, aku pergi depan kedai. konon2 nak tengok mak cik ni tadi datang naik ape. yelah, dia kan kenal member aku. aku nampak mak cik ni dengan anak dia depan kedai everlasting. tak lama tengok, kak wan tetiba panggil aku..

15 min lepas pak cik first beli barang kan.. tetiba kawan dia tanya aku, mana barang yang dia letak atas kaunter cashier tadi? ah sudah. xda ker? aku dah cuak.. puas aku cari kat kaunter, kat depan..XDA!!

aku panggil yang jaga pintu, ada tak nampak beg plastik pak cik tadi? XDA!! opsss... sapa ambil..??
cerita punya cerita, MAK CIK!!! okie, menurut yang jaga pintu, mak cik tu bawak 3 beg plastik. 2 anak dia pegang dan satu lagi dia pegang. WHAT?? mak cik tu punya beg plastik 2 je taw..
oh, tidak!!

penat bersoal jawab dengan pak cik nie, last2 baru dia okie. tu pun sebab member dia bnyak gelak2 dan cool kan pak cik nie. ada la gak kata2 maki keluar dari pak cik tu.. xsanggup nak tulis. last2, kak wan mintak no pak cik ni. moga nanti kalau mak cik tu pulangkan balik barang yang ye tersilap ambil, kami akn telefon pak cik ni nanti..

apa yang aku rasa?? BERSALAH seh.. aku yang jaga kaunter tu.. aku yang serve pak cik tu... aku...aku...aku..

satu je harapan aku, moga mak cik tadi pulangkan semula barang yang dia tersilap ambil. walaupun rm 58 je, tapi bagi aku, it still besar nilai dia. lagi2 hadiah untuk anak2 pak cik tu kan.. maafkan saya pak cik...
;(

Untuk mak cik, PULANGKAN... !!! ni merayu sangat2 nieh..

muke sedih + suci

news update : mak cik tu dh pulangkan barang yang ye tersilap ambil.. syukran!.. skrang tinggal tunggu pak cik tu datang ambil je.. he.he..
lega seh hati aku.. ;)

Saturday, July 7, 2012

Catatan Seorang Ikwani

rindu kat cerita dulu-dulu

kerja aku cuti semester ni jadi jurujual. Sakan Sendirian Berhad. Mesti kowrg familiar sangat dengan nama ni kan. Sebabnya, Sakan ada dimana-mana. Okie, ni satu pujian. Congraz utk owner Sakan, Tuan Haji Umar. He, harap2 dapat ler bonus untuk bulan depan ye pak cik..

Minggu lepas, time aku jadi cashier, ada la sepasang suami isteri ni nak bayar. sekali pandang, si suami macam member aku yang pernah aku taruhkan hati pada dia. Sekarang member aku tu tak tahu kat mana. maybe dah ada kat tanah melayu ni ataupun still kat negara orang. Waktu tengah kira harga barang pasangan ni, hati aku debar semacam. menggeletar tangan. aku x berani nak pandang muka si suami. Sebabnya, aku pernah membayangkan situasi yang sama yaitu aku terjumpa dia dengan pasangan nya. of course la dengan wife dia kan.. lepas aku dapat control cool aku, aku pandang muka pasangan nie, nasib baik bukan member aku yang dulu. ha.ha.ha. choinyer aku kan..

 Cuti yang lama sangat buat aku bosan tahap tak ingat. nak duk rumah habiskan beras dan harta abah rasa macam tak patut sangat-sangat. Ni ker contoh anak bongsu yang kononyer tersayang tu?? kena maki dengan akak-akak & abang aku jer nanti. nak teruskan kerja, penat sangat-sangat. tak larat rasanya sebab kat Sakan cawangan aku tak cukup kakitangan. so, semua kerja department lain, kami terpaksa cover.. Letih taw. lagi-lagi nak sambut Raya kan. Lagi la stok banyak sampai..

7 hb gaji dah dapat untuk bulan lepas. Alhamdulillah, rezeki aku agak setimpal la untuk bulan lepas. Tak sia-sia kau pergi muar buat opening. Outstation ler kononnyer.. berbaloi la cket dengan gaji aku yang tak seberapa. at least boleh cover gaji aku secara total..  Campur duit gaji dengan elaun yang abah bagi, bolehla nak jadi kaya sekejap.. ngeh3..

Kadang-kadang, bila time free, rajin jugak contact-contact dengan member-member aku kat jengka. Rindu seh dengan diowrg. Lagi-lagi dengan budak sekelas. jejalan sama-sama. Makan-makan kat pronas. Buat asgment, meeting part, dengan dak-dak pg's. buat opkim. serius rindu sangat-sangat kenangan tu. rasa macam nak balik jengka jer sekarang. Tapi, boleh la kan.... huk.huk.huk

semoga semua member-member aku kat jengka baik-baik jer.. jumpa kowrang lagi nanti.. buat member aku yang bakal kita jumpa lagi di arau, good luck untuk kita kan.. Dunia baru is waiting.. Cuak + takut + excited..

moga jumpa lagi..

Saturday, April 7, 2012

Daun Clover, Cdaun 4

Accessories clover leaf. Boleh glow in the dark lagi taw..
 Sahabat2 : eja, zul, fahmi & din,  ingat lagi benda nih?? Ingat peristiwa "aku diculik ke Selangor"?? ha9..
Apa daun Clover melambangkan?
 Satu daun untuk IMAN … 
Yang kedua untuk HOPE …
 Yang ketiga untuk CINTA… 
Dan keempat LUCK!


Daun clover biasanya ditemui dengan 3 daun dalam 1 tangkai.. Dan, jikalau kowrang menemukan 4 daun clover dalam 1 tangkai adalah:
  • sebuah keajaiban alam
  • genetic yang langka
  • kemungkinan untuk kita menemuinya adalah 1 daripada 100,000...


wah, hebat kan...

Serata dunia juga mengenali 4 daun calover  ini sebagai   “The luck of irish”. Iaitu ;
 One Leaf is for LOVE ~ Be Mine…
The second for HEALTH…
The third for HONOR, GLORY…
And the fourth for RICHES!!

Persoalannya, macamana nak cari daun clover 4 daun nie?? Ingat senang ker?? Orang Barat punya otak, sampaikan mereka ada keluarkan Ebok tips2 nak cari daun clover 4 daun nieh.. Ebook ni ditulis oleh Roberta MacDonald, naib presiden syarikat Cabot, ringkas dan padat isi buku ni...Tipsnya : 
Jangan tengok satu per satu daun clover tu,  sebab ianya akan membuatkan kita hilang sabar. Jangan terlalu fokuskan mata semasa mencari, sebaliknya lihat daun-daun clover tersebut dalam lingkungan satu kaki segiempat sama. Lihat sekilas pandang, penglihatan kita akan menjadi 2 dimensi dan daun-daun clover tadi seperti berada di atas suatu permukaan rata. Inilah rahsia mengenalpasti Clover Berdaun Empat, 
 Dan lagi, time nak cari tu, gunakanlah peluang tu untuk mengenalpasti apakah yang paling berharga untuk kita dalam hidup kita ni, tak kiralah tentang kerjaya, percintan ataupun perancangan masa depan. Apapun yang fikirkan, di manapun minda kita membawa kita melayang, buatlah satu tanggapan positif untuk menemui sesuatu yang berharga yang dapat menjadi refleksi diri kita.
Macam tersangat best je aktiviti mencari daun Clover ni kan.. Bolehlah kita pergi cari lepas nieh.
Tapi aku sendiri pun tak sure kat malaysia ni ada ke  tidak daun Clover.  Adakah yang ini daun clover??
Tak ada pun yang 4 daun 1 tangkai kan.. 
Kalau ye, boleh sangat la kita mencari daun Clover ber 4 daun ni.. Kat padang2 banyak kan..
Selamat menemui daun Clover anda.. =)

p/s :Sebagai orang Islam, Kita  tak seharusnya percaya dengan benda2 begini bukan, (daun clover  membawa tuah?? hu9). Kerana sesungguhnya semua itu datangnya dari Allah jua..

Wednesday, April 4, 2012

Wahai Enchik Hati

4 my enchick hati..


Wahai enchik hati,
Perlukah berharap pada sesuatu yang tidak pasti??
Usah ditunggu lagi,
Yang berlalu takkan kembali...
Rawatlah hatimu sendiri,
Tasbih & Zikir memuji Ilahi,
Berserah kepada-Nya segala segi,
Hanya Dia yang lebih mengerti.