Wednesday, September 9, 2009

'ibu.. mengapa menangis?'

"IBU, kenapa menangis?" Tanya seorang anak kepada ibunya. Ketika itu si ibu sedang menyuap makanan ke mulut si anak.
"Kerana ibu seorang wanita," jawab si ibu sambil mengest matanya.
"Apa maksud ibu?" si anak bertanya lagi.
Ibunya Cuma tersenyum sedang air mata masih merembes, membasahi pipi. Dipeluk anaknya erat-erat lalu berkata: "Anakku, kau memang tidak akan faham…"
Kemudian anak itu bertanya pula kepada ayahnya:
"Ayah, kenapa ibu mudah menangis?"
"Semua wanita memang mudah menangis," hanya itu jawapan yang mampu diberikan.
Masa berlalu… si anak membesar dan menjadi lelaki dewasa, namun dia masih lagi tertanya-tanya, mengapa wanita mudah menangis?
Sampai waktunya si ibu dipanggil pulang ke rahmatullah. Kerinduan yang amat sangat menyebabkan si anak terbawa-bawa rasa rindunya itu kedalam mimpi.
Di dalam mimpi itu, si ibu memimpin tangan si anak sambil berkata: "anakku… Allah telah menciptakan wanita sangt istimewa. Dijadikan-Nya bahu wanita itu cukup kuat agar mampu menahan seluruh beban dunia & isinya.
Nmnia juga cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang nyenyak.
"Allah bagi wanita kekuatan untuk melahir dan mengeluarkan bayi daripada rahimnya walaupun kerap kali menerima cercaan daripada si anak. Keperkasaan itu juga membuatkan wanita tetap bertahan, pantang menyerah walaupun ketika orang lain sudah berputus asa.
"Kepada wanita juga Allah berikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, sakit & lelah tanpa berkeluh-kesah.
"Ingatlah anakku, dalam hati setiap wanita itu, Allah telah tetapkan perasaan kasih sayang dan peka untuk mencintai semua anaknya tanpa mengira keadaan atau paras rupa. Walaupun acap kali anak-anak melukai perasaan dan hatinya.
"Allah juga memberikan wanita suatu kekuatan luar biasa untuknya membimbing suami melalui saat-saat genting dan sulit serta menjadi pelindung walaupun sepatutnya dialah yang harus dilindungi.
"Kemudian Allah berikan wanita kebijaksanaan, ketabahan serta kelembutan untuk menangkis segala keburukan suami. Walau sering kali ia akan menguji setiap kesetiaan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan menyayangi.
"Dan anakku, air mata adalah permata yang paling berharga yang Allah kurniakan kepada setiap wanita supaya dia boleh mencurahkan perasaan suka dan dukanya.
"Jika kamu fikir air mata adalah kelemahan wanita ternyata kamu silap. Air mata adalah kekuatan wanita, di situlah perasaannya berderai; duka, gembira, bahagia, sengsara malah cintanya turut terungkp melalui air mata.
"Air mata wanita adalah air mata kehidupan," tiba-tiba si anak terjaga. Barulah dia sedar betapa teguh & kuatnya seorang wanita.

Khas wat emak t'syg… [ sahadah hj mian ]
ketahuilah hanya emak ratu di hati ini…
P'gorbanan emak tiada b'tepi…semoga emak sentiasa b'bahagia…


-anakmu-

No comments:

Post a Comment