Wednesday, September 9, 2009

jikA kAmu..

Jika kamu,,,,

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambilterus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit olehkerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderitaselagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapankepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu danmungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi diamengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukankesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepadadirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

siapa pun kamu... sedarlah... kamu pun hanya insan biasa yang serba kekuranagn
layanlah dirimu seperti mana kamu ingin dirimu dilayani...

No comments:

Post a Comment