Wednesday, September 9, 2009

sesuatu yang tersirat di sebalik jari kita....



Pelbagai hikmah dan tafsiran yg boleh diandaikan di sebalik jari anda yg lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat2 dan angkatkan ke atas. Laungkan… "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya.

Itulah rukun islam yg mesti di junjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam2. kewajipan solat lima waktu jgn diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula dari jari kelingking yg kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa saja akan bermula drpd kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa2 saja yg dilakukan mesti bermula drpd kecil. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah drpd rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yg besar pada masa hadapan.

Naikkan kpd jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yg comel mulus ini.apatah lagi sekiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertahtahkan berlian, bangga tak terkira… pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan takwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbuk Jalil. Bersediakah anda?

Nah… naik kpd jari ketiga. Jari paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorg itu sudah mempunyai status dan identity dgn ekonomi yg kukuh serta kerjaya yg teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini byk "hantu2 pengacau" yg datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yg menggungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan teladan. Manusia yg berada pada tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kpd generasi baru dan pembimbing yg kaya dgn idea bernas dan minda yg hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ia besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yg membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata org jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yg berpengalaman. Sekiranya penunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggenggam semua jari dan angkat jari ke atas. Itulah rahsia kejayaan anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yg kelima. Renung dan fakir dalam2. di manakah anda sekarang???

1 comment: