Monday, March 5, 2012
Awak, Boleh Pinjam Bahu Sekejap?
BILA HATI BERBICARA
Sunday, June 26, 2011
hati pown bercerita
| heart is red |
semua orang ada hati. waima binatang pun da hati sendiri. ala, yang jadi favorite kiter tu. hati ayam, hati lembu, hati kambing pun da jugak kan. tapi, entry aku kali ni bukan nak cerita pasal hati2 tu semua. tapi kali nie aku nak selami hati seorang yang bergelar "cik sopar".
dalam hati cik sopar, ye skrang dah jumpa lingkungan kawan2 baru dia. cukup dikatakan ye skrang tengah meyesuaikan diri dengan teman2 baru. xramai, xsampai 5 orang pown. dengarnya macam senang nak handle benda nie, tapi... cik sopar kena hadapi pelbagai kerenah. yang sorang ni suka merungut, yang sorang nie suka berkira, yang lagi sorang nie suka membangga diri, yang itu pulak semangat kenegerian, yang lain pulak dengan personal lifenya. memang kalau nak dicari sudut negatif tu banyak sangat kan. tapi, hati cik sopar kata, xperlah, mereka sema belum matang lagi. umur pun muda lagi. tapi kan en hati, kenapa awak x puas hati ea?? first : cik sopar sowrang yang suka fikir positif. bila jumpa orang yang selalu merungut n fikir negatif tiap masa, cik sopar jadik bosan. kesian kat diri teman cik sopar tu sebab ye xdapat tengok sudut positif dunia nie. dah cik sopar terkilan, cik sopar pown mals layan ye. ye cakap sorang2 je.. sapa yang kesian? cik sopar @ teman cik sopar itu?
walaumacammanapun, cik sopar still syg kat diowrg semua. cuma 1 jer nsiht nk bg kat cik sopar, cer set balik otak kamu tu tntng nilai dalam bersahabt. adat la dalam bersahabat, setiap orang ada kelebihan dan kelemahan memasing. dia terima kelemahan dan kelebihan diri kamu, kamu pun begitu jugklah..
impian hati
hati cik sopar nk beli gadjet. iphone, ipad, hard disk, notebook, mp4...
tapikan, en hati nie cam xpaham2 pulak. cik sopar mane ada cash money bnyak2 nak beli tu semua. kena lah kija dulu. en babah n en mama pun lom tentu approve kan proposal yang cik sopar buat. wahai en hati.. bersabar la ye. xmati pun kalau cik sopar xder benda2 nie...
xlah.. yang brand cik sopar terfikir maybe "kepek MAK KAMPUNG" @ "kepek GERENTI SEDAP". hak3.. cute kan name tu..
impian ada dah, tp semangat ciput jer nie.. cmner ea.. lagi pun, bajrt memng xda sangat nie.. en abah, sila tolong!!!!
renung2kan.. fikir2 kan...
salam...
Saturday, November 14, 2009
jatuh cinta satu kesilapan??

jatuh cinta satu kesilapan?
limaza... bukankah ia hadir dari rahmat yang Esa?
Bukankah ia datang tanpa dipinta
hadir tanpa diduga
Cinta bukan satu kesilapan...
tapi tempat menguji ketakwaan
cintakah kita pada yang Esa atau
melangit pada yang tidak kekal
sama ada kita hamba pada cinta atau PENCIPTA
Cinta bukan satu kesilapan...
ia perasaan yang suci
kita yang menzahirkan
kenapa cinta yang dipersalahkan
tatkala ia dinodai
bukan salah cinta itu... tapi diri
sebab tak dibina dengan islam
tak dihalusi dengan keimanan
tidak dibajai dengan ketakwaan
Cinta bukan satu kesalahan...
tapi tapak penyubur iman
kerana...
'tak sempurna iman seseorang jika ia tidak mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya'
Cinta bukan satu kesilapan...
bukankah Allah Maha Pengasih dan Penyayang
Cinta itu luas maknanya
cinta ibu membawa ke syurga
cinta keluarga memberi bahagia
cinta pada kerajinan beroleh kejayaan
cinta pada buku dicurahkan ilmu
cinta pada sahabat mendapat berkat
cinta pada ibadah mendatangkan rahmat Tuhan
cinta pada Allah kebahagiaan yang hakiki
Tapi... memang cinta satu kesilapan...
jika ia menjauhkan diri dari PENCIPTA
jika ia membina jurang dari yang Esa
jika ia mengalpkan diri
lantas mengangkat darjat kemaksiatan
jika ia memadam cahaya Ilahi
jika ia mengundang kemungkaran khalid-Nya
jika ia menjadikan kita hamba-Nya
maka seharusnya cinta itu kau jauhi
dan memang ia merupakan satu KESILAPAN!
sejarah kek hari jadi
Bila harijadi anda? Jikalau hari bertuah itu jatuh pada hari ini, maka anda wajib tahu fakta ini. pada zaman purba, hari jadi dianggap penting kerana ia menentukan samada seseorang itu akan dibantu oleh roh baik atau diganggu syaitan. untuk itu, saudara-mara dan rakan2 akan menghadiahkan kanak-kanak yang menyambut hari jadi tersebut dengan ucapan, ingatan yang baik serta hadiah, dengan harapan ia dapat mencegah gangguan syaitan, puaka serta jembalang. masyarakat yunani purba menyambut harijadi artemis ( dewi bulan dalam mateologi mereka ) dan menbuat kek khas untuk dewi tersebut. kek itu berbentuk bulat dan dihiasi dengan lilin sebagai melambangkan bulan yang sedang mengambang dan menebarkan cahaya indahnya keseluruh penjuru alam. kemudian, kek itu akan diarak ke kuilnya..
dari situlah dipercayai mulanya idea membuat kek harijadi berbentuk bulat dan dinyalakan lilin diatasnya. seterusnya ia berkembang pula dengan amalan memasang hajat dan menghembus api lilin tersebut dengan anggapan asapnya boleh membawa hajat mereka tadi naik ke syurga.
di belgium, sesetengah masyarakat di sana percaya wujudnya gangguan syaitan pada harijadi seseorang kanak2. utk menghalangnya, mereka akan mencubit, mengetuk kepala dan emnampar kanak2 berkenaan. malah, yang lebih teruk, ada keluarga kanak2 yang menyambut harijadinya dengan menyelinap masuk ke dalam bilik tidur kanak2 tersebut pada waktu pagi dan mencucuk mereka dengan jarum.

maka, kanak2 mesti berani dan kuat kerana percaya, jika mereka menangis pada hari jadi, mereka akan menangis sepanjang tahun..
dan kita sebagai umat islam, bila tibanya hari jadi... sambutlah dengan bacaan yassin dan doa kesyukuran. disamping itu, insaflah dan tenunglah ke dalam diri bahawa, semakin kita menyambut hari jadi, sebenarnya kita semakin melangkah ke alam kematian...
dah tua dah cik non oit..
Thursday, October 29, 2009
Dariku hawa buatmu Adam..

Pertama sekali, terima kasih kerana memberikan kesempatan kepada aku, insan awekz-awekz untuk bersuara. Maafkan aku jika kehadiranku tidak kau, si gagah perkasa undang. Aku insan yang tidak pandai berkata-kata, ingin menyampaikan sesuatu buat tatapan si gagah perkasa yang 'sempurna'… ingin sekali aku berkongsi dengan para pembaca sekalian tentang sekeping warkah dari seorang Hawa kepada insan yang bernama Adam…
DARIKU HAWA, BUATMU ADAM…
Bismillahirrahmnnirrahim…
Didoakan semoga anda beroleh selamat di bawah lindungan payung rahmat Allah S.W.T… Amin…
ADAM,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah HAWA, temanmu yang kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusuk yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa mahukan bimbingan darimu. Sentiasa aku mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.
ADAM,
Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai daripada bilangan kaummu di akhir zaman, inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya. Jika bilangan kaumku mengatasi bilangan kaummu, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, sesame ADAM bermusuhan kerana HAWA. Buktinya sudah cukup nyata dari peristiwa habil dan qabil sehinggalah pada zaman cucu-cictnya. Pun begitu, maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari satu waktu.
ADAM,
Bukan kerana ramai isterimu yang membimbangkan aku. Tidak kerana sedikitnya yang merunsingkan aku. Tapi, aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkah lakumu. Kau sejak dulu lagi tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun terasa berat pula untuk menyatakan isi perkara sebenarnya.
ADAM,
Aku tahu bahawa kau tahu dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan "kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita…" Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, mengawasi dan menjaga aku agar aku sentiasa berada dalam redha Tuhanmu dan Tuhanku. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah jadi kepada kaumku ini? Aku dan kaumku telah menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah hanya mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah. Jalan-jalan, pasar-pasar dan Bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar rumah, maka seluruh tubuhku mesti di balut dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Tapi, reality dan hakikatnya kini, HAWA telah berbuat lebih dari apa yang patut.
ADAM,
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, "itu sudah tentu", katamu. Aku ibu dan aku guru pada anak-anakmu. Tapi sekarang, pada waktu yang sama, aku ke
ADAM,
Marahkah kau jika ku katakana "andainya HAWA yng terpesong maka ADAM yang patut tanggung". Sebab apa ADAM? Ramai yang berkata, jika anak jahat, mak bapak yang tak pandai mendidik, jika murid bodoh, guru yang tak pandai mengajar. ADAM, kau selalu berkata, "HAWA memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah dengar nasihat, kepala batu…" pada hematku yang dahif ini ADAM, seharusnya kau tanya dirimu. Apakh didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi S.A.W. terhadap isteri-isterinya? Adakah ADAM melayani HAWA seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Apakah akhlak ADAM boleh dijadikan contoh buat kaum HAWA?
ADAM,
Kau sebenarnya adalah imam dn aku adalah makmum. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai ADAM, kau punya kelebihan akal manakla aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Akalku satu, nafsuku beribu! Oleh itu ADAM, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.
ADAM,
Aku suka kalau kau mengimami soaltku pada setiap waktu. Akan kuaminkan bacaan doamu. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku untuk bertahajut bersamamu. Kau kenalkan aku pada majlis-majlis agama. Kau ajari aku untuk pandai membaca dan memahami Al-Quran. Kau ajaklah aku untuk membaca Yasin bersamamu pada malam Jumaat yang penuh berkat. Kau khabarkan aku tentang fardu-fardu yang patut aku tahu. Tunjukkan aku perkara sebenar yang oatut aku buat.
ADAM,
Akhirnya, ajarilah aku agar menjadi isterimu yang solehah. Didiklah aku supaya aku tunduk, patuh dan menghormatimu setiap waktu. Tolonglah aku ADAM agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu.selamatkanlah kau dari seksa neraka yang sudah tentu tiada siapa yang akan tegar menanggungnya. nauzubillahhiMinzalik…"
Demikianlah antara luahan hati seorang insan bernama HAWA…
wahai insan yang bernama si gagah perkasa, pernahkah kau terfikir mengapa aku, insan awekz-awekz jadi begini? Kenapa kau biarkan aku, insan awekz-awekz yang sememangnya lemah dengan godaan syaitan, memikul tanggungjawab yang terlalu besar? Kenapa kau biarkan sahja sedangkan kau tahu aku terlalu banyak nafsu! Kenapa kau tak pimpin aku sejak dari dulu? Kenapa kau, si gagah perkasa hanya menyalahkan aku, insan awekz-awekz setelah sejak dari dulu lagi kau biarkan aku hanyut dan semakin hanyut? Kemana hilangnya peranan sebagai pembimbing kepada kaumku yang lemah ini? Kenapa kau pula yang mengambil kesempatan ke atas kelalaian ku ini?
-selip0rjep0n-
Wednesday, September 9, 2009
jikA kAmu..
Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambilterus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit olehkerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderitaselagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapankepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu danmungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi diamengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukankesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepadadirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.
siapa pun kamu... sedarlah... kamu pun hanya insan biasa yang serba kekuranagn
layanlah dirimu seperti mana kamu ingin dirimu dilayani...
ibu Vs kekasih... yg mana 1 kamu??
Org kata aku lahir dari perut ibu…
Bila dahaga, yg susukan aku… ibu
Bila lapar, yg suapkan aku… ibu
Bila keseorangan, yg sentiasa di sampingku… ibu
Kata ibu, perkataan pertama yg aku sebut… Bu!
Bila bangun tidur, aku cari… ibu
Bila nangis, orang pertama yg datang… ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yg boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yg memarahi aku… ibu
Bila merajuk, yg memujukku cuma… ibu
Bila melakukan kesalahan… yg paling cepat marah… ibu
Bila takut… yg tenangkan aku… ibu
Bila nak peluk… yg aku suka peluk… ibu
Aku selalu teringatkan… ibu
Bila sedih, aku mesti telifon… ibu
Bila seronok… org pertama yg aku nak beritahu… ibu
Bila bengang… aku selalu luah pada… ibu
Bila takut, aku selalu panggil, "ibuuuuuuuuuuu!"
Bila sakit, orang yg paling risau adalah… ibu
Bila nak exam, orang yg paling sibuk juga ibu
Bila buat hal, yg marah aku dulu… ibu
Bila ada masalah, yg paling risau… ibu
Yg masih peluk & cium aku sampai hari ini… ibu
Yg selalu masak mknan kegemaranku… ibu
Yg selalu simpan & kemaskan barang2 aku… ibu
Yg selalu berleter & kat aku… ibu
Yg selalu puji aku… ibu
Yg selalu nasihat aku… ibu
Bila nak kahwin…
Orang pertama aku tunjuk & rujuk… ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada ibu
Bila bahagia… aku peluk erat pasanganku
Bila berduka… aku peluk erat ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine… aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dpt ucapkan Slamat Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… ibu ingat kat aku
Bila…bila… aku akan telifon pasanganku
Entah bila aku nak telifon ibu
Selalu… aku belikan hadiah utk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah utk ibuku
RENUNGKAN:
DULU IBU KATA: "KALAU KAMU SUDAH HABIS BELAJAR & BEKERJA… BOLEHKAH KAMU KIRIM WANG UTK IBU? IBU BUKAN NAK BANYAK… LIMA PULUH RINGGIT SEBULAN PUN CUKUPLAH".
Berderai air mata. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi… ibu sudah tiada…
INGATLAH PENGORBANAN seorang IBUUUUUU…
eRti seNyuMan..
menguntum mekar indah
hati berbunga melihat
lantas terbalas respon
tersenyum jua aku..
walaupun aku tidak begitu pasti, mengapa..
mungkin..
menjaga hatinya…
bila rakanku tersenyum padaku
manis.. keindahan wajah terserlah
bagai ada daya penarik
hati bergetar utk tertaut..
cumanya siapa dia itu.. dan
siapa aku ini.. bolehkah itu..
atau.. bagaimana nanti..
letaklah akal.. buatlah keputusan..
fakir panjang-panjang…
bila rakanku tersenyum padaku
tidak seperti selalu
bagai di buat-buat
tawar.. manisnya kurang
tapi masih ada rupa..
mencari cermin.. mencari rencah
menilik diri , mencari kurang
entah di mana-mana…
bila rakanku tersenyum padaku
terus tertawa…
mesti ada yang tercuit
dari kenangan atau tingkah spontan
bila rakanku tersenyum padaku
sedang matanya melirik
kekiri atau kekanan
bagaimana mahu mentafsir
hanya dia yang tahu apa ertinya
apa bersarang di benak
adakah yang tidak enak
pastinya mengundang suspend
bagaimanapun
sebagai rakan
aku tetap prihatin dengan ribuan jenis
senyumanmu…
kerana
semuanya ada rasa
semuanya ada perasa
semuanya ada perasaan
yang begitu subjektif utk ditafsirkan
engkau… tetap rakanku
walaupun senyumanmu hilang terus nanti
mungkin aku tidak terus memahami
situasimu
maafkan aku…☺
-joko@dakmereng_90-
'ibu.. mengapa menangis?'
"Kerana ibu seorang wanita," jawab si ibu sambil mengest matanya.
"Apa maksud ibu?" si anak bertanya lagi.
Ibunya Cuma tersenyum sedang air mata masih merembes, membasahi pipi. Dipeluk anaknya erat-erat lalu berkata: "Anakku, kau memang tidak akan faham…"
Kemudian anak itu bertanya pula kepada ayahnya:
"Ayah, kenapa ibu mudah menangis?"
"Semua wanita memang mudah menangis," hanya itu jawapan yang mampu diberikan.
Masa berlalu… si anak membesar dan menjadi lelaki dewasa, namun dia masih lagi tertanya-tanya, mengapa wanita mudah menangis?
Sampai waktunya si ibu dipanggil pulang ke rahmatullah. Kerinduan yang amat sangat menyebabkan si anak terbawa-bawa rasa rindunya itu kedalam mimpi.
Di dalam mimpi itu, si ibu memimpin tangan si anak sambil berkata: "anakku… Allah telah menciptakan wanita sangt istimewa. Dijadikan-Nya bahu wanita itu cukup kuat agar mampu menahan seluruh beban dunia & isinya.
Nmnia juga cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang nyenyak.
"Allah bagi wanita kekuatan untuk melahir dan mengeluarkan bayi daripada rahimnya walaupun kerap kali menerima cercaan daripada si anak. Keperkasaan itu juga membuatkan wanita tetap bertahan, pantang menyerah walaupun ketika orang lain sudah berputus asa.
"Kepada wanita juga Allah berikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, sakit & lelah tanpa berkeluh-kesah.
"Ingatlah anakku, dalam hati setiap wanita itu, Allah telah tetapkan perasaan kasih sayang dan peka untuk mencintai semua anaknya tanpa mengira keadaan atau paras rupa. Walaupun acap kali anak-anak melukai perasaan dan hatinya.
"Allah juga memberikan wanita suatu kekuatan luar biasa untuknya membimbing suami melalui saat-saat genting dan sulit serta menjadi pelindung walaupun sepatutnya dialah yang harus dilindungi.
"Kemudian Allah berikan wanita kebijaksanaan, ketabahan serta kelembutan untuk menangkis segala keburukan suami. Walau sering kali ia akan menguji setiap kesetiaan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan menyayangi.
"Dan anakku, air mata adalah permata yang paling berharga yang Allah kurniakan kepada setiap wanita supaya dia boleh mencurahkan perasaan suka dan dukanya.
"Jika kamu fikir air mata adalah kelemahan wanita ternyata kamu silap. Air mata adalah kekuatan wanita, di situlah perasaannya berderai; duka, gembira, bahagia, sengsara malah cintanya turut terungkp melalui air mata.
"Air mata wanita adalah air mata kehidupan," tiba-tiba si anak terjaga. Barulah dia sedar betapa teguh & kuatnya seorang wanita.
Khas wat emak t'syg… [ sahadah hj mian ]
ketahuilah hanya emak ratu di hati ini…
P'gorbanan emak tiada b'tepi…semoga emak sentiasa b'bahagia…
-anakmu-
Warkah ayah
Semoga sentiasa berada di dalam rahmat ALLAH
Assalamualaikum wr.wb,
Salam dan berjuta cinta bertaburan senyum dan doa yang selalu berkembang dan tersandung dari bibir dan hati ini setiap saat tanpa henti apabila ayah terkenang dan tersebut namamu. Dalam doa ayah setiap waktu, ayah tidak pernah terlupa mendoakan kejayaanmu. Semoga apa yang Anakku kejar dan cita-citakan akan beroleh kejayan. Amin…
Anakku,
Ayah masih teringat ketika ibumu mengandungkanmu. besar perut ibumu ayah lihat dan ayah berasa bangga. Kerana didalamnya ada pewaris ayahnda yang akan berusaha membanggakan keluarga kita. Ketika ibu merasa kesakitan ketika tendang dan terajangmu ayah dapat merasakan betapa aktifnya Anakku hingga tidak sabar2 untuk menjenguk dunia fana ini.
Anakku,
Ayahnda msh terdengar jeritan ibumu menahan kesakitan ketika berusaha untuk melahirkanmu ke dunia ini. Ibumu mengalirkan air mata kesakitan dan kegembiraan kerana berjaya melahirkanmu. Tak dapat ayahnda nak susunkan kata2 melihat tubuh montokmu dipeluk oleh ibumu. Ayahnda gembira Anakku. Lalu ayah azan dan kamatkan dikiri dan kanan telingamu supaya anasir2 lain tidak akan menembusi hati dan sanubarimu. Pada ketika itu kami berdua mula merancangkan nama2 yang baik untukmu anakku.
Anakku,
Dari hari itu ayahnda telah berazam untuk menjaga dan mengasuhmu. Pantang sekali telinga ini mendengar orang pandai di kampung, akan ayahnda dekatnya dan meminta bantuan bagaimana cara terbaik untuk mendidikmu. Ayahnda sedar betapa kekurangannya diri ini. Dulu waktu ayahnda kecil, ayahnda tidak berpeluang untuk meneruskan pelajaran ayahnda. Ayahnda hanya sempat untuk belajar hingga ke darjah enam.
Ini kerana keluarga kami waktu itu amat daif. Ayah terpaksa bekerja mengambil upah menorah pokok getah untuk membantu keluarga.
Anakku,
Pada ketika ini ayahnda amat berbangga dengan pencapaian Anakku. Seringkali ayahnda terdengar orang kampung kita memuji-muji kejayaanmu nak. Mereka memuji kesopanan dan tatatertibmu ketika berada di kampung. Laungan azanmu amat merdu dan menyentakkan mereka dari tidur untuk segera solat subuh. Kata bicaramu amat menyenangkan mereka yang mendengarnya. Langkah gerakmu sejuk mata memandang. Begitulah pujian mereka kepada keluarga kita. Pada ketika itu anakku ayahnda rasakan serba tidak kena. Nak ketawa, dikhuatiri bongkak, nak senyum bimbang mengejek orang lain. Namun didalam hati kecil ini ALLAH saja yang tahu.
Anakku,
Umur ayahnda semakin lanjut. Kudrat ini semakin lemah dan lesu. Namun begitu janji dan tekad untuk melihat kejayaan anakku berjaya terus tidak pernah berganjak. Biar kering dipancar matahari, biar kecut di selubungi bayu, biar tersungkur tersembam di bumi, harapan untuk melihat kajayaanmu tetep akan terus ayahnda juangkan.
Anakku,
Teruskan usaha sucimu. Doa kejayaanmu tidak pernah ayahnda lupakan setiap kali ayahnda solat. Kita tidak milik Yang Berhormat, Dato', Menteri untuk membantu kita mendapatkan tempat di pusat pengajian tinggi. Harta ayah hanyalah sebesar hujung mata penamu. Tajam dan lincah hujung mata pena itu yang Anakku tarikkan, adalah Anakku yang menentukannya. Jika elok anakku gayakan, maka cantik dan harumlah hasil yang akan kamu perolehi.
Anakku,
Teruskanlah usahamu….
-Ayahmu-
Ahmad bin salim..
...abah...adik sayang sangat kat abah....
sesuatu yang tersirat di sebalik jari kita....


Itulah rukun islam yg mesti di junjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam2. kewajipan solat lima waktu jgn diabaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula dari jari kelingking yg kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa saja akan bermula drpd kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa2 saja yg dilakukan mesti bermula drpd kecil. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah drpd rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yg besar pada masa hadapan.
Naikkan kpd jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yg comel mulus ini.apatah lagi sekiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertahtahkan berlian, bangga tak terkira… pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan takwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbuk Jalil. Bersediakah anda?
Nah… naik kpd jari ketiga. Jari paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorg itu sudah mempunyai status dan identity dgn ekonomi yg kukuh serta kerjaya yg teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini byk "hantu2 pengacau" yg datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yg menggungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan teladan. Manusia yg berada pada tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kpd generasi baru dan pembimbing yg kaya dgn idea bernas dan minda yg hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ia besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yg membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata org jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yg berpengalaman. Sekiranya penunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggenggam semua jari dan angkat jari ke atas. Itulah rahsia kejayaan anda.
alaNgKah ManisNya..
Ibu dan abah tak sabar menanti
Kandungan yang sarat dijaga rapi
Makan dan minum dicari resepi
Supaya lahirku cantik berseri
Ibu biasanya cuma goyang kaki
Semua yang diminta abah bagi
Nenek pula tak henti2
Beri petua itu dan ini.
ALANGKAH MANISNYA…
Di hospital mewah b'tingkat2
Turut terkumpul kaum kerabat
Beri tunjuk ajar dan kata nasihat
Pada abah yang x henti berkawat
Akhirnya satu doctor tiga jururawat
Menyanbut aku x cepat x lambat
Aku menjerit abah lompat
Seronoknya anaknya serba cukup sifat.
ALANGKAH MANISNYA…
Aku dibelai bagai permata
Emak dan abah bercekang mata
Membuat susu malam2 buta
Buaian dihenjut sepanjang masa
Apatah lagi time aku mengada
Emak pula semuanya main order
ALANGKAH MANISNYA…
Bila di bangku sekolah rendah
Pergi balik dgn kereta mewah
Bekalan ku bawa dari rumah
Duit saku pula memang x kalah
Di kantin makanan melimpah ruah
Dari yg kering sampai yg basah
Bersih x bersih x jadi masalah
ALANGKAH MANISNYA…
Setelah masuk alam remaja
Pergi sekaolah tapi tuisyen tetaplah ada
Begitu juga peluang utk berjiwa-jiwa
Eleh… bukan susah nak m'gorat anak dara
Asalkan kita pandai buat cerita
ALANGKAH MANISNYA…
Kerja menunggu merata-rata
Belum habis study dah dapat offer
Gaji semuanya main lima angka
Elaun dan bonus belum dikira
Diberi pula secretary Jelita
Pendeknya lebih tgk dia…
Dr tengok kerja
ALANGKAH MANISNYA…
Bila tiba saat b'isteri
Kursus nikah pun x sempat nak pergi
Si isteri bknlah khendak hati
Tp aku dah x boleh nak lari
Namun begitu aku puas hati
ALANGKAH MANISNYA…
Bila dah dpt cahaya mata
Punyalah nakal x terhingga
Aku jaga dgn sebaik-baiknya
Itulah intan itulah kaca
Batuk sedikit ke hospital sahaja
Aku x hairan dgn belanja
ALANGKAH MANISNYA…
Makanan segera mcm2 jenama
Jenis biasa sampai mknn istimewa
Iklan tv dr pagi smpai mlm2 buta
X henti2 ajak kita merasa
Tepuk dada tanyalah selera
X mkn d rumah d luar semata
X ada tunai… kad ada!
ALANGKAH MANISNYA…
Sesekali pergi berjumpa pakar
Lulusan tempatan bukannya luar
Layanan d terima x pernah hambar
Jururawat sentiasa tersenyum lebar
Doctor memeriksa cermat & sabar
Mencari sendi2 yg longgar
Selalunya masa itu hatiku berdebar
Nafasku pula selalunya kasar
ALANGKAH TAK MANISNYA…
Umur tiga puluhan belum pun habis
Dah di bagi ubat berjenis-jenis
Doctor berkata dgn senyum manis
Semua ubat tu aku x boleh miss…
Kena pantang benda bertumis
Dari kentang hingga ke ikan bilis
Last sekali dia bagi list:
-glocose…29.7
-carbohydrate…4,200
-cholesterol…35 milimole/liter
-sodium salt…504/liter
-heart beat…8/minute
-blood pressure…450-580!
Sahlah aku dah kena kencing manis!!!
-copy by..dak mereng_90-
Sunday, September 6, 2009
kAtA emAk..
Kawan tu ibarat lebah,
Abis madu sepah dibuang...
Kata Ayah,
Kawan tu umpama bunga ros,
Dipandang cantik,
Dipegang sakit...
Kata Atuk,
Kawan tu seperti air,
Terus mengalir...
Kata Nenek,
Kawan tu bak bulan,
Dipuja dan disanjung,
Tapi nun jauh di sana...
Kate Sedare,
Kawan tu macam makanan,
Kawan makan kawan...
Kata Abang,
Kawan tu seperti lembu,
Mengikut saje ape dikata...
Kata Kakak,
Kawan tu tak ubah macam durian,
Bau je busuk,
Tapi sedap dimakan...
Kata Adik,
Kawan tu macam biskut,
Kejap ade kejap takde...
Kata Aku,
Kawan tu tak kisahlah camner,
Walaupun dier...
IBARAT LEBAH,
UMPAMA BUNGA ROS,
SEPERTI AIR,
BAK BULAN,
MACAM MAKANAN,
SEPERTI LEMBU,
TAK UBAH MACAM DURIAN,
MACAM BISKUT,
Dier tetap kawan...
Tw x sebab ape?
Skali aku dah kawan ngan dier,
Selamenyer dier tetap kawan aku,
Itu cara aku berkawan...
Walaupun kita ader kekasih,
Tapi,Teman tetap paling setia...
Walaupun kita punyai harta yang banyak,
Teman tetap paling berharga
- Kwan banyk mkne.. kwn... aku nk kwn ngn kamOoo ler..


