Wednesday, May 4, 2016

BELAJAR MENJAHIT PART 1

Assalamualaikum encik blog.
Jumaat kita cuti. Disebabkan hari cuti, dan rasa malas sangat nak keluar, aku acah2 rajin nak buat benda2 baru hari ni. Chop, chop.. Aku malas nak keluar time cuti? unbelievable..
Biasalah kan, kalau nak tahu, aku ni dulu pntang time cuti, sama ada cuti sekolah, cuti sem, cuti hari kerja. Pantang cuti je sibuk aku berfoya-foya jelajah mall2 yang ada kat rumah kau ni. Jangan kata Batu Pahat, Kluang, sampai ke Kota Tinggi pun sanggup walaupun cuti hanya sehari.
Tapi yelahkan, itu cerita zaman dulu2. yang kerjanya hanya nak habiskan harta mak abah je. Tapi, aku kan dah insaf. Sejak menuntut ilmu kewangan ni, baru ada kesedaran sivic sikit. kekkeke
FORCE SAVING & HARD SAVING!

Alhamdulillah aku cepat tersedar walaupun rasa dah amat lambat. Tapi bagus jugak kan, dari tak sedar langsung. Dan dari kesedaran yang baru nak sedar tu, aku pilih lepak2 di rumah sambil buat part time dengan mak aku. Part time apa? Aku ni multitask taw. Aku boleh jadi pambantu kedai, runner utk family aku dan tak lupa jugak, seorang PA untuk puan emak. kekekekek...
Tambah2 aku fikir aku kena do something ilmu2 asas rumahtangga. Maklumlah, target nak tukar status tahun ni jugak!!! ;) Ilmu yang kena ada, ilmu menjahit, masak, kemas rumah, jaga anak, dan semua ilmu puan2 emak ada lah..

Okie, kita start dengan menjahit..
Sebenarnya, dah lama aku beli kain nak buat langsir ni. Semenjak bilik aku terlalu silau sampai aku tidur pun rasa terganggu. Heheh, sebenarnya silau tu buatkan aku tak dapat tidur lebih lama pepagi. Choi.. Dan hari ni, merajinkan la diri belajar jahit langsir yang sekeping tu. Mak aku ye tak ye je dengan aku ni. Aku ni memula semangat je tinggi, last2 krik krik krik ja tinggal..

Degan lafaz bismillah, aku pun potong la kain 4m yang aku beli kat tempat aku kerja ikut ukuran yang aku dah kira. Ceih, macam expert tu.. Design dari dulu dh fikir nak yang macam mana, so, just potong, tampal2 siap la kan..

Siap google images tang nak carik design kot.. Hahahah. Kalau mak aku tahu, confirm kena gelak.
Memula aku just ambil kain langsir lama2 kat rumah, tekap ja kat kain baru tu. Adjust ikut macam mana design yang aku nak. Dah jahit sempat part yang nak dicantumkan, kita jahit tepi pulak semua bahagian kain yang benanagnya  berpotensi tercarik.

Done jahit tepi, kita kelepit dalam 1 inci bahagian atas sebelum tampal pita langsir untuk masukkan penyangkut besi langsir.


Ni nak jahit part kaki langsir. Tandakan dulu dengan kapur gunakan pembaris.
Tandakan dengan kapur buat line pun bengkang bengkok. Tangan tak bedong ni. Alah,Bolehlah. Budak Baru belajar2


Yang pic atas ni part nak kelepet supaya dia tak labuh sangat. Ops, ni bukan tutorial ye. Sebab tu belanja pic sikit ja. Malu la kita nak tunjukkan step by step. Buat line je dah biku2, lagilah jahit. Nangis tengok ;)

DAn, HAsilnya, TARA>>>>


Dah berjaya sangkut @ gantung dalam bilik aku ni, dah bersyukur sangat dah.. Yehaa.. akhirnya, projek nak buat langsir tercapai. Ni tinggal nak beli tali pengikat dia bagi kemas. BAru la segak tengoknya..

Thankz kat puan emak yang walau membebel-bebel, tetap bagi tunjuk ajar
cik sopar dah pandai jahit. 
yeah
;)

Tuesday, April 26, 2016

KEMPEN BOIKOT MAXIS

assalamualaikum encik blog..
Minggu ni rakyat Malaysia bersatu hati memboikot telco maxis yang katanya mencekik darah pengguna2 mereka. Aik, baru korang perasan ea..



1.juta yang aku baca semalam kat facebook dah pun terminate line dowrang dengan syarikat telco hijau ni. Lagi 400,000 bakal menyusul utk 3 bulan akan datang.. Em.. satu tindakan yang drastik yang aku amat puji tindakan rakyat kali ni. Ingat, kuasa tu ada kat tangan pembeli. Ni semua disebabkan status yang dimuat naik bebrapa pengguna facebook akibat berang dengan tindakan telco hijau ni sesuka hati mengenakan cas yang tinggi bagi penggunaan data internet.



Aku sebagai bekas pengguna maxis 4 tahun lepas, Rasa okie sangat dengan data,line dan package yang ditawarkan pada wktu tu. Sekarang mentang2 dah ramai pengguna dia, boleh pulak sesuka hati dai buat.. Maklumlah, maxis merupakan syarikat peneraju telco kat Malaysia ni.  Bila tengok balik rate yang dikenakan syarikat maxis kpd rata2 pengguna mereka amatlah tak masuk akal. Sanggup kot bayar mahal2 sedangkan packages yang ditawarkan oleh telco lain jauh lebih murah. Sayangla kan syarikat besar macam ni tak pandai ambil hati pengguna.



Dan hari ni, maxis demi mengambil hati pengguna mereka menawarkan data pool packages RM15gb. Iye ke idak? ahh.. mesti ad hidden cost nanti. Tak pun time isu tengah hangat ni je la kan beriya offer pelbagai. kang isu dah reda, syarikat ni makin mencekik pengguna.. Paling tidak pun, 15gb tu termasuk offpeak data, weekly data, fb only, whatapp only, youtube only.. Bukan unlimited pun. Kahkahkah
beware guys. jangan terpedaya.


#BoikotMaxis.
Aduhai rakyat Malaysia...
Bertukarlah. Jadilah pengguna yang bijak. Pilihan di tangan anda.
Maxis sudah, lepas ni turn astro pulak.
Pembeli ada kuasa taw.

xoxo
ikwani.90

KENA GAME DENGAN CUSTOMER

Assalamualaikum encik blog.
Setiap hari kita bedepan dengan pilihan yang pelbagai. Nak pakai baju apa hari ni. Nak pergi kerja ke tidak. Nak makan lauk apa, nak makan dengan siapa.. Banyak sungguh la pilihan yang perlu kita buat dalam hidup. Tapi, tahniah, sebab macammana pun hidup yang kita lalui, akhirnya kita berjaya manjadi seorang hamba Tuhan bila solat 5 waktu tepat pada waktunya..

Pernah dengar :

 Setuju tak dengan kenyataan ni? Selama ni konsep aku macam statement ats tu, hinggalah satu insident ni jadi kat aku:

Semalam, 24/4 adalah hari yang agak malang bagi aku. Sebabnya, aku ada buat kesalahan dengan bos. Aku memandai je bagi no.telefon boss kepada seorang customer yang annoying.

Nak jadikan cerita, ada seorang customer ni si akak beli baju seragam sekolah dekat butik kami. Total harga semua RM10,000.00++. Banyak kan. Si akak ni jadi wakil kpd pihak sekolah dia untuk collect baju yang diorder di branch B.Pahat. Time nak collect baju, hanya ambil separuh dari full order sebab baki bayaran sebanyak RM5,000.00 belum selesai lagi.  Time nak pack baju yg diorder, si akak ni minta la discount. Kata dia : dia kan dah beli banyak, dia beli RM10k kot, dia yang kena ambil kat butik kami, nak buat minum kopi, datang dari jauh..

Erkk.. kami berdua, aku dengan kawan aku dah krik2 dah time ni. Tapi sebab kawan kau yang incharge akk ni, aku diamkan je lagi. Tapi, kami tak boleh la memandai-mandai nak bagi discount. Sebab boss tak cakap apa-apa pun. Pulak tu, si akak ni nak discount dalam RM100++ macamtu. Banyak kan. Bila kawan aku cakap "tak boleh la kak nak bagi discount, sebab boss takda cakap apa2. kalau beli banyak sekalipun, harga kami fix price". Dah pulak si akak ni tak puas hati. Dia mention pulak nak free gift. Bila kawan aku cakap boss xda janji apa2,  dia mintak no.boss. Nak deal sendiri dgn boss katanya.

Time dekat sini, kami dah rasa annoying yang sangat2. Kawan aku dah cakap kot memang xakan dapat discount. Beli banyak pon sama, beli sikit pun sama. "Takboleh la kak. Harga boss pun sama. Akk cakap dengan boss pun sama jugak. Tak akan dapat." Si akak masa nak mintak no.tipon boss siap dah keluarkan hp dia. Bila kami tak bagi, dia kata tak apa, nanti dia akan tanya staff branch Sepang..

aik..dalam hati aku, akak ni dah kenapa? Mak si akak ni dengan suami dia pun sama jugak menyucuk. Nak jugak discount. Maaf ye kak, sebab kami ni pekerja sahaja. Bila kawan aku cakap, jangan la macamni kak, kalau akk direct ke boss, nanti boss cakap kami ni tak boleh handle customer. Memang dah termaktub, harga tempat aku kerja ni fix price. Lagi2 kalau harga seragam. Memang tak akan dapat punya discount. Sedangkan yang nak jual balik, means penjual yang beli dengan kita pun kita bagi harga sama rata sahaja. Boss taknak berlaku persaingan harga kedai kami dengan orang lain. :)

Cerita si akak ni belum habis lagi, bila kami dah tak layan kehendak dia, si suami dia pulak cari bahan nak complain benda lain. Tak puas hati dengan plastik cover kain pasang kami. Okie, bab yang xda plastik cover jernih tu aku setuju. Tapi, kami bagi sebagai ganti gunakan plastik goodies tu taw. At least ada la jugak palstik kan. Sebab ikutkan branch b.pahat x dapat palstik jernih tu. Plastik jernih tu eksklusif branch Sepang punya. Coz hanya branch Sepang yang offer open meter kain pasang. Si suami akk ni boleh pulak bebel-bebel "kedai awak ni taraf butik taw. patutnya kena ada plastik putih tu. Ni bukannya kedai macam kat Kota Tinggi ke apa. Bukan macam kat pasar ja. Pergh, menyirap seh dengar. Yelah, salah kami kan. Nak terangkan satu2 kat customer yang annoying ni rasa buang masa pulak. Kan boss dah mention awal2 open meter hanya ada di Sepang. Plastik tu memang untuk order dr Sepang shja. B.Pahat hanya kain 4m.
Tapi, yelah kan. kalau dah namanya customer, kononya nak bawa quote the customer its always right le tu.. ciss.. Seharian kawan aku bad mood sebab perangai si akak dengan suami dia ni. Siap whatapp staff Sepang ingatkan kalau ada sesiapa tanya no.telefon boss jangan bagitahu!..
Kami ingat kisah si akak ni habis dah untuk minggu ni sebelum next payment dibayar, rupanya kami silap...

25/4/2016
4.30pm
Aku dapat call dr seorang lelaki yang perkenalkan diri dari JABATAN PENDIDIKAN DAERAH B.PAHAT. Nak ambil kain seragam kod Q13. Corak bunga merah hati. Nak ambil untuk 150 pasang katanya. Aku pun boleh percaya. Si pemanggil ni tadi tanya harga sepasang berapa, ada stock tak, nak ambil sendiri  di b.pahat.  Aku pun balas ja la macam biasa. Tiba-tiba dia mention, "kalau saya ambil dari awak ni ada tak discount? Sebab ikut harga yang awak bagi ni dalam RM7k jugak ni. Banyak tu. Free gift ke?" aku jawab, maaf la encik, sebab harga kami memang fix. Lagipun boss xda pulak setakat ni kata nak bagi apa2 free gift untuk pembelian banyak.

Si pemanggil tu kata lagi, "eh, banyak ni saya nak ambil, tak kan tak boleh. Bagi la no.boss awak. Biar sy tanya dia". Aku cakap kat dia, kalau dia tanya boss pon sama jugak. sebab harga kami fix. Memang harga untuk seragam macam tu. Tapi kalau encik nak try, cubalah. "ha, memang pun saya nak try tanya. Sebab beli banyak kan, kena lah cuba nasib mintak discount". Aku pun terus bagi no,boss sebab memula fikir nak bagi no.staff yang handle kain pasang, tapi staff tu tengah bercuti pulak. Bagi je la no.boss sebab boss tahu current stock. Sebelum letak telefon, si pemanggil tanya, sapa ea nama boss awak? dengan  terlebih confident aku ckap la nama boss aku. dalam otak time tu, alhamdulillah la kalau jadi encik ni ambil, rezeki boss la kan. RM7k tu..
Kusangkakan si pemanggil memang nak order kain, rupanya, hanya bertopengkan penipuan....

6.00 pm, dapat whatapp dari boss utk semua staff. Si akk yang beli kain seragam msg direct ke boss. Tak tahu apa conservation si akk dengan boss, tapi boss direct tanya kami semua. Kawan aku pun terangkan satu persatu apa yang berlaku. Nasib baik boss backup kami. Bukan salahkan kami. Kami buat mcam yang diarahkan la kan. Cumanya boss kata, lepas ni jangan bagi no.telefon dia kat sesiapa. opss.. time ni aku tersentak, dah la aku tadi yang memandai-mandai bagi no.boss kat BAKAL customer. Hati rasa dah tak sedap ni. Mana pulak si akk tu dapat no.boss??

Fikir punya fikir, aku dan kawan aku memang confirm si pemanggil lelaki yang bercakap dengan aku tadi si suami kepada si akk. sebab,
  1. Waktu panggilan si pemanggil adalah 4.30 pm, boss dapat messages pkul 6. Tally kan
  2. Kod Q13 yang si pemanggil tu kata nak beli adalah kain pasang yang berbunga. Sedangkan, kami sedia maklum, lelaki biasanya tak mahu pakai baju batik yang berbunga
  3. Sebelum letak telefon, si pemanggil ada tanya nama boss. Dan, msg yang dihantar oleh si akak kepada boss, "assalamualaikum pn..." Siap mention nama boss. Kalau dia ambil no.boss dari pages kami pun, boss memang xda letak nama dia. 
  4. Si pemaggil ada tanya, ada tak dapat discount and free gift kalau beli banyak. Skrip sama macam si akak tuturkan.
     CHECKMATE!!

Sah la kan, aku dah kena game dengan customer sendiri. Bila dah checkmate, satu yang aku rasa, sedih sangat. Sampai hati si akk suami isteri game kami macam ni. Kami ni pekerja ja kak. Apa arahan boss, itu yang kami sampaikan dan cuba buat. Kalau memandai2 bagi harga less, free gift bagai2 tu, kalau boss check, bukan kami ke yang kena? Si akak suami isteri ni sedap2 dia ja dapat apa yang dia nak. Kalau dia nak duit kopi sekalipun, mintak la dekat peruntukan sekolah dia. Bukan rm10k tu dia bayar sorang. Mintak dengan kami, dah kami tak bagi, tak kan sampai kena menipu macam tu. Ibarat nak hadiah dari orang. kalau dah oarang tu tak bagi, nak jugak. nak jugak. Sikap apa tu? Okie, dia kata nak mencuba, tapi kami dah cakap dah kan, memang boss tak akan bagi. Harga mati.. Tak paham bahasa sangat ni dah kenapa??

Tak apalah. Buat pengajaran kat aku jugak.
Lepas ni kena alert. Tak boleh percaya dengan semua oarang.
Jauhkan diri dengan lelaki.
 hahhaha..

Kes akak ni belum ada penyudahnya. Nasib baik boss tak salahkan kami 100%. Boss lebih percayakan pekerja dia. tq boss.. Kita tunggu 1 Mei nanti.  Si akak suami isteri ni nak datang lagi ambil balance kain pasang. Drama apa pulak  suami iseri ni nak bawak.
Aduhai, letih la layan karenah customer macam ni. Kawan aku  kata dia dah rasa nak nangis si akak ni buat macam tu dengan dia. Aku? rasa macam nak black list suami isteri tu. Biar dah tak jumpa forever. Annoying tahu annoying..

Dugaan kan...
Berbalik pada quotes atas tu, aku rasa, quotes bawah ni lagi sepadan ... ;)


xoxo
ikhwani.90

Friday, April 22, 2016

BILA KAU RASA KAU DAH TUA

assalamualaikum encik blog.
Sungguh dah terlupa yang aku punya sebuah blog. Untuk rakam detik2 manis, indah, suka duka, tawa dalam aktiviti seharian aku.
Sebabnya, aku rasa aku dah cukup matang untuk diamkan hal2 yang tak perlu pun dalam hidup untuk cerita kat semua. Untuk canang satu dunia apa yang aku rasa.
Sebab, ye la kan.. aku dah matang. err.. Dah hampir 30 series, matang la kan..
kekkek

Bila usia dah injak 20++ ni, dh nk masuk 30 series, bab yang wajib hari2 kena fikir adalah bab kahwin. Sebagai seorang perempuan, confirm la umur aku sekarang ni semua orang duk tanya, semua orang sibuk nk tahu, aku ni bilanya nak berlaki. Kawan2 aku rasa ramai dah timang anak, ramai dah jadi mommy kan..

KAHWIN..
Satu perkataan yang cukup fobia bagi aku. Sebabnya, tiap kali ada majlis keramaian dalam keluarga, saudara yang tua2 sibuk bertanya aku. aku rasa Feedeup, annoying, rimas.
Bukan aku tak nak kahwin. Giler tak nak kahwin. boleh buat pahala banyak2 kan..
Tapi...

Bila fikir balik apa yang seorang insan bernama IKHWANI FARIHA BINTI AHMAD sedang lalui sedang hadapai, rasanya bab kahwin tu kena tolak tepi kot..

Kenapa?
Aku sakit. Bukan sakit biasa, bukan sakit yang kena duduk lama di hospital taw, tapi sakit yang membuatkan bentuk fizikal aku berubah, Pernah dengar tentang Scleroderma? Okie, kalau tak pernah, pergi google sekarang.
Scleroderma adalah satu penyakit yang antibodi kau makan badan kau sendiri. Jangan tanya macam mana aku boleh terkena penyakit ni. Sebab, dia boleh jangkit kat sesiapa sahaja. Dalam 50,000 orang, seorang daripadanya adalah berisiko dapat penyakit ni.
Simptom setiap orang berbeza. Macam aku, kulit tangan aku terkopek-kopek. hidung kecik, tangan xada isi, gigi jongang. Sendi2 setiap tubuh aku nampak dengan terang, jelas dan nyata. Aku allergic pada sabun. Tak boleh basuh pinggan, x boleh pegang detergent. Nampak, susah kan..
Dan juga, setiap pagi, kalau aku terkena air sejuk, kulit tangan aku akan bertukar menjadi warna purple.. Seram? entah.. Aku dan lali. Aku rasa ini dugaan dan bahagian untuk aku di dunia ini. Itu takdir Allah dan tetapkan untuk aku. Ubat? setakat ni, xda ubat nya. Hanya boleh bertahan dengan pil, minuman serbuk yang berasaskan kunyit, serai, dll.. jangan sebut injection, hanya bertahan 3 bulan, tp side effect dia akan kacau hormone aku. Sama ada aku xakan period for next 3 month atau tempoh period yg terlebih lama.
Paling ketara tentang penyakit ni, bentuk fizikal aku. Gigi jongang. Dah try tanya doctor untuk pasang braces, tp doktor x suruh aku pakai. Dia kata, gigi aku cuma kedepan, bukan jonggang. Dah tu? Jujur cakap, bila berdepan dengan orang yang baru aku kenal, aku rasa terasing sangat2. mesti dia fikir kenapa gigi aku besar kat depan? kenapa kau tak nak buat braces? ha.ha.ha,ha.. tak dapat nafikan, confident level aku tak berapa tinggi, sebab aku cuma aku.. si pesakit scleroderma.. ;)
Kalau aku kahwin pun, sanggup ke sang lelaki terima aku? Bentuk fizikal aku je dah buatkan sang lelaki menjauh kan.. huhuhhuhu

Sebab kedua kenapa bab kahwin menjadi sangat sensitif bagi aku, aku kena jaga emak.
Emak aku. Yang lepas pemergian abah 3 thn lepas tiada tempat bergantung. Tiada teman, tiada kawan untuk borak panjang2. Adik beradik aku yang lain semua dah berumahtangga dan ada kewajipan sendiri. Sebab tu, aku nekad, selagi mak aku ada, biarlah aku yang jaga emak. Lagipun, zaman sekarang ni, mana anak menantu lelaki nak duduk bersama mertu kan. Betul tak. Dan, aku takut kalau mak berkecil hati dengan suami aku. Aku tak akan mampu luangkan banyak masa macam yang aku ada sekarang dengan mak. Ajar mengaji, pergi belanja kedai runcit kami, makan cendol, makan rojak, makan sate kat gerai.. Pengalaman adik beradik aku yang lain buatkan aku terlalu takut untuk melangkah ke arah satu frasa baru dalam hidup. Perkahwinan. Sebab tu aku nekad, biarlah aku single forever untuk kebahagiaan mak, aku rela

Bila sebut teman tapi mesra, yup.. aku ada seorang yang kugelar begitu. Kami tiada sebarang ikatan yang official mengatakan aku milik dia, dia milik aku. Sebabnya mudah, kami tak mahu terikat, dan juga, aku sedar siapa aku, seorang pesakit scleroderma. Ikatan kami cukup lama, 6 tahun kalau dihitung lama juga la kan. Sepanjang aku kenal dia, yang paling aku respect, dia x pernah cuba untuk mengongkong aku. Jarang bersms, call, dan tak perlu merepot aktivit kami bersama. Dulu ye, aku tak kisah, sebab kami masih muda. Tapi, sekarang bukankah masing2 hanya ada komitment dengan kerja dan kehidupan, kenapa dia masih layan aku sama macam dulu? kukira hampir setahun kami x pernah on call. ??? Entah kenapa. Salah aku juga kan tak pernah nak call dia. Tpi kalau aku fikir balik pun, apa yang aku harapkan dari dia? Sebuah ikatan yang sah? Sedangkan aku juga yang sedaya upaya menolak ikatan tu.. Memang la dia tak pernah pun cakap nak kahwin dengan kau, tapi dari hubungan macam ni, baik kami just friends. Just normal normalsss friends. Aku dan dia pun xda la buang masa "berkawan" definisi kami ni kan..
Tapi, jujurnya, bila sesiapa yang soal aku bab kahwin, hanya dia yang aku fikirkan.. ;)

OOps.. teman tapi mesra aku ni kerja jauh kat pantai timur nun. Asal dia pulak dr negeri jelapang padi. Kau rasa family aku tak bengkang aku dengan orang jauh2? Sebab tu aku tak nak berharap terlalu jauh. Mak aku nanti macam mana? Dah tentu2 seorang isteri tempatnya dengan suami kan. Takkan aku nak tinggalkan mak aku dengan  anak2 sedara aku jek? Mak aku dah 60++ lebih kot. x boleh nak buat semua kerja2 rumah!!

Entahla.. Tp bila fikirkan pasal teman tapi mesra aku ni, Selagi dia tak cakap bab kahwin, bab hidup bersama, itulah masa aku boleh rilek2. masa untuk aku dengan mak. Tapi, andai dia dh berjumpa dengan orang lain, orang yang lagi baik dari aku, biarlah dia cari bahagia tu. He deserve that. Aku tak mampu nak buat semua tu dengan  dia. Sebab aku selfish. Aku fikirkan diri aku je.
;( ;( ;(

26 pd tahun 2016. cukup tua dah tu kan pada masyarakat keliling aku untuk perempuan yang masih single. Tak adil tahu tak.  Jiran aku sebelah rumah ni yang sebaya tu rilek je tengok. Tak gelabah pun nak kahwin. Adakah kerana dia lelaki, aku perempuan?
Aku paling seram bila orang tanya, icik ni bila? dah ada kawan belum? Tahu tak betapa sedihnya aku time tu? Sedih sebab soalan tu mak aku yang kena jawab, aku jugak yg kena senyum terpaksa cakap "belum ada jodoh" kak.. Sampaikan mak aku tiap kali jmpe orang suruh carikkan sesiapa sebagai calon suami aku.. hukhukhuk
Nak je aku bagitahu mak, " mak, orang sakit, orang tak boleh bagi kebahagiaan mcm seorang suami inginkan, orang nak jaga mak sampai akhir hayat.." Tapikan, dengar nada mak yang penuh berharap untuk aku kahwin, sayu pulak hati ni. :(

Yup, memang aku dah rasa cukup tua. Cukup terkesan bila bab kahwin diutarakan. Tapi, ada ke orang yang boleh terima kekurangan aku? Nak hidup bersama pulak tu. Ini bukan soal hidup sehari dua, tapi bakal sepanjang hayat. Mampu ke aku?
Kita drag dulu soal kahwin ni boleh? Sebabnya aku belum bersedia...

xoxo
icik.90





Tuesday, November 24, 2015

Fakta Best Tentang Drama-Drama Melayu



Bukak je television, memang sah-sah akan mengadap drama-drama terbitan pihak tv gov mahupun swasta. Sejak ledakan drama adaptasi novel ke layar perak,
kita seakan-akan sudah lali dengan drama En Suamiku... Suamiku... Isteriku... Orang gajiku...

Jika dulu-dulu, drama yang dipaparkan 60% mahupun 80% adalah berdasarkan realiti kehidupan masyarakat, namun, dengan adanya ledakan adaptasi novel ini, tema kemasyarakatan yang diangkat seolah-olah telah membuang jauh-jauh perkataan REALITY.
ok, fine. Memang faham perkataaan LAKONAN, tapi apalah salahnya, lakonan yang dipaparkan berdasarkan reality. bukannya fantasi yang sememangnya jauh dari reality.

Sebab? reality tak sama macam fantasi. dalam fantasi semua indah-indah sahaja. dalam fantasi, watak lelaki mestilah kaya + hensem sentiasa mahukan heroin yang lemah, ditindas + orang2 biasa sahaja. Dalam drama fantasi ni jugak, hero akan pegang watak yang agak liar, berpesta, foya2.
Dan si watak heroin disifatkan sungguh la berdisiplin, baik hati, sukakan binatang, innocent, cantik, selalu dibuli, jujur, lurus. Perfect sangat, macam tiada cacat cela.

Perasan tak? watak2 ni akan bertukar bila tajuk adaptasi novel ke drama tu bermula dengan Isteriku...@ Suamiku.. dan yang paling nampak sangat bila tajuk drama guna nama Hero @ Heroin.
cliche. Sangat2 cliche.




Kenapa pula aku sibuk2 nak bangkitkan isu2 taboo ni?
Sebab sebagai seorang insan yang  mementingkan kualiti & pengisioan dalam hidup, aku dahagakan sesuatu karya itu berunsurkan kualiti dan juga ada pangajaran yang perlu untuk membina modal insan.

Harapnya begitulah.

Aku rasa, lambakan drama2 berunsurkan sekadar fantasi ini makin mancanak-canak sebab adanya permintaan dari penonton juga. Masakan kalau tiada rating tinggi penerbit dan stesen tv berani nak terbitkan darama sebegini kan..

Yelah, fikir je la positif.. Sebab, kita as rakyat malasyia dah penat dengan ranjau duri kehidupan reality yang snagat menyakitkan. isu politik, ekonomi, hak ehwal semasa yang merimaskan, dengan adanya drama-drama fantasi ini boleh redakan ketenangan kita..
ye dak??
Positif..positif..




Aku hujah panjang lebar pun rasa macam tak da guna. Hak memasing kan nak tengok ke idok drama2 sebegitu. Remote & tv dalam tangan korang. Suka, layan je la. Tak suka, tutup tv, buat benda yang lebih berpekdah.



Nasihat aku, Hidup fantasi boleh, tapi kena la juga beringat di mana bumi kita  berpijak. Jauh2 kita bermimpi pon, bila terbangun dari lena, hakikat reality juga kita kena hadap.. Perdana Menteri Malsyia tetap juga Najib Razak..



Dalam banyak2 drama, yang tangkap perhatian aku satu ja, karya Duri by Fauziah Ashari. Masa aku baca novel dia dulu pon dah rasa best sangat. Apatah lagi bila diflemkan pulak ye kan. Watak heroin dalam novel ini nampak realnya. Kiranya si heroin pandai gunakan akalnya bila ditindas. Tak adalah tunjuk sangat watak heroin yang lemah & sesuci embun di pagi hari..

Dan, mungkin la da drama lagi yang aku terlepas pandang. bukan apa, bila tema ang dihidangkan agak sama dan boleh agak ending dia, minat nk menonton terus down. aku bukan sekadar kondem draa melayu yang daku dah tak menonton 2-3 tahun, drama korea turut termasuk..
Novel cinta? hanya tinggal title exlbook lovers.

Opss, berbalik pada tajuk, Fakta Best Tentang Drama Melayu?
soalan tu aku balikkan kat korang. Apa yang best ea?

;)
XOXO
icik.90




Thursday, August 6, 2015

Kembali Pulang



Assalamualaikum..
Alhamdulillah, setelah cukup 4 purnama aku menimba ilmu di Klang, kukira sudah kecukupan waktu untuk aku pulang ke negeri selatan. negeri tanah airku..

Atas permintaan mak yang meminta aku pulang menemaninya di rumah, dan juga atas faktor kekangan ekonomiku, aku gagahkan diri untuk menghambakan seluruh jiwa tenaga ni negeri Johor.
Ironinya, rumah manis rumah kan..

Permintaan mak untuk aku duduk dirumah sendiri menemaninya dah lama berbunyi. Sejak aku konvo, sejak mak berangkat menunaikan umrah, dan sejak bulan ramadhan mula menunjukkan wajah.. Selagi boleh hold, ku katakan yang baik-baik terhadap mak. Bukan aku tak mahu temankan mak, tapi janji kontrak aku kerja di klang perlu aku selesaikan satu persatu. Bagaimana ku mula bekerja dan diterima disana, begitulah juga aku mahu suasana bagimana aku menarik diri.
Mungkin atas keberkatan seorang ibu, Allah mudahkan segala urusan di Klang. Soal berhenti keja, soal peleraian kontrak boleh dikatakan langsung tiada masalah. Boss aka sepupu aku terima dengan hati terbuka. Alhamdulillah mak, anakmu ini bakal pulang buat selam-lamanya..Sudah kukatakan dulu, mungkin jauh di sudut hati aku berat untuk meninggalkan bumi Klang, tapi atas arahan mak, dan dasar tanggungjawab seorang anak, aku fikir itu satu alasan yang cukup kuat bagi aku.
Kebetulan cuti nak sambut raya, terus ku lajakkan cuti buat yang terakhir kali di syrikat PAMONA..

kata2 last untuk my lovely boss & cousin:


Dan kini, lepas seminggu berhari raya, tidak kusangka, tawaran kerja sebagai pembantu butik dalam genggaman. Bermula gurauan dengan teman satu sek rendah, aku tercampak di butik ini. NURRJANNAH COLLECTION.

nurjannah collection Taman U, Batu Pahat
Kerja disini? yang menariknya, di sini aku boleh : 


* dekat dengan rumah
* boleh jaga mak
* suasana kerja yang happening
* manager yang baik hati & nice
* kawasan sekeliling maju
* boleh bawak mr. lola & mr. kiwi p kerja
* gaji? okie la sebab kerja tak berat sangat pon..
* ada adik2 kecil selalu datang melawat

adik2 kecik ni sebenarnya students yang belajar iqra' & mengaji di bahagian atas kedai aku kerja. bila time diorang dah habis mengaji, dia orang akan singgah kat kedai nurjannah ni.. dan aku paling suka sebab bebudak ni ada je ceritanya..  layan diorang apala sangat kan.. 

adik2 ni kan, memang tak reti duduk diam

nakal ye la hai awok2 ni

Benar kan, keberkatan seorang ibu itu sentiasa penting dan utama. Dan, mungkin disebabkan niat aku untuk menjaga mak, Allah mudahkan aku mendapat kerja di sini. Walau hanya pembantu butik, sekurangnya aku ada income tiap bulan. 
Padahal, baru lepas berhenti hari tu, aku plan nak duduk rumah dalam kira-kira 2 bulan. 
Kuasa Allah. aku hanya merancang, tapi sebaik-baik perancangan milik Allah.

mak hepi, aku lagi la hepi..
orang sayang mak taw..






Thursday, April 2, 2015

Biarlah Hati Ini Terus Menangis

Assalamualaikum..

Pejam celik, aku hampir dua bulan jadi warga Pelabuhan Klang. Dan dalam tempoh dua bulan ni juga aku menjadi sebahagian warga staff PAMONA LOGISTICS SDN. BHD. Apa yang dapat aku simpulkan, aku seronok kerja disini. Dkelilingi dengan boss yang baik hati, rakan sekerja yang ambil tahu dan paling penting boleh bekerjasama tanpa ada hasad dengki dan iri hati. Juga aku ada sepupu (bang ngah n yun juga adik) yang boleh dibawa berbincang dan memberi tunjuk ajar tanpa ada paksaan.
Dan, semalam merupakan hari gaji aku yang kedua.. ALhamdulillah. Walau bagi orang lain gaj aku tak seberapa, tapi bila kita suka dan happy dengan kerja kita, gaji tak seberapa pun, asalkan hati bahagia dah cukup kan. Begitulah aku. Apa lagi Ikwani mahu kalau semua keperluan diri dah cukup sempurna dan mencukupi?

Dan, duit gaji bulan pertama dulu aku dapat bayar sendiri my Luv Lola aka my Mr. Myvi. Siapa sangka kan, akhirnya, janji aku dengan abah dan mak dulu dapat aku tunaikan. Bayar my Luv Lola dengan duit gaji sendiri. Tapi, bila dicongak hitung, adalah sikit duit gaji yang tinggal. Bolehla kan kalau setakat nak bagi duit beli jajan mak kat kampung. Dan, duit yg lebih, boleh dah kot nk simpan untuk belanja kahwin.. hahha

Dan hari ni, bila tepat 2 bulan aku kerja, tetiba pukul 8.01 malam tadi, aku dapat call dari abang aku. Aik, tetiba je abang aku call. APAKAH? hati aku dah tak sedap. Dengan selamba aku jawab call tu dengan buat load speaker. Waktu ni aku kebetulan baru balik makan malam dengan abang ngah n yun duduk pula dalam kereta... DAN>>

Abang aku suruh aku balik kampung. Arahan. Katanya mak aku tak ada kawan. Sebab? mak aku call semua anaknya la kot suruh balik kampung buat teman mak. Abang aku beriya suruh aku duduk kampung untuk jaga mak. Sebab, adik beradik aku yang lain memasing dah berkeluarga. Tinggal aku je kan yang masih solo. Dan sebab ni, bang aku kata, baliklah. Duduk kampung ja. Kalau boleh, kerja je la dekat2 area situ. Aku boleh jaga Mak.  Dalam hati aku terlintas, kenapa aku yang kena korbankan kerjaya aku? Berat sangat ke permintaan mak aku yang minta anak2 dia balik gilir2 setiap minggu buat peneman kat rumah pusaka abah tu? Ke apa yang aku fikirkan ni ayat pentingkan diri sendiri ye?

Salah ke aku duduk jauh dari mak (duduk luar Johor) untuk bina masa depan aku sendiri? Memang, bila fikir balik, aku yang salah. Mak sorang2 kat rumah. Tak ada siapa yg teman. Kalau ada pun, anak kak zah (anak angkat mak.tapi anak akk ni cuma tidur je kat rumah aku. Siang si adik ni sibuk dengan aktiviti sekolah dia).

Bak kata abang aku, cuba la cakap dengan boss, secepatnya cari penganti supaya aku boleh balik duduk dengan mak. Peningnya. Satu sebab aku dah buat load speaker, sepupu aku dah dengar semua conservation aku dengan abang aku. So, memang tak boleh la nak elak2. Aku pun tadi masa dapat call speechless. Tergamam. Lepas tu, abang ngah dengan Yun ada bagi suggestion. Ada Pro dan Kontranya. ikut aku la katanya.. Lepas dapat call tadi, tipu kalau aku kata hati aku cool. Ikutkan, bergenang juga mata ni. Kalau aku sorang2 mahu rasanya air mata tu tumpah. Tapi depan abang ngah ngn Yun, aku buat2 gelak. Cakap benda ni memaang aku boleh duga.
Dan buat pertama kali kat Klang ni, solat aku diiringi esak tangis. Puas aku tahan, namun aku tahu aku ni bukan sekuat mana.


Mak...
Tak pernah langsung di hati orang ni anggap mak tu beban. Apatah lagi menyusahkan. Orang tahu, mak yang suruh orang sendiri pergi Klang ni. Kalau boleh, orang memang nak duduk kampung. Kerja kilang pun tak apalah. Janji orang boleh temankan mak. Tapi, bila sepupu kita yang offer kerja kat sini, mak yang beriya suruh orang pergi. Mak kata, selagi mak masih kuat, biarlah orang merantau.
Macam mana ni mak?
Orang boleh je abaika kata2 abang tu. Tapi, orang confirm lepas ni mesti ada cakap2 belakang. Ikatan adik beradik ni mesti jadi pelik kalau kumpul ramai2 nanti. Benda2 macam ni la yang orang kalau boleh memang nak sangat elakkan. Sebab, orang bukan ada siapa2 pun nak mengadu..

Mungkin bagi orang lain masalah macam gini kecik punya hal. Tapi bagi aku besar la juga probz ni, Sebab yang nak mengadap adalah aku kan.

Sekarang, aku blur nak buat apa. Serahkan pada Allah ja la. Mana yang terbaik untuk aku. Aku sayang kerja kat sini. Kerja nya bukan susah sangat pun. Yang penting hati enjoy kan..
Tapi itulah, macam mana dengan mak aku? Walau aku boleh kata "apa tanggungjawab adik beradik lain?" Tapi, aku juga anak mak. Dari biar mak pendam rasa menungu anak2 yang lain balik, biarlah aku berkorban. Lagipun, dalam banyak2 anak2 mak dan abah, aku aja yang tak sempat rasakan abah dengan gaji pertama. Dan, semestinya rasa terkilan itu aku harus sandarkan juga untuk mengalah demi kebahagiaan mak.. Aku anak bongsu kan.


Aku sedih bukan fikir apa yang perlu aku tinggalkan atau aku yang kena jaga mak, Tapi aku sedih berfikir kenapa abang aku berfikiran macam tu? Kenapa tak duduk berbincang sama2 ambil kira apa pendapat aku. Aku bukan peringkat adik2 lagi. Jika memang betul mak nak aku duduk rumah buat waktu ini, dengan senang hati aku sanggup balik Johor mengabdikan diri di negeri Selatan tu. Tapi, bila sebuah permintaan menjadi sebuah arahan, aku cukup2 terkilan. Dimana hak aku sebagai seorang adik? Bukan lama, aku cuma minta dua taun ja untuk aku kutip pengalaman kerja dengan orang, jadi kuli. Lepas dua tahun ni, aku ada plan, mungkin jadi kuli untuk syarikat sendiri pula ke? Tapi yang pasti, dugaan ini harus aku tempuhi dulu.. Aku yakin ini hanyalah salah satu Ujian untuk Allah uji kekuatan dalaman aku.

Hope yang baik bakal terus menyusul..
Mak bukan beban. Mak adalah pencetus semangat.




Thursday, February 12, 2015

Dua Kosong Satu Lima, begin a new life

Alhamdulillah.. walau dah lebih sebulan kita melangkah ke tahun baru, NI baru la berkesempatan  aku nak wish epy new year. patut ke tak patut ni? ish ish ish..


bermula tahun baru, makin banyak tanggungjawab yang perlu Aku fikir dan highlightkan. ye la kan, umur pun dah melangkah ke tahap matang. kalau tak reti nak fikir juga, tak tahulah. Emak aku kata, zaman dia dulu2, umur baya aku ni anak dah tiga dah..

#selamat tinggal zaman u
sebut pasal ni, tak sabar2 aku nak tulis. bukan apa, akhirnya, setelah 4 tahun aku menjadi budak universiti, kini aku boleh la kot nak wish bye2 kat title tu. Januari 2015 merupakan bulan last aku bergelar seorang mahasiswi. lepas ni, dah tukar title pulak. dari cik ke puan pula ke?? hahaha. tet...
masuk bulan februari ni, aku tinggal tunggu result final sem. lepas result keluar je, benda first yang aku nak update adalah "finally, i"am officially graduated from uitm".. ;)
Nampak tak, itu penting taw nak buktikan yang aku dah grad. Hope result yang akn keluar dalm minggu ni bling2 gitu. aku harap sangat lulus semua subjek n grad on time. Convo bile tu, aku tak pasti. yang aku pasti, aku nak grad je.




muffin cake for G-day. okie, aku nak tempah awal2 la utk my g-day. boleh tak cmtu? ;)


#welcome my career
Baru dua hari duduk rumah lepas balik dari merlimau, (sebab tunggu report FYP aku tak ready2 nak submit lagi), mak sedara aku offer aku kerja dengan sepupu aku. duduk kt area KL katanya..
ish mak aku ni, bukan ke kata hari tu aku nak duduk rumah supaya leh jaga dia. ni dia nak hantar aku p jauh2 pulak buat bendanya? err, tapi baru dua hari aku duduk rumah kot. baru nak releasekan otak dari beban buku, asgment, report, ngadap PC,, Mak cik aku kata, spupu aku offer kerja kerani merangkap assistant dia la.. ala, duk opis je..
jap, duduk opis? aku budak ladang kot. boleh ke aku buat? aku bukan tahu apa2 sal acc, admin, HR.
last2, sebab mak aku yang ber iya, aku pun dengan rela hati, ikutla sepupu aku. and now, aku kat sini..

PAMONA LOGISTICS SDN. BHD.
Lot 11767, Jalan Air Mata Duyung, Telok Gong,
42000 Pelabuhan Klang, selangor Darul Ehsan.

Port Klang wei.. hahah. Selangor pulak tu.. jadi orang selangor pulak la aku lepas ni. dan, satu benda yang paling aku excited adalah, rumah cousin aku ni dekat je dengan UITM shah alam. Dulu, beriya aku nak proceed master kat uitm shah alam. salah satu sebab aku nak try jadi owrg KL @ selangor la.. alhamdulillah la kan, even aku x dapat nk proceed master pun, my career start kat sini.

aku kerja pun as kerani je kt company ni. bukan bab acc taw, cuma kerani admin je. company aku ni terlibat dalam jualan sewa beli barang2 utk construction. cth macam frame. u-head, joint, Cross. budak civil engineer taw la kot benda2 ni.
OPIS, RUMAH, KERETA semua aircond, hidung aku sampai berdarah sebab expose kat aircond je.. haha, dugaan kecil utk aku.. sebab aku ni jenis sensitif sikit. tak tahan dengan aircond. nanti mula la selsema je tiap masa. tak pe kot, seminggu dua ni je macam gini. nanti dah lama2, suhu aircond kt dalam bilik aku dari 29 c turun jadi 16 c pulak ke.. jangan terkejut.

Insyaallah, aku akan buat yang terbaik dah pegang jawatan ni. position ni pun walaupun nampak mudah, tetap ada tanggungjawab yang perlu aku pegang dan jaga. nk ucap wish kan mak cik aku n my cousin yang bg offer kerja ni dekat aku. walau aku tak berapa pasti tugas sebenar aku, tapi aku akan try buat yang terbaik. kena marah pun tak apa la kan, sebab itu la yang kita panggil process pembelajaran.

okie dear, lepas ni dah boleh nak fikir nak buat apa dengaan duit gaji. selain bayar kereta (my Lola) tu, kena la bg mak aku as nafkah hidup kan.. baru la terserlah ciri-ciri anak yg baik gitu..

okie, nak sambung buat kerja. Bos xda ni boleh la curi2 update entry.. hahah.
xberetika sungguh aku kan.





Tuesday, December 9, 2014

epy bufday awak..

Assalamualaikum..

9/12/2014
happy birthday ikwani.. hahhah. macam pelik je wish utk diri sendiri kan,.
alhamdulillah, dah cecah umur 24 untuk tahun ni. macam2 dah lalui bergelar seorang hamba, anak, adik, kawan n akak kepada adik2 sekelas..

24 tahun..
hope tahun yg akan datang membawa sinar harapan yang lebih untuk aku. mana tahu, ada rezki status berubah pulak kan.. hahah
ni kena lamar my encik sengal cepat2 ni..

yg paling best utk birthday ni, dak umah buat surprise. tetiba muncul kek depan mata ye. terimaz la kt cik jannatul aisya yg sudi buatkan kita kek. terharu rasa. walau xda brand macam secret recepi, tapi rasa kek tu lagi sedap dr secret recepi taw.. tq awak.. thun depan sure teringt kek tu lagik..
dan utk hadiah tu pun, terima kasih ye.. xsabar nk pakai on my fine day nanti..

nampak macam sedap. tapi memg sedap okie..


24 tahun - 2014. tahun depan 2015. 25 tahun dah.. cepatnya masa berlalu..




Sunday, November 30, 2014

happy sunday

Hari minggu hari bergembira


ASSALAMUALAIKUM..

ahad datang lagi.
HARI minggu yg last bln november utk 2014.
SEbab semalam minum kopi ais, aq jadi cik zombie memalam. DAN, kerja yg nak dibuat pada hari ahad, pukul 8.00. AM dh settle semua.
BRAVO ikwani..bravo

list-to-do cik sopar

BAsuh baju : done
KEmas drawer : done
Lipat kain baju mggu lepas : done
Sapu habuk, meja study : done
Buat breakfast : done
On-going:
: update status
: breakfast
: addhuha
: sambung tido..

#hariAhadHAriCuti...

hari ni lunch luar la. SAJE nak manja2 kan diri. TAPi hidup as students ni bkn ada banyak beza pun hari sabtu.ahad. selagi xda xcluz, memang heaven je rasa.
OPSS.. sem 6 ni memang terlebih heaven sebab cluz aq ada hari selasa-khamis je. JUMAAT plak kekadang je. KALO ade test ke,quiz ke,cluz ganti ke..
SEBABKAN hari ni hari ahad n esok isnin, ehh..cuti lagi la sebab esok xda cluz kan .. hahahh
OKIE. BOLEH sambung tidur..
:)




Monday, November 24, 2014

ikhwani : bukan sekadar nama



Yes.. lepas update entry MAHARAJA MALAS ptg tadi, sikit2 otak aku dah kembali normal.
art atas tu aku buat lepas aku siapkan second asgment . hahaha
sempat la jugak kan siap dari tak buat apa2. tu pun campur kena sakat dengan my encik sengal lagi. dia tu bukan tahu nak tolong. menyakat je tahunya.. heheh tapi terimas la kt my encik sengal tu, ada gak teman aku buat asgment tadi.. tq awak  ;)

ikhwani ahmad - bukan sekadar nama. ye iyalah.. itukan nama aku. haruslah bukan sekadar nama kan.. nama yang membawa pengertian yang besar dalam hidup aku. dengan nama ni aku perkenalkan diri, dengan nama ni juga insyaallah aku bakal jadi suri bg my encik sengal.. hahah. berangan lebeh ea malam ni.. tapi nama ikhwani macam xlengkap pulak kan? yup.. memang xlengkap. sebab antara ikhwani and ahmad tu ada lagi satu nama@ perkataan yang tertinggal. ;)

#ikhwaniAhmad _ cbajuPutih_90

Sunday, November 23, 2014

Maharaja MALAS mula menular



#MaharajaLawakMega 2014
sebut Maharaja Lawak Mega, pasti antara kita dah tersenyum lebar ke telinga kan. terbayang kelibat2 pelawak2 tersohor negara berentap dalam satu pentas yang sama. dengan tema berbeza hampir setiap minggu, kita akan tak sabar utk tunggu kemunculan diaorang ni pada setiap hari jumaat malam. pernah menobatkan Osbon (2011), Jozan (2012), Sepahtu (2013), sebagai juara, pasti tahun 2014 ini akan memberikan saingan yang cukup hebat buat semua peserta2 MLM ni.

aku pulak yang memang mengikuti setiap tahun rancangan ni pastilah tak lepaskan peluang utk sama2 ketawa dan ceriakan hari2 dengan aksi2 diorang. kalau tak boleh tgk live kat astro pon, kita download.. hahah


tahun 2014 ni baru je masuk minggu ke-2 MLM. nampaknya, taring dan aura pelawak2 sedia ada dah mula berbisa. Virus, Jalor, SYJ, Sepahtu, Bocey, Shiro, dah cukup utk buat kita lekat kat tv bermula jam 10.00 pm setiap hari jumaat. jalor yang merupakan first time bertanding pun dah bagi superb shows. tak sangka pulak, selama ni dowrang senyap2 je kan. aku dh mula suka pulak ngn group ni.
Kalau duduk kat merlimau ni, pergi je la mana2 warung makan, jangan risau, sebab semua kedai kat sini bukak chanel astro warna. aku pun sanggup berembun kat kedai Merlimau Corner tu semata2 nak tgk MLM ni secara Live. kalau abang aku tahu ni, mau nya kena sesah kot. anak dara memalam kuar2 umah. ye dak?? ;) terimas la kat cik jannatul.ayesha, cik adaw and cik qiela lala sudi teman ye.. minggu depan boleh la kita p lagik.. ;)

Apa2 pon, semoga semua kumpulan (minggu ke-3 ada 13 kumpulan yang akan berentap) akan memberikan yang terbaik utk dipersembahkan kepada penonton setia rancangan ni.
bagi aku sendiri, setiap kumpulan pasti ada time turun naik setiap minggu, cuma yang diharapkan, janganlah nuat persembahan sekadar melepaskan batuk ditangga. yang penting, ada effort yang ditunjukkan. peminat pun tahu bai kalau korang buat main2.
aku dah prepare duit siap2 ni nk undi peserta kegemaran utk final nanti.. hahah. nak tahu sapa, kena la tunggu. tapi rasa group tu macam komfirm ke final je kan. penyandang juara tu. ;)

kalau nak usha2 review pasal setiap performance peserta MLM ni boleh click blog buasir otak ni. http://buasirotak.blogspot.com/

kalau nak tengok full video @ pun nk download, boleh je p carik kat sini, http://www.dfm2u.net.
kalau sesapa yang tgh layan facebook tu, boleh je usha MLM ni dkt sini
 https://www.facebook.com/pencurimovie..  so, selamat2 la kita ceriakan hari2 kita dengan lawak2 diorang ni..



#MaharajaMALAS!!

keparahan melampau

Okie. tu perihal maharaja lawak mega. yang jadi probz nya sekarang ni, dalam diri aku berMAHARAJA MALASnya pulak adohai.. kalau ikutkan list-to-do aku tu, banyak je la hai kerja yang menanti nak dibuat. dengan report FYP yang x start2 lagi, asgment group, asgment individu, slide presentation, buat resume,,, macam2 lagilah.. semuanya aku buat bodo je.
bgtaw mak xdapat balik kampung sebab ada asgment, tapi duk merlimau pun satu kerja tak jalan. apa pn xboleh. aiyak..

Duduk depan laptop bukan buat kerja. mengadap DRAMAFIRE.COM, YOUTUBE. FACEBOOK. PENCURIMOVIE. DFM2U. bagai la aku ni. dan paling probz adalah mengadap SELIPORJEPON.BLOGSPOT.COM.
Ni yang paling kritical bg aku. xbukak sehari xboleh gamaknya. mcm bnyak sngt benda nk diceritakan. macamla ade readers kan.. wakakak. dan satu lagi, TIDUR. ni memg x leh nak consider. Dah habes review movie banyak2, otak dah jam, nagntuk la pulak ka. Last2, kerja makin menimbun, otak makin penat.. hhuhu..

Sapa2 ada ubat pasal penyakit kronic aku ni boleh la pm aku.. dah tahap ICU dah ni.. pic akak chomel atas tu ekhsan owner blog ni :invisiblenote.blogspot.com
okie.. cukup smpai sini membebel. jumpe lagi next time.. nk sambung tidur.. heheh


P/S : doa utk elak sifat malas. elokla utk aku yang memang super duper malas ni amalkan. jom kita amalkan sesama. ;)









Saturday, November 22, 2014

master : to be or hold on?

#OHmydegree

assalamualaikum..

november makin dh hujung2 senja je kan.. ikutkan kalendar akademik uitm, tinggal 2 bulan setengah saja lagi utk aku bergelar pelajar degree before official graduate. xsabarnya nak update status "i'am officially graduated from uitm.".. hahaha

sebut pasal last sem ni, ada dua benda yg kena highlight. final year project (fyp) dan juga smbung study master. kalau tanya aku pasal sambung master, jujurla cakap, sapa taknak kan. memg master adalah salah satu impian aku lepas spm. dan sklai lagi aku beria nak sambung master bila lepas ip. ala, yg aku kecewa sebab aku xdapat offer kerja tu. tapi, bila fikir balik, nak sambung master ni perlukan bukan sedikit pengorbanan, tenaga, masa, wang dan paling penting comitment. er, mampu ke aku sediakan semua ni sedangkan yang belajar degree ni pun dh kelam kabut...
benda lain aku boleh lagi consider, tapi bila sebut pasal duit, aku kena fikir panjang. aku bukan la asal dr keluarga kaya raya. sebelum ni abah ada lagi xpa la. soal duit poket, makan, transport, sokongan jiwasemua abah leh sponsor. tapi, sejak abah pergi setahun setangah lepas, aku hanya gantung harap dengan mak aku je. xkan la aku nak susahkan mak aku lagi kan. bila pulak aku nak kerja tanggung mak aku pulak. asyik aku je yg susahkan mak.aku takut x sempat nak hadiahkan mak aku makna sebuah pekerjaan. impian aku dulu, nak belanja makan besar mak n abah aku dengan gaji pertama aku. tapi, abah xsempat  :(

sebut pasal fyp pulak, aku tengah pening +serabut + sakit otak ni. dah la xreti nak analysis data. padahal nak present bulan depan. mampos la aku.. dh start la nk jadi zombie lepas ni.  Lambatnya nk habes belajar kan...wish me GOT!!




Wednesday, November 19, 2014

Disappointed ii



assalamualaikum..
rasa ditipu sekali lagi??

adush.. kenapa la aku ni sering sangat jadi mangsa penipuan ni?
aku yang terlebih baik & terlebih jujur atau mereka2 ni yang tak reti menghargai aku?
penat la.. dari sorang ke sorang..

okie la, jujur aku cakap, soal berkongsi rasa aku memang close up sikit. Tapi..
err..aku ingat bila kita kongsi rasa dengan seseorang tu aku fikir orang tu akan fikir macam aku fikir..
rupanya aku yang silap.. bak kata mak aku, rambut sama hitam, tapi hati lain2. kan...

wahai encik hati, lain kali jangan terlalu open sangat dengan orang lain. kekadang kawan sendiri pun boleh jadi strangers. em..malu la.. kisah aku dia dah tahu luar dalam, tapi kisah hidup dia, dia x mahu cerita pun.. mungkin aku bukan orang yang terlebih rapat dengan dia yang boleh dia jadikan rujukan.. kan..

em..lepas ni nak buat apa ye? pura2 tak tahu boleh tak? sory la awak.. kite terbukak notification awak tadi. tu yang kantoi tu.. tapi, kenapa awak xmau cerita hal yg sebenar? kita dah tanya kan hari tu? beriya awak nafikan.. ni, dh kantoi, sakit pulak hati kita..
kita tak kesah pun awak kalau awak cerita pasal sidia. kita bukan nak mengata. apatah lagi nak bawa mulut. kita tahu konsep privasi & jaga maruah seorangkawan.. tapi yelah kan, awak je yg beriya nafikan, hakikatnya.. ;(

awak fikir apa ye? image luaran tak sama dengan personaliti? kita x kesah pun. sebab kita tahu semua orang tak sempurna. tapi satu je kita tahu, awak memg lebih baik dari kita.. tak pela, kita tahu awak x anggap kita macam kita anggap awak.

dan satu lagi aku tension perangai dak2 ni. kalau ada something tu memang susah ea nk share dengan orang? semua nak makan sengsorang? er..selfish??
chop2, rasa cm aku pun pernah buat je benda ni. hahah.. so, xleh la nak blame others sangat kan. so, kena blame diri sendiri dulu..
okielah. dah rasa sangat menyampah dengan kepura-puraan manusia..lagi sekali nk highlight, rambut sama hitam, tapi hati lain2...
learn for today and forever : percaya dengan diri sendiri je la lepas ni

chill ikhwani.. ;)
lagu tema hari ni : CUKUPLAH SEKALI (JAY JAY)






Saturday, November 8, 2014

Nasyid Melayu dinanyikan Group Thailand



Rasulullah - The Malay Chanting Group
merdunya la hai nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid dari thailand ni..

meresap ke sanubari gitu,,

;)

Thursday, November 6, 2014

video crop pathology- symptom black pot disease (cocoa)



disebabkan aku ni dipanggil budak ladang, kena la belajar pasal pathology? benda apa pulak pathology tu kan? ha, kalau korang nka tahu, pathology ni subjek utk kenal jenis2 penyakit / bakteria / musuh bagai2 kat pokok..

dan, disebabkan subjek ni, kami kena buat asgment berupa video. ala konon2 documentari sikit la..
dan.. tara.. aku come out dengan benda ni.
sebenarnya benda ni buat group. cuma yg ni part aku..
apa yg aku buat ni? aku buat pasal symptom black pot diseases kat koko.
enjoy k..
err.. nk kritik dialu-alukan la ea..aku okie je.. hahah

P/s: ni asgment aku utk sem lepas. part 5 dak ladang.
;)

#edit
dan video bawah ni pulak budak cluz aku buat. owesome gler kot. credit utk kowrg.. so, kalau korang2 kat luar sana tu yang pegang title dak ladang macam aku ni, sila2 la review video dak cluz aku ni utk asgment Pathology nanti. mana taw dapat idea gempak cam dowrang ni gk kan..

jom kita layan..








Wednesday, November 5, 2014

disappointed


terlebih dahulu, maaf. ni bkan entry pasal kecewa dalam cinta,
just kecewa alam sesuatu hubungan yang aku panggil.. KAWAN.
kenapa? sebab, bagi aku dalam hubungan ni kenapa aku boleh bagi tapi kenapa pihak lain xboleh bagi yang sama macam aku buat? rasa sangat bodoh dan terasing gila.
oh.. patutla semalam aku cerita lain, lain pulak feedback yang dia bagi..

kena kesat air mata, sebab lepas ni aku dah tak pandang "dia" dan hubungan ni sebagai "kawan" lagi. cukup kot. dalam sesuatu hubungan kalau asyik memberi pun masalah jugak kan. dan bagi aku kalau asyik mnerima pun lagi masalah.

aku niat baik bukan boleh dipijak. aku buat positif bukan boleh diambil kesempatan. bukan selama ni aku yang xpernah kena.. tapi aku baru perasan, kalau aku biarkan, aku pendam sendiri, aku kata "tak apa" bukan ko berubah pun kan. TITIK.

silap aku. mengharap lebih pada yang tak menghargai.
tips elak kecewa : jgn mnegharapkan kepada sesuatu / kpd orang kecuali dirimu sendiri..

maaf, baik aku pun ada batasnya. ;)




Tuesday, October 28, 2014

Hadiah dari Kota Tinggi, Johor

Assalamualaikum..
dengan lafaz bismillah, saya dengan ini dengan bangganya ingin menutup sesi practikal FYP saya di Lembaga Getah Malaysia, Kota Tinggi. Alhamdulillah. sangat2 bersyukur, tempoh 10 minggu yg ditetapkan oleh supervisor FYP aku utk berada di site FYP berjaya dilaksanakan. start dari bulan 8 hari tu, minggu ni adalah minggu yang last aku ambil resuult.
cuma, cumanya tak tahu la sama ada result yg dapat dari hasil penyelidikan ni boleh digunapakai atau tak. nak tahu kena la tunggu minggu2 yg akan datang. kalau aku ada masa aku kan ceritakan stress ke tidak student2 FYP menghitung hari nk menghadap VIVA. moga2 kami semua part 6 uitm jasin GOT.

abaikan segala bias kat cermin. means cik sopar tgh drive le tu.

Kota Tinggi. sebut pasal nama kota ni kat johor tak yah la nak cerita panjang. terkenal dengan sejarah yang tersendiri : kota lama bagi negeri johor, istana lama, kubur2 lama, dan juga tak lupa kisah Tun Mahmud Mangkat Di Julang. di daerah kota tinggi ni juga terkenal dengan Kubur Panjang. pasal sejarah kubur panjang ni, aku tak berapa pasti sangat.
dan lagi satu, dekat kota tinggi ni juga adanya Air Terjun Kota Tinggi yang menjadi lokasi tumpuan pengunjung cuti sek. tak lengkap rasanya cerita pasal Kota Tinggi tak sebut pasal bundle. kat sini syurga bundle kot. dari Bundle Bagus, Bundle Dolop (yg ni cousin aku bg nama), Bundle...Bundle...
hahha. macam2 la. kire kat pekan kota tu bundle saje segenap pelusok. t-shirt dari 3 helai rm5, jeans rm10, handbag, topi, kemeja, semua ada. rajin xrajin je selongkar bundle2 tu..maaf la ye, xdan pulak cik sopar nk ambik gambar..

sebenarnya, apa yg aku buat kat kota tinggi ni?
alkisahnya, aku ditempatkan di LGM, jalan mawai Kota Tinggi utk tugasan FYP aku utk pokok getah. selama 10 minggu, selalu la juga aku ulang alik ke kota tinggi-parit raja. melaka-parit raja-kota tinggi.



 ni yang aku kena buat setibanya kat ladang getah ni. nasib baik my dear cousin teman. nampak tak air coklat tu? bukan vico @ milo pekat okie. tu la EM. larutan EM ni nanti nak sapu pada tapak torehan getah.
apa EM ni? EM stand for effective microorganisme. sennag kata, EM ni bakteria baik utk pokok, tanah & etc.


Lepas dah bancuh EM tadi dengan air, sapu pulak pada tapak torehan getah. research aku ni buat pasal penyakit kering panel torehan. so, nk kaji guna treatment EM ni boleh ke tidak nk rawat disease ni..


benda penting nak kaji juga, kena tahu ukur lilit batang pokok getah ni. sebab? batang lilit getah pun mainkan peranan
pengeluaran susu getah taw.
















dan juga tak lupa ukur panjang tapak torehan. kalau sesiapa perasan, tapak torehan ni kering kan. yup. memang kering, sebab pokok ni ada simptom kering tapak torehan. kalau ditoreh pun, tak keluarkan susu getah. sebab tu pihak LGM sini tak toreh pokok2 macam ni. selain bazirkan cost buruh, cost input ladang juga terlibat sama. so, risk rugi disitu. lebih baik tak payah toreh, dan tunggu pokok getah ni recover sendiri.

dan, datanglah cik sopar dengan treatment EM nya di pokok2 seperti ni.. hahah







selepas 3-4 minggu treatment, akhirnya, pokok getah cik sopar dah mula keluarkan susu selepas ditoreh.. heheh.. riangnya dalam hati..








dan.. utk minggu last, ni la hasil. walau pun tak banyak sangat susu getah yang keluar, tapi cukup kot kan, nampak juga la kiranya susu getah ni keluar kat batang pokok getah ni..
cuma, mungkin cuaca tak mengizinkan, treatment control pon berlaku juga perubahan.. em.. compius ni.. sepatutnya pokok2 yg control ni tak keluar getah pun kan??
okie.. dh nampak maslah timbul utk obtain result nanti.. adoyai..


dengan ini, aku dah pun habis collect data dekat LGM. terimas riban2 kpd encik2 pegawai kt LGM Kota Tinggi atas pertolongan, kasih sayang (heheh), tunjuk ajar, kata nasihat atas aku selama ni. Credit to Pngurus, En. IKHSAN, to En Bad, n En Nasir. a big thankz.. rasa tak cukup segala terima tu sekadar sebuku kek buah kukus kot.. hehhe.. (bagi tu je as tanda terima kasih).. nak tahu kek kukus tu camna, kena tunggu next entry k..

kat belakang tu la site research aku. dekat tgh2 ladang taw ni.




hari terakhir kat ladang ni aku cuma kutip sample susu getah utk terakhir kali & kutip balik segala tanda2 treatment yang aku tampal utk research aku tu. kalau boleh, tak mahu la tinggalkan tanda ;)













berposing utk terakhir kalinya..
ladang ku yg terchenta..

bukti aku memang buat kat LGM ni.. ;)

time utk jengjalan.. sebelum balik, jom kita singgah bandar Kota Tinggi jap.





carik ABC. malaysia ni yg Hot ke @ kota tinggi ni yg terlebeh hot??
laa. jalan2 dah la pukul 1.45 tengahari. patut ler..






dengan dak eja









                       

jumpe spec ni murah ya amat. 
comel pulak tu, beli tanda kenangan kat sini..

















10 minggu dah pun habis. kali terakhir la ni jejakkan kaki kat sini utk buat research.. lain kali kalau turun lagi pun samada jengjalan atau honeymoon. hahah.berangan lebeh..
utk kowrang2 yg pernah temankan aku sepanjang 10 minggu ni, berbanyak2 terima kasih and a big hug 4 you. my dear cousin, my cayunk besties, Fyza idgihat, My chomel nieces Inang & My dear laling Eja n Dila.. tq.tq.tq tanpa kowrang, aku tak pergi kot sengsorang kat ladang tu..
insyaallah, lepas ni tinggal pulun wat report je la kan..
wish me GOT okie.. ;)


Kota tinggi  >>> Kluang